Di sebuah perkampungan terpencil bernama Pasir Merah, seorang pemuda bernama Majesty Lord Blaster bekerja keras demi mengumpul wang untuk merawat ibunya yang sakit. Sejak kecil, hidupnya penuh dengan penderitaan. Ayahnya ditangkap oleh pegawai kerajaan Darknest dan tidak pernah pulang. Ibu Majesty terpaksa bekerja keras untuk menyara keluarga dan memastikan anaknya mendapat pendidikan yang baik. Namun, ketika Majesty berusia 12 tahun, ibunya jatuh sakit. Sejak itu, dia tidak mampu lagi bekerja, dan Majesty terpaksa berhenti sekolah untuk bekerja sebagai petani, demi menampung kos rawatan ibunya.
Majesty dilahirkan dengan tanda lahir yang istimewa di kalangan penduduk kampung yang lain kerana tanda lahirnya bercorak bulan sabit di telapak tangan kanannya.
Kampung Pasir Merah juga merupakan sebuah kampung yang terletak di daerah terpencil, jauh dari keramaian kota dan wilayah lainnya, Salah satu ciri unik dari Kampung Pasir Merah adalah tanahnya yang memiliki warna merah kemerahan dan lembut seperti pasir yang boleh digunakan sebagai bahan untuk membuat rumah,tanah liat,jubin dan banyak lagi,Ia juga memberikan nama khas bagi kampung ini.
Satu hari setelah terbenamnya matahari, Majesty dalam perjalanan pulang ke rumahnya dia bertemu dengan seorang datuk berpakaian kotor dan comot yang penduduk kampung memanggilnya 'si peramal gila' kerana kononnya dia mempunyai kuasa magik.
Majesty tak mempercayai yang datuk ini mempunyai kuasa magik kerana hanya orang yang pernah bertemu raja Darknest Agung atau mendapat kehormatan saja memiliki kuasa seperti orang yang berjasa padanya ataupun keturunan para bangsawan yang tamak yang mengawal setiap daerah termasuklah kampungnya.
Majesty cuba berlalu tanpa menghiraukan lelaki tua itu, tetapi kata-katanya yang penuh teka-teki menahan langkahnya. "Sudah tiba masanya pokok sakit ditebang, tetapi harganya akan meragut si penebang," katanya sambil menatap tajam ke arah Majesty. Walaupun enggan mendengarkan, hati Majesty sedikit terganggu. Dia meneruskan perjalanan pulang tanpa menoleh.
Datuk itu mula menjerit kepada Majesty "Dengar sini budak,awak mesti tebang pokok tua itu sekarang sebelum meragut nyawa pembalaknya"
Apabila Majesty sampai di rumahnya dia meyapa ibunya yang duduk di kerusi hadapan rumahnya tapi ibunya yang nampak pucat tak berkata apa-apa hanya menunjukkan riak wajahnya yang sedih.
Apabila malam menjelang, Majesty memasak makan malam untuk maknya dan mereka makan bersama di meja makan. Mak majesty terlalu lemah untuk memegang sudu maka Majesty terpaksa menyuap maknya makan.
Selepas makan malam bersama, Majesty memberikan ubat kepada ibunya seperti biasa, dan ibunya meminum ubat itu sambil berkata dengan lembut, "Maafkan mak, anakku." Kemudian, dia masuk ke biliknya untuk tidur.
Malam itu, Majesty mencatatkan perbelanjaan dan wang yang telah dikumpul selama enam tahun untuk merawat ibunya. Dia berasa lega kerana telah berjaya membuat temu janji dengan doktor pakar dari Ibu Kota Grimnoir—doktor yang mempunyai kuasa pemulihan. Majesty merancang untuk memberitahu ibunya berita baik itu esok pagi.
Namun, pagi esok membawa mimpi ngeri. Majesty keluar dari biliknya terkejut melihat ibunya berpakaian kemas dan menyangka ibunya mahu keluar. Majesty beritahu ibunya untuk tunggu supaya dia pun bersiap untuk menemani ibunya juga, tambahan dia pun ingin membawa ibunya ke tempat doktor yang ingin merawat ibunya.
Selepas Majesty bersiap dengan pakaian kemas,secara tiba-tiba seseorang datang mengetuk pintu dan dia pun dengan segera membuka pintu dan riak wajah majesty mula berubah secara dratis.
Disebalik pintunya, Majesty melihat tiga orang lelaki dan dari segi pakaian mereka, mereka berasal dari Ibu Kota Grimnoir.
Rupa-rupanya, tujuan mereka datang ke rumahnya adalah mereka ialah pegawai dari kerajaan darknest, pegawai yang sama telah menangkap ayahnya semasa dia masih kecil dan tujuan mereka datang kali ini adalah untuk mengambil ibunya kerena ibunya telah dipilih sebagai korban untuk projek Oligen.
YOU ARE READING
Rahsia di sebalik dunia: Majestic Dan Kisah Pemulanya
Fantasy"Rahsia di Sebalik Dunia: Majestic dan kisah pemulanya" adalah sebuah novel fantasi epik yang mengisahkan tentang tiga adik-beradik penyihir yang membawa perubahan besar dalam dunia. Mereka mengenalkan ilmu magik, mencipta makhluk mistik, dan mengha...