Sejak berlakunya konflik antara Zero dan Majesty, suasana di istana menjadi tegang. Majesty semakin merasa hubungan dengan anak sulungnya, Zero, renggang, dan keadaan kesihatannya juga semakin memburuk. Dia menderita penyakit misteri yang semakin melumpuhkan dirinya, dan dia percaya bahawa penyakit ini mungkin berpunca daripada keputusannya untuk melepaskan roh-roh purba.
Majesty merasakan badannya menua lebih cepat daripada biasa. Penglihatannya semakin kabur, dan dia tidak lagi mampu menggunakan kuasanya. Walaupun dia cuba menyembunyikan kelemahannya, dia tahu masanya sebagai raja semakin singkat. Kerana itu, dia mulai memikirkan tentang pewaris kerajaannya dan rancangan untuk menguji kedua-dua anaknya, Zero dan Force.
Suatu hari, Majesty merasa kepenatan luar biasa semasa duduk di takhtanya. Pandangannya yang dulu tajam kini lesu, dan doktor kerajaan mengesahkan bahawa penyakitnya semakin parah. Dia diberitahu bahawa waktunya tidak lama lagi.
Berita ini menghentam seperti kilat bagi Majesty. Dia menyedari bahawa masa pemerintahannya akan segera berakhir dan dia harus mempersiapkan warisannya. Kelemahannya semakin terlihat saat dia berusaha menjalankan tugas-tugasnya sebagai raja. Bahkan membaca laporan kecil pun menjadi beban yang berat.
Majesty mulai mengadakan pertemuan dengan para ahli sihir dan tabib terkemuka dari kerajaannya, berharap ada yang dapat menawarkan cara untuk memulihkan penyakitnya. Namun, harapannya semakin mengecil dengan setiap hiptosis kerana semua penyihir hanya mengatakan cuma seseorang yang berkuasa dan bijaksana seperti Nadicaster dari puak Caster mampu mencari jalan penyelesaian tetapi Kerajaan Majesty masih menghadapi masalah dengan puak Caster selepas kematiannya.
Majesty memanggil pertemuan dengan para menteri dan anak-anaknya. Wajahnya yang dulu tegas dan penuh kekuatan kini nampak rapuh. Dengan nada rendah hati, dia memberitahu mereka tentang penyakitnya dan keadaannya yang semakin lemah. Dia menyatakan kebimbangannya tentang masa depan kerajaan.
"Saya tidak mahu meninggalkan kerajaan ini dalam keadaan kacau-bilau. Saya perlukan bantuan kalian untuk menguruskan kerajaan," ujar Majesty dengan suara yang semakin serak dan lemah.
Para menteri dan anak-anaknya melihat dengan penuh simpati pada perubahan drastik sang raja. Sebagai tanda hormat dan kesetiaan, mereka bersedia membantu dalam apa sahaja yang diperlukan. Majesty turut melantik Voidknight sebagai penasihat utama dalam menangani ancaman dari puak Barbarian yang semakin berbahaya. Namun, keprihatinan Majesty paling besar adalah masa depan kerajaannya selepas dia tiada.
Dalam pertemuan itu, Majesty juga meminta Zero dan Force untuk berdamai dan bekerja sama demi masa depan kerajaan. Meskipun ketegangan masih ada, kedua-dua anaknya menghormati permintaan ayahanda mereka dan bersetuju untuk bekerjasama. Namun, Majesty tahu tindakan simbolik ini tidak cukup. Mereka berdua perlu diuji untuk menentukan siapa yang layak mewarisi tahtanya.
Keesokkan paginya, Zero dan Force pergi ke kamar tahta untuk berjumpa ayahandanya mereka. selepas mereka dipanggil ke sana. Apabila mereka memasuki kamar tahta, mereka nampak para menteri dan ketua puak Dragonic dan Sages turut hadir.
Majesty mengumumkan bahawa dia akan segera turun takhta dan memberikan peluang kepada Zero dan Force untuk menunjukkan siapa yang lebih layak menjadi pewaris kerajaan. Ujian ini melibatkan misi khas: mereka harus menjelajah ke luar sempadan kerajaan Majesty, menyebarkan pengaruh kerajaan, dan mengajak puak-puak asing untuk bergabung dengan kerajaan Majesty.
Mereka setuju akan misi ini tapi sebelum mereka bertolak, lalu Altersan memberikan Zero dan Force senjata mereka sendiri yang dia telah menempanya dengan khas selama 10 tahun.
Zero mendapat sebilah pedang lebar yang besar manakala Force mendapat pedang panjang yang nipis, Altersan berita menjelaskan pedang mereka diperbuat daripada bahan khas yang sudah pupus dan kini hanya mereka dan Majesty saja mempunyai senjata yang berkuasa ini.
YOU ARE READING
Rahsia di sebalik dunia: Majestic Dan Kisah Pemulanya
Fantasy"Rahsia di Sebalik Dunia: Majestic dan kisah pemulanya" adalah sebuah novel fantasi epik yang mengisahkan tentang tiga adik-beradik penyihir yang membawa perubahan besar dalam dunia. Mereka mengenalkan ilmu magik, mencipta makhluk mistik, dan mengha...