Bab 8:Penemuan asal usul keluarga

7 1 0
                                    


Suatu hari, Majesty sedang berbaring di bawah pohon tua berhampiran makam ibunya. Angin sepoi-sepoi meniup lembut, membawa kesejukan yang menyegarkan. Dia termenung, mengingati saat-saat bahagia bersama ibunya sebelum beliau pergi meninggalkannya untuk selama-lamanya. Meski sudah bertahun-tahun berlalu, kerinduan terhadap ibunya semakin kuat dalam hatinya. Namun, Majesty sedar dia tidak sepenuhnya bersedih kerana masih menekan emosinya, membiarkan diri dibaluti rasa kosong.

Secara tiba-tiba, suara tapak kaki mendekati. Voidknight muncul dengan wajah serius. "Majesty, ada kecemasan di Kampung Pasir Merah. Penduduk memerlukan bantuan segera," katanya, nadanya cemas.

Majesty segera bangkit dan tanpa berlengah, mengikuti Voidknight menuju ke kampung halamannya.

Saat mereka tiba di Kampung Pasir Merah, kampung itu kelihatan jauh lebih maju. Penduduknya sibuk membina kampung menjadi Bandar Diraja bagi kerajaan baru Majesty. Pembangunan di mana-mana—rumah-rumah dibina, pasar-pasar penuh dengan kegiatan. Namun, suasana gembira itu dicemari oleh kecemasan yang terpancar di wajah penduduk.

Penduduk berkumpul, merayu pada Majesty untuk membantu mengalihkan sebuah batu besar yang menyumbat saluran air sungai. Tanpa aliran air yang lancar, ladang-ladang mereka terancam kekeringan.

Majesty memeriksa batu besar itu dan segera menyedari betapa besarnya. Namun, dia berpaling kepada Voidknight dengan senyuman. "Voidknight, kau cukup kuat untuk menghancurkan batu ini sendiri. Kenapa perlu aku?" tanyanya, separuh bergurau.

Voidknight bersiul dan membalas, "Aku boleh saja, tapi bagaimana aku nak membuktikan pada mereka bahawa kau adalah Raja Baru mereka?"

Majesty hanya menggeleng kepala sambil tersenyum. Dengan satu hayunan pedangnya, Majesty Ken, batu besar itu hancur sekelip mata. Aliran air mula mengalir lancar, memulihkan kehidupan ladang penduduk.

"Terima kasih, Majesty! Kau sungguh luar biasa!" sorak penduduk dengan penuh gembira. Seorang wanita tua kemudian menghampiri Majesty dan berkata, "Makmu, Josephine Lady Blaster, pasti bangga padamu."

Majesty terhenti sejenak. Nama itu—Josephine Lady Blaster—terasa asing di telinganya. "Siapa Josephine Lady Blaster?" tanyanya, bingung.

Wanita tua itu tersenyum lembut. "Josephine Lady Blaster adalah ibumu, isteri kepada Marvelous Lord Blaster. Dulu, mereka adalah wakil utusan Kampung Pasir Merah."

Perasaan terkejut menyelimuti Majesty. Dia tidak pernah mengetahui nama penuh ibunya sebelum ini. Josephine Lady Blaster—maklumat ini sangat penting. Dengan hati yang bergelora, Majesty segera menuju makam ibunya. Saat dia tiba di sana, dia melihat batu nisan ibunya yang tertera nama "Josephine Lady Blaster." Majesty terpaku, merasa aneh kerana selama ini dia tidak tahu nama sebenar ibunya.

Dengan perasaan ingin tahu yang semakin membara, Majesty mula memikirkan asal usul keluarganya. Mengapa kedua ibu bapanya memiliki gelaran "Lord" dan "Lady", gelaran yang hanya diberikan kepada kaum bangsawan? Tidak pernah sekalipun semasa dia membesar, ibunya berbicara tentang latar belakang mereka sebagai bangsawan.

Majesty memutuskan untuk bertemu dengan Ketua Kampung Pasir Merah untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang bapanya. Setibanya di rumah ketua, beliau menyambut Majesty dengan penuh hormat.

Ketua kampung terkejut apabila mengetahui bahawa Majesty adalah anak kepada Marvelous dan Josephine. "Ayahmu, Marvelous Lord Blaster, adalah bekas penasihat dan wakil utusan bagi kampung ini," kata ketua kampung.

Beliau menceritakan bahawa bapanya, Marvelous, adalah penduduk asal Kampung Pasir Merah, manakala ibunya berasal dari keturunan bangsawan yang kini sudah tidak wujud. Ketua kampung menjelaskan bahawa 100 tahun lalu, terdapat 50 keluarga bangsawan yang memerintah setiap wilayah. Namun, Perang Bangsawan meletus apabila para bangsawan mula berperang sesama sendiri untuk meluaskan pengaruh. Banyak keluarga bangsawan yang kehilangan wilayah mereka dalam peperangan ini.

Rahsia di sebalik dunia: Majestic Dan Kisah PemulanyaWhere stories live. Discover now