Lima tahun telah berlalu sejak Majesty meninggalkan kerajaannya untuk mengembara. Dalam tempoh itu, kerajaan di bawah kepimpinan Altersan dan Voidknight berjaya mengekalkan keamanan serta kestabilan. Mereka memimpin dengan bijaksana, memastikan kesejahteraan rakyat, sementara anak-anak Majesty, Ikaros Zero dan Ikaros Force, membesar menjadi kanak-kanak yang cerdas dan berbakat.
Zero, anak sulung Majesty, telah menunjukkan tanda-tanda keberanian dan kekuatan fizikal sejak kecil. Sifatnya yang tegas dan berani sering kali menyerupai bapanya. Sementara itu, Force, adiknya, mempunyai sifat yang lebih lembut dan kreatif, sering memukau orang sekeliling dengan karya seninya. Kedua-duanya sering melawat makam ibu mereka, Maiden White, bersama-sama Voidknight, menjadikan kunjungan tersebut sebagai tempat untuk menenangkan hati dan mencari kekuatan.
Namun, keadaan berubah pada suatu hari.
Seorang lelaki tua berambut putih, berjanggut panjang, dengan jubah tudung dan tongkat kayu melangkah masuk ke dalam taman istana, mendekati makam Maiden White. Lelaki itu diam sejenak sebelum meletakkan sejambak bunga di atas makam, wajahnya penuh kesedihan yang terpendam.
"Maafkan saya kerana tidak melawat awak selama ini," kata lelaki itu dengan suara yang lembut. "Saya terlalu takut untuk menghadapi kenyataan, tetapi sekarang saya tahu awak sentiasa bersama saya dalam cara yang berbeza. Saya harap awak bahagia di sana."Lelaki itu adalah Majesty Lord Blaster sendiri, raja yang pernah dikenali sebagai wira dunia.
Di taman lain, Voidknight sedang mengawasi Zero dan Force bermain, sambil membaca laporan diraja yang baru diterimanya. Dia tiba-tiba mendapat mesej dari pengawal istana bahawa seorang lelaki misteri telah masuk tanpa kebenaran dan para pengawal gagal mengesan lokasinya. Keadaan menjadi lebih tegang apabila Voidknight menoleh dan mendapati lelaki tersebut sedang duduk bersama anak-anak Majesty, berbual mesra.
Merasa curiga, Voidknight segera menghampiri lelaki itu dan mengarahkannya untuk menjauh dari anak-anak Majesty. Lelaki itu perlahan-lahan bangun sambil memegang tongkatnya dan membuka tudung jubahnya. Wajahnya yang penuh dengan kedamaian itu terserlah, tetapi apa yang mengejutkan Voidknight adalah identitinya, lelaki itu adalah Majesty Lord Blaster sendiri, kembali selepas lima tahun menghilang.
"Majesty... tuanku sudah pulang," kata Voidknight dengan nada penuh emosi, air matanya mengalir. Dia segera melutut di hadapan Majesty. Namun, Majesty yang telah berubah dengan penampilan barunya. Rambut panjang, janggut lebat, dan aura tenang yang hampir tidak terasa, menyuruh Voidknight untuk bangkit.
Majesty tersenyum, memeluk sahabat lamanya, dan berkata, "Bangkitlah, Voidknight. Saya kembali bukan sebagai raja, tetapi sebagai rakan dan seorang ayah."
Majesty beritahu Voidknight bahawa matlamat hidupnya telah lengkap dan bertindak untuk pulang menghabiskan misinya memerintah kerajaannya. Hal ini membuatkan Voidknight sedar bahawa punca aura Majesty sangat tenang disebabkan dia telah mencapai tahap dimana dia mampu menutup aura magiknya sepenuhnya membuatkan dia menjadi seperti manusia biasa.
Voidknight dengan hati yang lega berdiri dan memeluk tuannya. "Nampaknya tuanku sudah mencapai matlamat untuk menjadi manusia semula," kata Voidknight sambil tersenyum kecil.
Majesty kemudian memberitahu Voidknight bahawa sudah tiba masanya untuk anak-anaknya mempelajari kuasa magik. Bersetuju dengan itu, Voidknight mengiringi mereka kembali ke istana, di mana majlis khas disediakan bagi menyambut kepulangan Majesty.
Semasa Majesty membawa anak-anaknya ke bilik belajar, Voidknight beritahu pengawalnya untuk sampaikan berita kepada Altersan dan para menterinya mengenai kepulangan Majesty malah beritahu tukang masak untuk sediakan masakan khas untuk meraih kepulangan Majesty.
Dalam bilik belajar istana, Majesty memeluk anak-anaknya erat-erat. Air mata mengalir di pipinya ketika dia meminta maaf kerana meninggalkan mereka selama ini. "Maafkan ayah kerana tidak berada di sini. Ayah rindu pada kamu berdua," katanya dengan penuh kesedihan.
YOU ARE READING
Rahsia di sebalik dunia: Majestic Dan Kisah Pemulanya
Fantasy"Rahsia di Sebalik Dunia: Majestic dan kisah pemulanya" adalah sebuah novel fantasi epik yang mengisahkan tentang tiga adik-beradik penyihir yang membawa perubahan besar dalam dunia. Mereka mengenalkan ilmu magik, mencipta makhluk mistik, dan mengha...