Bab 4:Sekutu merah dan sahabat yang setia

11 0 0
                                    


Seminggu berlalu sejak pertempuran pertama Majesty dengan Darknest Agung. Majesty kembali ke ibu kota Grimnoir, kali ini dengan hati-hati, kerana keadaan di sana sudah berubah. Jumlah Robo Wars semakin banyak, dan pegawai kerajaan meronda setiap penjuru kota, mencari sesiapa yang mencurigakan—terutama selepas cubaan Majesty menyerang Darknest.

Wajah Majesty terpampang di mana-mana—di poster yang ditampal di tembok-tembok kota. Sesiapa yang dilihat mencurigakan akan segera ditangkap. Menyedari bahaya ini, Majesty terpaksa menyamar, berusaha mengelak dari bertembung dengan pegawai kerajaan.

Ketika ingin memasuki sebuah gerai makan untuk bersarapan, Majesty terlihat seorang gelandangan di tepi kedai, meminta sedekah. Lelaki tua itu kelihatan lusuh dan kurus, menahan sejuk dalam cuaca dingin pagi itu.

"Tuan," kata gelandangan itu sambil menghulurkan bekas tin. "Boleh tak awak beri sedikit wang? Saya hanya ingin membeli makanan yang panas untuk mengisi perut pada cuaca sejuk ini."

Majesty memandang lelaki itu, dan menyedari bahawa dia adalah bekas bangsawan—salah seorang yang dilepaskan oleh Darknest selepas pembubaran sistem bangsawan. Merasa simpati, Majesty memberi beberapa keping syiling gangsa kepadanya. Gelandangan itu menunduk tanda hormat. "Terima kasih, wahai wiraku."

Majesty tersenyum kecil, lalu melangkah masuk ke gerai makan.

Di dalam, selepas memesan makanan, Majesty berbual dengan pemilik kedai mengenai perubahan drastik di Grimnoir. Pemilik kedai, sambil menyapu meja, berkata, "Sejak Darknest membubarkan sistem bangsawan, banyak pahlawan yang bekerja dengan bangsawan mula memberontak. Mereka menyerang Robo Wars dan pegawai kerajaan sebagai tanda protes. Ada juga khabar bahawa seorang pahlawan berjaya menyelinap ke istana dan cuba menyerang Darknest sendiri."

Majesty mendengar dengan penuh minat. "Apa yang terjadi dengan pahlawan itu?" tanyanya.

"Darknest menghantar pegawainya untuk memburu semua pahlawan. Sebahagian besar telah ditangkap dan dihukum mati. Tapi ada seorang pahlawan yang masih bebas, namanya Voidknight. Dia seorang yang luar biasa, berjaya mengalahkan tiga pegawai dan sepuluh Robo Wars seorang diri. Sekarang dia dalam buruan, dan ramai yang percaya dia akan membalas dendam untuk bangsawannya yang dibunuh."

Belum sempat Majesty bertanya lebih lanjut, seorang lelaki tiba-tiba berlari masuk ke gerai dengan nafas termengah-mengah. "Voidknight dah datang!" dia menjerit, membuatkan suasana gerai tegang seketika.

Majesty segera bangkit dan menuju ke lokasi di mana Voidknight dikatakan berada.

Setibanya di tempat kejadian, Majesty melihat Voidknight dikepung oleh pegawai kerajaan dan sedozen Robo Wars. Walaupun cedera parah, Voidknight berjuang dengan gagah, memegang dua pedang dan mengalahkan dua pegawai serta lima Robo Wars yang mengepungnya. Majesty kagum melihat keberanian pahlawan itu. Walaupun tanpa kuasa, Voidknight tetap berdiri melawan dengan semangat yang tidak terkalahkan.

Namun, bilangan musuh semakin banyak. Salah seorang pegawai mengarahkan Voidknight untuk menyerah diri dan mendedahkan lokasi rakan-rakannya. Dengan nada tegas, Voidknight menjawab, "Semua rakan saya sudah lama mati. Satu-satunya tujuan saya sekarang adalah mengalahkan sebanyak mungkin pegawai sebelum saya mati sebagai pahlawan yang sebenar."

Seorang pegawai segera melepaskan bebola api ke arah Voidknight. Pahlawan itu mengangkat pedangnya untuk bertahan, tetapi serangan itu terlalu kuat. Pedangnya patah, dan kini dia berdiri tanpa senjata, terdedah kepada musuh.

Pegawai kerajaan segera memberi arahan kepada Robo Wars untuk menembak Voidknight, namun sebelum tembakan dilepaskan, Majesty bertindak pantas. Dengan kebolehannya yang luar biasa, Majesty mengalahkan semua Robo Wars dan pegawai yang mengepung Voidknight, kemudian memegang tangannya dan melarikannya ke tempat yang selamat.

Rahsia di sebalik dunia: Majestic Dan Kisah PemulanyaWhere stories live. Discover now