Bab 17:Misteri penculikkan di akademi ataraxia

7 1 0
                                    


Beberapa bulan selepas Majesty dan Maiden Maria White menjadi pasangan kekasih, Majesty melantik Maiden sebagai Menteri Pendidikan, Perdagangan, dan Alam Sekitar. Pelantikan itu merupakan penghargaan atas jasa Maiden yang menyelamatkan Majesty dari bayangan jahat For'ges.

Dalam peranannya sebagai menteri, Maiden memperkenalkan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat besar kepada kerajaan. Antaranya, sistem kenderaan awam untuk pelajar demi keselamatan mereka serta memudahkan perjalanan mereka ke sekolah. Selain itu, dia juga membantu meningkatkan ekonomi kerajaan dengan menjual batu magik pada harga yang lebih murah serta membina taman-taman hijau di setiap bandar dalam kerajaan, yang memperkuat aliran tenaga magik.

Namun, satu hari semasa mesyuarat menteri berlangsung, Maiden membawa laporan yang merisaukan—kes penculikan di Akademi Ataraxia semakin meningkat. Banyak pelajar hilang, terutamanya dalam kalangan mereka yang berusia antara 10 hingga 17 tahun. Sehingga kini, lebih 30 pelajar telah dilaporkan hilang tanpa jejak.

Majesty terkejut dan bimbang bahawa penculikan ini mungkin berkait dengan sindiket perdagangan manusia atau pasar gelap. Lalu, Majesty mengarahkan agar keselamatan diperketatkan di sekitar akademi dan berjanji untuk mengharamkan sistem perhambaan serta menangkap sesiapa sahaja yang terlibat.

Selepas mesyuarat, Maiden meminta kebenaran daripada Majesty untuk menyiasat kes ini secara mendalam di Akademi Ataraxia. Dia merasakan bahawa pelakunya mungkin bersembunyi di kalangan staf atau pelajar di akademi. Majesty membenarkan, tetapi dengan syarat dia akan turut serta kerana bimbang akan keselamatan Maiden.

Setibanya mereka di Akademi Ataraxia, mereka terkejut melihat bilangan pelajar yang semakin berkurangan. Pengetua akademi, Nigel Cyprus, menjelaskan kepada mereka bahawa ramai ibu bapa kini melarang anak-anak mereka daripada hadir ke sekolah kerana takut anak-anak mereka akan menjadi mangsa penculikan.

"Nigel, berapa ramai pelajar yang hilang setakat ini?" tanya Maiden.

"Sejak enam bulan lalu, lebih daripada 30 pelajar telah hilang. Kami masih tidak tahu di mana mereka atau apa yang berlaku kepada mereka," jawab Nigel, risau.

Maiden mula mengesyaki bahawa kes ini mungkin dirancang oleh sindiket tertentu. Kesemua penculikan berlaku dalam corak yang serupa—pelajar diculik pada waktu tertentu dan dengan cara yang sangat teratur. Sesuatu yang lebih besar sedang berlaku di sebalik tabir.

Setelah itu, Maiden dan Majesty menyoal pengawal keselamatan akademi mengenai langkah keselamatan yang diambil untuk melindungi pelajar. Namun, mereka terkejut apabila pengawal mendakwa bahawa sistem keselamatan akademi sudah cukup ketat dan tidak memerlukan peningkatan.

Maiden mula curiga. Dia menyampaikan kekhuatirannya kepada Majesty, menyatakan bahawa penculikan ini kelihatan teratur, seperti ada dalang di belakangnya. Majesty, yang turut curiga, mencadangkan agar mereka terus menyiasat sambil berjalan-jalan di sekitar akademi.

Apabila mereka sedang bersiar-siar di sekitar akademi, Maiden beritahu Majesty walaupun akademi ini mempunyai sistem keselamatan yang setaraf dengan keselamatan di istana tetapi para pelajar masih boleh diculik dengan mudah pada waktu persekolahan. Ini juga merisaukan Majesty, dia tak ingat langsung dia pernah melantik Nigel Cyprus sebagai pengetua akademi maka dia hubungi Voidknight mengenai siapa yang melantik Nigel dalam kalangan Counsil of origin.

Voidknight mengatakan Nigel Cyprus dilantik atas cadangan oleh menteri teknologi Lazarus Cyprus, mendengar hal ini Maiden percaya seseorang yang ada pengaruh besar turut terlibat.

Semasa mereka masih memikirkan siapa pelakunya tiba-tiba mereka terdengar seseorang menjerit, mereka segera pergi ke kawasan suara tersebut. Disitu mereka nampak seorang lelaki bersenjata sedang mengikat seorang pelajar lelaki dan mencampakkannya masuk ke dalam kereta kuda.

Rahsia di sebalik dunia: Majestic Dan Kisah PemulanyaWhere stories live. Discover now