Tiga hari selepas perjalanan yang melelahkan dan penuh dengan bahaya, Majesty Lord Blaster akhirnya tiba di Bandar Besi. Bandar ini, yang terkenal dengan kilang-kilang senjatanya, merupakan kota yang sibuk dan penuh dengan pekerja yang lalu-lalang. Di sebalik kepenatan, Majesty merasakan harapan baru. Tujuannya kini jelas: mencari senjata yang sesuai untuk pengembaraannya dan melatih dirinya agar lebih kuat demi mempertahankan diri dari musuh.
Namun, satu masalah besar menghantui fikirannya—Majesty tidak memiliki sebarang wang. Tanpa wang, bagaimana dia boleh mengupah tukang besi untuk membuat senjata atau belajar seni pertarungan? Sedangkan dia sendiri tidak tahu apa-apa tentang pertempuran.
Sebelum sempat mencari kerja, Majesty merasakan tubuhnya semakin lemah. Kepenatan perjalanan jauh akhirnya meruntuhkan daya tahannya. Dia rebah dan pengsan di tengah-tengah kesibukan bandar.
Ketika sedar, Majesty mendapati dirinya terbaring di dalam sebuah bengkel senjata. Seorang lelaki besar dengan rambut kelabu dan kulit yang kasar berdiri di hadapannya. "Akhirnya kau sedar juga," kata lelaki itu. "Aku Altersan, tukang besi di bandar ini. Aku yang menemui kau pengsan di jalanan dan membawamu ke sini."
Bukan itu saja, Altersan merupakan tukang besi yang terkenal di bandar besi mahupun seluruh kerajaan darknest kerana kemahiran bertukangnya sehinggakan darknest agung sendiri memberi penghargaan dengan memberi kuasa lava kepadanya sebagai jasanya membina senjata bagi darknest agung.
Majesty berterima kasih atas pertolongan Altersan dan, dengan rasa terhutang budi, menawarkan diri untuk bekerja di bengkelnya sebagai ganti. Namun, Altersan menatapnya dengan penuh pemikiran. "Aku ada tawaran yang lebih baik," katanya sambil memandang kalung di leher Majesty. "Kalung itu... pernah aku lihat sebelum ini. Datuk Peramal yang memberinya padamu, bukan? Dia kawan baikku. Sebagai penghormatan padanya, aku akan memberimu lebih dari sekadar pekerjaan. Aku akan memberikanmu senjata dan melatihmu untuk menjadi seorang pahlawan."
Majesty terkejut. Dia tidak menyangka bahawa lelaki tua yang dikenali sebagai 'Peramal Gila' mempunyai hubungan dengan Altersan, tukang besi yang begitu terkenal hingga Darknest Agung sendiri pernah memberi penghargaan atas jasanya mencipta senjata untuk kerajaan.
"Bagaimana kau mengenali Peramal itu?" tanya Majesty, penuh ingin tahu.
Altersan duduk dan mula menceritakan kisah kelam masa lalunya. "Dua puluh tahun lalu," dia memulakan, "aku dijemput ke istana Darknest Agung untuk menerima penghargaan atas kemahiranku sebagai tukang besi. Aku membawa keluargaku—isteri dan anak kecilku. Tapi semuanya musnah pada hari itu. Ketika kami berdiri menunggu kedatangan Darknest, anakku secara tidak sengaja tersandung dan jatuh di hadapan Darknest, menghalang laluannya. Darknest yang marah mengarahkan pengawalnya untuk membunuh anakku. Isteriku cuba mempertahankan anak kami, tetapi dia juga dibunuh, di depan mataku sendiri."
Majesty merasakan kemarahan Altersan yang terpendam. Lelaki besar itu mengepalkan tinjunya dengan kuat. "Aku mahu menumbuknya, membalas dendam, tetapi Darknest mengancam akan membunuhku juga jika aku mencuba. Hanya satu orang yang berani menentang Darknest ketika itu—Sir Harold, Peramal yang kau temui. Dia mencerca Darknest sebagai makhluk terkutuk dan bahkan menyimbah air ke mukanya sebelum melarikan diri. Aku membantu Harold melarikan diri dari istana dengan diam-diam, tetapi Darknest mengarahkan pasukannya untuk memburu dan membunuhnya. Sebelum dia pergi, Harold meramalkan sesuatu: 'Satu hari nanti, anak yang memegang bulan sabit akan datang ke bengkelmu dan meminjam kekuatanmu.'"
Majesty tersentak mendengar ramalan itu. Tanda lahir bulan sabit di tangannya terasa semakin berat, seolah-olah membawa beban takdir yang besar. "Aku berjanji," kata Majesty dengan tekad, "atas nama Sir Harold, aku akan menjatuhkan Darknest Agung dan mengakhiri kekejamannya."
YOU ARE READING
Rahsia di sebalik dunia: Majestic Dan Kisah Pemulanya
Fantasy"Rahsia di Sebalik Dunia: Majestic dan kisah pemulanya" adalah sebuah novel fantasi epik yang mengisahkan tentang tiga adik-beradik penyihir yang membawa perubahan besar dalam dunia. Mereka mengenalkan ilmu magik, mencipta makhluk mistik, dan mengha...