Beberapa tahun kemudian,ikaros zero telah berkahwin dengan sue cyprus dan telah dikurniakan dua anak lelaki kembar iaitu bernama blaster volt dan depoo kali,zero juga telah merapatkan hubungan antara puak darknest,cyprus dan telah membentuk laluan rahsia menghubungkan kedua kampung tanpa pengetahuan tentera majesty yang mengawal kampung cyprus.
Satu hari,zero beritahu lazarus,elder dan galatin bahawa dia mahu kembali ke kerajaan majesty sambil membawa isteri dan anak-anaknya serta beberapa pengikutnya dari puak cyprus dan darknest bagi melengkapkan misi yang diberikan oleh ayahandanya majesty.
Mereka bertiga setuju untuk membiarkan zero pulang ke kerajaan majesty,elder dan lazarus memberi tanda hormat kepada zero lalu mengangguk dengan bijaksana. "Kami telah mengajarkanmu semua yang kami tahu, Zero. Kini saatnya kau menunjukkan kemampuanmu sebagai pemimpin."
Zero menolak kepada dark galatin dan ingin mengajak dia guru pertamanya kembali ke kerajaan majesty tetapi dia menolak perlawaan zero,dia mengatakan dia tak akan mengikut zero kembali ke kerajaan majesty kerana dia masih menyembunyikan identitinya dari dunia dan takut dia masih tak diterima oleh kerajaan majesty.
Saatnya telah tiba untuk kepulangan yang dinanti-nantikan,setelah sekian lama terpisah, Zero dan Force akan kembali ke Kerajaan Majesty.Kedua pahlawan ini telah menjalani cabaran dan menghadapi ujian yang mengubah hidup mereka dan kini mereka bersiap untuk bertemu kembali.
Zero memandang isteri tercintanya sue cyprus dan bersama anak-anaknya,dia menyuruh sue untuk bersedia dan mengikutnya pulang ke kerajaan majesty,elder dan lazarus menyerahkan lima orang ahli puak masing-masing bagi mewakili mereka sambil membawa surat perjanjian peryatuan dan pemohonan ampun dari puak cyprus.
Mereka mula bersiap dan zero memimpin pengikutnya ke pintu hadapan kampung tetapi galatin mengatakan itu idea yang buruk kerana tentera majesty masih melarang puak cyprus untuk keluar malah mereka juga tak tahu zero berada di dalam kampung cyprus.
Maka dengan itu,zero tersenyum pada galatin dan mengatakan dia perlu percaya kepadanya.
Zero membuka pintu kampung cyprus dan ia mengejutkan tentera majesty mengarahkan zero untuk kembali ke dalam tetapi zero menolak membuatkan mereka semua bersedia untuk menahan zero.
Sebaik saja,salah seorang tentera memegang tangan zero,dia segera mematahkan lengan tentera itu dengan gengaman tangannya membuatkan tentera yang lain bersedia untuk menyerang zero.
Sue dan yang lain berasa takut melihat tentera majesty menyediakan senjata mereka untuk menyerang zero tetapi zero mengaktifkan mata irisnya dan mengeluarkan pedangnya dan dengan pantas mengalahkan hampir semua tentera.
Semua orang terkejut melihat kekuatan zero malah baki tentera majesty yang tercedera bertindak untuk melarikan diri dan berkumpul semula tetapi zero dengan pantas menghampiri mereka dan memukau mereka menggunakan mata iris.
semua orang kagum dengan kuasa hebat yang dimiliki zero lalu dia mengarahkan lazarus untuk menggunakan tentera ini sebagai tahanannya,lazarus berbesar hati dan ingin menjadikan tahanan ini sebagai bahan ekperimennya yang baru.
Tak lama selepas itu,zero bersama pengikutnya mula mengembara pulang ke kerajaan majesty,perjalanan mereka mengambil masa sebulan dengan perubahan cuaca yang mendadak tapi mereka berjaya pulang tanpa apa-apa masalah.
Langit di kota Majesty berwarna jingga ketika matahari terbenam menciptakan pemandangan yang indah di langit yang cerah.Warga kerajaan keluar dari rumah-rumah mereka,mengamati pemandangan langit yang indah, tanpa mengetahui bahawa kedua pahlawan yang mereka kagumi sedang dalam perjalanan pulang.
Zero memasuki pintu gerbang ibu kota pasir merah dan dia disambut dengan meriah sekali oleh rakyat jelata dan zero pulang ke istana untuk berjumpa ayahandanya majesty.Zero beritahu majesty bahawa dia telah membawa dua surat perjanjian dari puak cyprus dan astra untuk bergabung dalam kerajaan majesty dan satu surat pengampunan untuk puak cyprus malah dia juga telah menakluk beberapa kawasan kampung yang menolak gabungan mereka dan menjadi kawasan koloni bagi kerajaan majesty.
YOU ARE READING
Rahsia di sebalik dunia: Majestic Dan Kisah Pemulanya
Fantasy"Rahsia di Sebalik Dunia: Majestic dan kisah pemulanya" adalah sebuah novel fantasi epik yang mengisahkan tentang tiga adik-beradik penyihir yang membawa perubahan besar dalam dunia. Mereka mengenalkan ilmu magik, mencipta makhluk mistik, dan mengha...