Bab 20:masalah dalam istana dan wanita suci

8 0 0
                                    

Sejurus selepas Majesty dan Maiden pulang ke istana, mereka dikejutkan oleh bunyi bising dari dalam istana. Dengan segera, Majesty bertanya kepada pengawal apa yang sedang berlaku. Pengawal melaporkan bahawa para menteri sedang bergaduh di bilik mesyuarat. Bimbang dengan situasi tersebut, Majesty dan Maiden bergegas ke bilik mesyuarat.

Sesampainya di sana, mereka melihat Nadicaster sedang berdebat panas dengan Ketua Puak Liberator mengenai isu Puak Cyprus.

Ketua Puak Liberator bersuara lantang, "Lazarus Cyprus dan Niagra Caster perlu dilucutkan jawatan dan dihukum penjara! Mereka menculik kanak-kanak untuk dijadikan tentera super demi menjatuhkan kerajaan Majesty!"

Nadicaster tetap tenang sambil menjelaskan, "KIta telah memecat Lazarus Cyprus dan kehilangan kuasa politiknya. Saya pula menghantar Niagra ke Kampung Cyprus untuk membuat perjanjian dengan mereka. Kerajaan kita memerlukan teknologi mereka untuk kemajuan. Tanpa teknologi tersebut, kita akan ketinggalan."

Namun, Ketua Puak Liberator tidak berpuas hati. "Teknologi Cyprus terlalu berbahaya dan mudah disalahgunakan. Kita tidak boleh bergantung kepada mereka lagi!"

Perdebatan semakin hangat apabila Menteri Pertahanan dan Menteri Awam turut menyatakan kebimbangan mereka. Mereka mengingatkan Nadicaster bahawa kesalahannya sebelum ini, kerana membiarkan puak Cyprus beroperasi di Akademi Ataraxia, hampir menghancurkan kerajaan. Jika bukan kepada majesty mengampuni kebanyakan kesalahannya nadicaster mungkin turut akan dicampakkan ke penjara sekarang juga.

Mendengar kecaman kedua menteri itu membuatkan Nadicaster hanya membelek helaian bukunya lalu dia bekata sambil menyilangkan tangannya "Saya sedar akan kesalahan saya dan menyesalinya kerana atas kecuaian saya, saya membiarkan Lazarus dan puaknya mengambil langkah bagi menjatuhkan kerajaan ini. "

Nadicaster menghela nafas dan menjawab dengan nada sedikit sinis, "Akan tetapi, dalam topik ini saya sendiri turut bersalah kerana menghantar adik saya sendiri bertemu puak Cyprus agar kami dapat membuat perjanjian dengan mereka bagi meluluskan penggunaan teknologi mereka. Jika ada cara lain untuk membangunkan teknologi di kerajaan ini, saya ingin mendengarnya. Daripada sekadar merungut."

Sindiran ini membuatkan Ketua Puak Liberator, Menteri Pertahanan, dan Menteri Awam menjadi lebih marah. Mereka menengking Nadicaster atas kelakuannya yang dianggap biadap dan kurang ajar.

Majesty yang mendengar perbalahan ini segera masuk ke bilik mesyuarat, memerintahkan semua orang untuk diam dan berhenti bertengkar. "Saya akan membuat keputusan sendiri tentang nasib puak Cyprus," tegas Majesty.

Nadicaster memandang Majesty dengan serius, memberi amaran bahawa jika keputusan Majesty tidak berpihak kepadanya, puak Caster akan meninggalkan kerajaan. Ketua Puak Liberator pula memberi amaran yang sama.

Majesty dengan tenang memilih cadangan Nadicaster, kerana dia sedar teknologi Cyprus sangat diperlukan untuk memastikan masa depan kerajaan dan keselamatan rakyatnya, termasuk Maiden White.

Ketua Puak Liberator menghampiri Majesty dan berkata, "Majesty, di sini perpisahan kita. Puak Liberator akan berdiri sendiri tanpa bantuan kerajaan awak. Kami akan membina masa depan kami sendiri, di luar bayangan kerajaan ini."

Dengan itu, Ketua Puak Liberator meletakkan jawatannya sebagai Menteri Pertanian dan Buruh Kerja, dan semua puak Liberator meninggalkan kerajaan Majesty untuk membina penempatan baru di Kampung York.

Tiga bulan selepas kepergian puak Liberator, kegembiraan menyelubungi istana apabila Maiden memberitahu Majesty bahawa dia telah mengandung selama dua bulan. Majesty begitu teruja mendengar berita itu sehingga dia memeluk Maiden dengan erat, berterima kasih kerana memberinya peluang untuk menjadi seorang ayah.

Rahsia di sebalik dunia: Majestic Dan Kisah PemulanyaWhere stories live. Discover now