Pada keesokkan harinya,force bersama hides, dua pengikutnya tiga orang puak caster sebelum ini meninggalkan kampung babarian untuk ke arah barat untuk melawat perkampungan liberator.
Salah seorang puak caster menerangkan kepada force bahawa puak caster ingin menghantar surat permohonan maaf kepada puak liberator kerana menfitnah mereka membunuh ketua puak mereka nadicaster.
Sepanjang perjalanan mereka,puak caster mengajar force lebih lagi tentang sihir terlarang manakala hides babarian memberitahu force lebih lagi tentang lembaga hitam yang bernama dark galatin dan matlamatnya mengajar puak babarian kuasa magik.
Tujuan sebenar dark galatin mengajar puak babarian kuasa magik adalah untuk menyebabkan kekacauan di sempadan kerajaan dan akan membantunya menghancurkan pertahanan kerajaan majesty.
Seminggu telah berlalu,akhirnya mereka sampai di kampung liberator, kampung liberator dilihat dijaga ketat dengan bilangan pahlawan yang ramai.
Apabila mereka ingin memasuki kampung liberator sekali lagi mereka dikepung dan ditahan oleh pengawal keselamatan puak liberator.
Salah seorang puak caster memberi surat yang ditulis oleh niagra caster mengenai surat pemohonan maaf kepada pegawai keselamatan tersebut tapi diendahkan kerana mereka mengenali jubah mereka kepunyaan puak caster maka dengan niat yang mengancam pengawal keselamatan itu melarang puak caster memasuki kampung mereka.
Para pengawal mula menyoal siasat force dan kumpulannya apa tujuan mereka datang ke kampung liberator sementara pengawalnya menahan puak caster.
Force yang teragak-agak memberi surat puak caster dan surat pengabungan persekutuan kerajaan majesty yang telah ditandatangani oleh ketua puak babarian dan caster kepada pengawal tersebut.
Pengawal itu mula membaca surat tersebut dan terkejut dengan kandungan surat tersebut dan mengarahkan orangnya untuk membawa rakan-rakan force ke lokap terlebih dahulu manakala force diarahkan untuk tunggu di sebuah rumah agam yang besar.
Di dalam rumah agam tersebut,force menunggu sambil berjalan-jalan sekitar ruang tamu melihat perhiasan dan perabot dalam rumah ini.
Di situ,force nampak sebuah gambar potret yang menunjukkan bapanya majesty, mendiang maknya maiden white, voidknight,altersan dan ketua-ketua puak yang lain.Saat dia merenung gambar itu,pengawal liberator datang kembali sambil membawa seorang wanita muda dan menyuruh force memberi hormat kepadanya kerana wanita itu adalah ketua puak liberator yang baru.
Wanita itu memperkenalkan dirinya sebagai liberator sue dan dia menggantikan mendiang bapanya yang meninggal baru-baru ini sebagai ketua puak yang baru lalu dia menanya force apa tujuannya datang ke kampungnya bersama puak caster dan babarian.
Force menunduk hormat kepada liberator sue dan memperkenalkan dirinya sebagai putera kerajaan majesty tapi sue menyuruh force mengangkat kepalanya menyatakan perbualan antara dua pemimpin tak perlu menunduk hormat kepada sesama sendiri.
Force mengangkat kepalanya dan berkata dengan nada berhati-hati"Awak mesti telah membaca surat yang saya beri,saya ikaros force anak kepada wira dunia,majesty lord blaster datang ke sini untuk mengajak awak dan puak liberator kembali ke kerajaan majesty."
Sue berjalan melalui force lalu duduk di sofanya dan dia bertanya dengan wajah serius kepada force lagi adakah puak liberator boleh percayakan puak caster dalam gabungan semula kerajaan majesty. Force teragak-agak buat sementara tapi dia menetapkan pendiriannya mengatakan puak caster sudi memohon maaf atas fitnah mereka dan juga dia akan melindungi hak puak liberator malah beritahu sue tentang kewujudan dark galatin.
Hal ini menyebabkan sue naik angin mendengar janji force seakan dia cuma akan terimanya dengan hati terbuka dan percaya akan kata-kata manisnya.Sue menegaskan kepada force sebagai pemimpin yang ingin membimbing orangnya,dia tak boleh merayu kepada rakyatnya untuk sertainya tapi dia perlu membuat rakyatnya mengikutinya.
YOU ARE READING
Rahsia di sebalik dunia: Majestic Dan Kisah Pemulanya
Fantasy"Rahsia di Sebalik Dunia: Majestic dan kisah pemulanya" adalah sebuah novel fantasi epik yang mengisahkan tentang tiga adik-beradik penyihir yang membawa perubahan besar dalam dunia. Mereka mengenalkan ilmu magik, mencipta makhluk mistik, dan mengha...