🐉Mencari🐉

497 50 1
                                    

           "Aerin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

           "Aerin...kenapa ni?"Arran berlutut di depan Aerin sewaktu Aerin bergelut menahan sakit yang dirasai pada seluruh badannya. Dia baru aje tersedar dari pengsannya dari atas kuda tadi. Tidak tahu la berapa lama dia tidak sedarkan diri.

           "Kita dekat mana?"

           "Dekat tempat berteduh...aku tak boleh teruskan perjalanan dalam keadaan kau tak sedarkan diri macam ni..kau kenapa?"

            Ugh!Dia perlu ke Xenthen secepat mungkin. "Arran..."pandangnya dengan serius.

            "Kenapa?"

Perlahan-lahan Aerin mencubit baju bahagian depan Arran. Menarik lelaki itu supaya memandangnya .

             "Aku tahu kau bencikan aku...aku tahu kau tak pernah nak anggap aku kawan aku...tapi ada perkara penting yang kau kena tahu sekarang. Jadi percayakan aku...boleh?"

              Kening Arran mencerlung tidak faham. "Apa maksud kau?"

             "Sesuatu telah terjadi di Xenthen sekarang...andai kata kita dah sampai dekat sana dan terpisah. Aku nak kau cuba cari Bishop Harman. Temui beliau...dan tanya kepada dia...apa yang sebenarnya dah berlaku?Kenapa akademi musnah...kenapa semua orang terbunuh...cari mereka.."

             "Apa?Apa yang dah berlaku dekat Xenthen?Macam mana kau tahu?"

             "Aku tak boleh jelaskan sepenuhnya. Tapi kau kena janji dengan aku. Dapatkan Bishop Harman tak kira apa sekalipun yang berlaku..."

              "Ish..kau ni jangan nak merepeka boleh tak!?,

               "Janji dengan aku Arran!"marah Aerin dengan berang.

               Mahu tak mahu Arran mengangguk. "Fine..aku janji..."

Arran termenung memandang api yang sedang membakar kayu di atas unggun. Bunyai kersikan dari percikan api acap kali menyapa pendengarannya. Menggunakan hujung ranting kayu yang ada, dia kuis permukaan unggun di situ cuba melakukan sesuatu untuk alihkan perhatian dia dari termenung.

Disebabkan semua orang dalam tempat persembunyian tersebut telah lena, Arran sendirian tiada teman untuk berbicara. Jadi dia duduk berteleku di situ ditemani dengan bayang-bayangnya sendiri.

Semuanya sudah musnah.

Tiada satu pun yang tersisa.

Semalam dia melawat ke tapak akademi lama. Sayangnya dia tidak menemui apa-apa kecuali sisa runtuhan yang terbakar hangus. Dari tempat berkumpul, perpustakaan, kawasan latihan mahupun rakan-rakan seakademinya. Semuanya sudah musnah.

Dia cuba lakukan siasatan sewaktu keluar bersama dengan pahlawan naga milik Bishop Harman. Boleh dikatakan mereka semua sangat buas dan juga begitu kuat hingga habis semua bangunan di musnahkan. Orang bertempiaran lari cuba selamatkan diri.

Arran tertanya-tanya sendiri. Bagaimana peperangan boleh bermula? Dan dimana Aerin berada sekarang?

            "Kamu tak tidur lagi Arran?"tegur suara dari belakang dengan mengejut.

Bila Arran menoleh ke balik bahu, Bishop Harman sedang memandangnya.

             "Tak boleh tidur..."

              "Ada yang menganggu fikiran kamu?"Bishop Harman mendekat sebelum lelaki itu bersila di sebelah seorang lelaki yang sedang tidur bergulung depan unggun api.

Untuk seketika Arran kembali termenung sekejap di hadapan unggun api. Kaki kanannya di tegakkan sementara kaki sebelah lagi disilakan atas lantai tu. Tangan kanan berehat atas lutut kaki yang ditegakkan.

             "Tak ada...cuma tak mengantuk."dalihnya tidak lama selepas itu.

              "Kamu patut berehat. Kerana esok hari besar buat kita semua."

               Mata Arran mengerling perlahan ke Bishop Harman. Tangannya yang sedang memegang ranting bergerak-gerak tidak tentu arah. "Hari besar?Maksud master?"

               "Kita akan serang istana Utama Xenthen."pandang Bishop Harman ke Arran. Dan disebabkan api yang sedang marak membakar, cahaya daripadanya buatkan mata Bishop Harman bersinar terang. Seakan lelaki itu bersemangat.

               "Adakah master benar-benar mahu musnahkan Kerajaan Xenthen?"
 
               "Ya...kita akan hapuskan segalanya hingga tiada satupun yang tersisa...jadi esok kita akan dapatkan Raja Xethen dan Puteri Maya. Jadikan mereka sebagai penonton terakhir untuk menyaksikan kejatuhan Empayar Xethen yang diagungkan selama ini..."senyum Bishop Harman selepas itu.

Arran melemparkan pandangannya ke arah unggun api semula. Rahangnya berketik.

               "Master tak rasa ke kita patut cari Aerin?Mana tahu dia mungkin jadi tahanan mereka?"

               "Kamu nak mencari Aerin?"

                "Ya. Lagipun Aerin pesan pada saya...semasa kami dalam perjalanan balik ke Xenthen. Dia suruh saya dapatkan master...untuk cari tahu apa yang terjadi...."barulah Arran mengerling ke Bishop Harman. Keningnya mencerlung. "Memangnya apa yang dah berlaku sebenarnya dari awal?Kenapa peperangan ni boleh tercetus?Adakah tujuan master menghantar saya dan Aerin keluar sebelum kejadian terjadi ada kaitan dengan semua ni?"soal Arran. "Apa yang membuatkan Ryu belot Raja Emmett?"

                Bishop Harman berdengus kecil. Dia pandang wajah Arran dengan sengih meleret penuh muslihatnya. "Panjang kisahnya untuk diceritakan. Apa yang kamu perlu tahu adalah, musnahkan Xethen dan Ryu."

Untuk seketika Arran diam tidak membalas namun tidak lama selepas itu dia pun mengangguk akur.

                "Kalau begitu...saya akan berdiri bersama dengan master untuk menentang mereka semua."

                 "Ya. Sudah tentu. Itu yang saya mahukan.."sengih Bishop Harman.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
53. Dragon's AngelWhere stories live. Discover now