Sementara itu,blaster alexandrite datang menghadap raja oz belia untuk bertanya tentang keberadaan jeremy belia,oz sendiri tak tahu kemana jeremy pergi malah dia beritahu blaster alexandrite tentang keadaan jeremy sekarang yang bermungkinan sangat berbahaya kepada empayar kerana dengan kuasa jeremy yang telah mengurung dua roh purba membuatkan jeremy sangat berkuasa dan mampu mengalahkan roh purba berseorangan.
Alexandrite juga berfikir yang sama kerana menurut saksi yang semasa incident nightmare fortress,mereka nampak perlawanan jeremy dengan mahkluk bayang dan mereka berasa takut kerana gaya perlawanan jeremy sangat ganas.
Namun secara tiba-tiba,depoo sky memasuki kamar tahta dalam keadaan cemas dan beritahu mereka bahawa roh purba ke-3 dan 8 iaitu crow dan soul saver dragon datang dan menunggu kedatangan raja oz di pintu gerbang ibu kota mengatakan mereka ingin berjumpa raja belia dan dua tetamu khasnya.
Mereka segera datang ke pintu gerbang dan berjumpa roh purba tersebut,setibanya mereka sampai di destinasinya raja oz bertanya apa tujuan mereka datang menghadapnya lalu soul saver dragon dengan marah mengatakan bahawa jeremy telah menyerang crow secara tiba-tiba dan cuba mengurungnya tapi crow berjaya melarikan diri dan berjumpa dengan saya.
Semua orang terkejut mendengar perbuatan yang dilakukan oleh jeremy sehinggakan raja oz melutut ke tanah meminta maaf atas perbuatan buruk anak saudaranya,tetapi semasa mereka masih bercakap tentang situasi berkaitan jeremy secara tiba-tiba roh purba ke-6 dan 7 jatuh dari langit dan merempuh tembok pintu gerbang.
Mereka cuba mendekati roh purba yang telah cedera itu tapi mereka terhenti sebentar kerana mereka dapat kesan satu aura menakutkan dari hutan dan keluar dari hutan itu adalah jeremy menghampiri mereka dengan bentuk spirit form lucifer(kuasa yang membolehkan pengguna memakai tenaga roh purba sebagai baju perisai yang melindungi badan pengguna.)
Jeremy berkata kepada raja oz "Tuanku terima kasih kerana membawa dua roh purba yang lain kepada saya untuk dikurung ."oz membalas "Jeremy awak telah melampaui batas,bukankan saya telah beritahu awak untuk mengawal kuasa awak tapi apa yang awak lakukan kepada roh purba ini,menyerah diri sekarang kepada kami untuk kebaikan awak sendiri."
Jeremy yang marah dengan kata-kata oz mula menyerangnya tapi alexandrite berjaya selamatkan oz dengan menahan serangan pedang jeremy.
Alexandrite cuba menyakinkan jeremy untuk menyerah tapi jeremy tak mengendakan kata-kata alexandrite dan mengeluarkan pedang dewanya lalu mengaktifkan spirit form golden dragon,alexandrite dapat rasakan kuasa jeremy yang sangat besar membuatkan dia mengigil ketakutan kerana kuasa jeremy sekarang setanding dengan roh purba ke-8 sendiri.
Alxendrite mengaktifkan mata irisnya untuk berlawan dengan jeremy malah depoo sky turut membantu alexandrite menentang jeremy tapi roh purba ke-8 soul saver dragon menyerang jeremy dahulu tapi jeremy mengakifkan mata psyqualia dan dengan mudah mengelak serangan soul saver dragon dan menumbangkannya dengan kuasa cahayanya malah jeremy mengambil kesempatan dengan cuba mengurung soul saver dragon ke dalam badannya sekarang tapi gagal kerana dihalang oleh alexandrite yang mengaktifkan pedang api menyebabkan ribut api mengalir ke arah jeremy.
Hal ini membuatkan jeremy hanya mendapat sedikit kuasa soul saver dragon tapi dengan sedikit kuasanya dia dapat rasakan dirinya semakin berkuasa manakala soul saver dragon semakin lemah sehinggakan dia tak boleh berdiri lagi.
Alexandrite yang rasakan kuasa jeremy semakin kuat membuatkannya ketakutan tapi dia sedar bahawa terdapat satu aura aneh dan kuno berada di kepala jeremy dan beritahu yang lain tentang maklumat ini lalu raja oz mengarahkan mereka untuk mensasarkan kepala jeremy terlebih dahulu.
Jeremy menghampiri alexandrite dan mula berlawan dengannya sementara depoo sky cuba membantu menyerangnya dari belakang tapi disebabkan kemahiran pedang jeremy melebihi mereka membuatkan mereka tak berdaya dan hampir tewas.
YOU ARE READING
Rahsia di sebalik dunia: Majestic Dan Kisah Pemulanya
Viễn tưởng"Rahsia di Sebalik Dunia: Majestic dan kisah pemulanya" adalah sebuah novel fantasi epik yang mengisahkan tentang tiga adik-beradik penyihir yang membawa perubahan besar dalam dunia. Mereka mengenalkan ilmu magik, mencipta makhluk mistik, dan mengha...