Seminggu berlalu sejak ikaros force tiba di kampung liberator,suasana di kampung dipenuhi dengan ketegangan ketika berita tentang perjanjian pernikahan antara Force dan Liberator sue mulai tersebar.
Perjanjian ini sebahagian dari persetujuan Puak Liberator dibuat oleh pihak atasan untuk bergabung semula dengan Kerajaan Majesty, iaitu Force perlu mengahwini ketua puak Liberator, Sue. Meskipun Force dan Sue tidak pernah bertemu sebelumnya, mereka sekarang harus menghadapi takdir yang diatur oleh perjanjian tersebut.
Force merasa terkejut dan terbebani dengan keputusan yang diambil atas namanya. Di sisi lain,Sue juga merasa tidak nyaman dengan situasi yang sama. Keduanya merasa terperangkap dalam permainan politik dan perjanjian antara puak yang harus mereka ikuti.
Force dibawa ke dewan utama, di mana Sue sedang menunggu bersama beberapa penasihatnya. Wajah Sue yang serius menunjukkan ketegasan dan ketidakpuasan hatinya.
"Ikaros Force, saya diberitahu bahawa awak membawa surat penggabungan persekutuan dari puak Caster dan Babarian," kata Sue tanpa sebarang basa-basi.
Force mengangguk, cuba menyembunyikan kegugupannya. "Betul, Sue. Surat ini ditandatangani oleh ketua puak Babarian dan Caster. Kami berharap dapat menyatukan semula semua puak dalam kerajaan majesty untuk melawan ancaman Dark Galatin."
Liberator sue,meskipun tidak setuju dengan perjanjian tersebut, menghadapi situasi ini dengan kepala tegak. Force, di sisi lain, mencuba menyimpan ketidaksetujuannya dan berusaha memahami pendapat Sue. Keduanya merasa tertekan dan bingung, namun, tidak memiliki pilihan selain mengikuti perintah.
Sue memandang Force dengan sinis. "Saya tidak mudah percaya, Force. Lagipun, apa jaminan yang saya ada bahawa puak Liberator tidak akan dikhianati lagi?"
Salah seorang penasihat Sue berdiri dan berkata, "Puan sue, ini adalah peluang untuk mengukuhkan persekutuan dan menguatkan kedudukan kita. Dengan menyertai persekutuan ini, kita dapat memperkuatkan pertahanan kita terhadap Dark Galatin."
Sue memandang penasihatnya dengan tidak puas hati. "Saya tidak suka dipaksa untuk menerima sesuatu yang saya tidak yakin. Saya juga tidak suka dengan idea untuk berkahwin hanya untuk kepentingan politik."
Salah seorang penasihatnya menambahkan "Tapi puan sue,dengan mengahwini putera kerajaan majesty kita dapat meningkatkan hak puak kita dalam kerajaan nanti."
Force merasa tertekan mendengar kata-kata penasihat sue. Dia tahu bahawa kehadirannya di sini adalah untuk menyatukan puak-puak, bukan untuk memaksa perkahwinan. "Sue, saya faham perasaan awak. Saya tidak di sini untuk memaksa apa-apa. Saya hanya berharap kita dapat bekerjasama untuk kebaikan semua puak dan melawan ancaman yang lebih besar."
Sue tersenyum sinis. "Bekerjasama? Apa yang awak tahu tentang bekerjasama? Awak datang dari istana, dari kehidupan yang serba mewah. Awak tidak tahu apa-apa tentang kesukaran yang kami hadapi."
Force merasa terpukul dengan kata-kata Sue, tetapi dia tahu bahawa dia perlu membuktikan dirinya. "Sue, saya mungkin tidak tahu kesukaran yang awak hadapi, tetapi saya di sini untuk belajar dan membantu. Beri saya peluang untuk membuktikan niat baik saya."
Sue menarik nafas panjang. "Baiklah, Force. Saya akan beri awak peluang. Tetapi ingat, saya tidak akan terima sebarang perkahwinan paksa. Kita akan lihat bagaimana awak boleh membantu puak Liberator terlebih dahulu."
Selepas tamat majlis tersebut,force duduk di tepi sungai, memandang air yang mengalir tenang, suasana menambah emosi damai , tetapi fikirannya penuh dengan konflik.Sue datang menghampirinya dengan langkah yang tenang dan berwibawa,dia duduk disebelah force tanpa berkata apa-apa hanya memandang suasana damai ini bersama.
YOU ARE READING
Rahsia di sebalik dunia: Majestic Dan Kisah Pemulanya
Fantastik"Rahsia di Sebalik Dunia: Majestic dan kisah pemulanya" adalah sebuah novel fantasi epik yang mengisahkan tentang tiga adik-beradik penyihir yang membawa perubahan besar dalam dunia. Mereka mengenalkan ilmu magik, mencipta makhluk mistik, dan mengha...