Di istana, masa berlalu dengan cepat. Kandungan Maiden White semakin membesar, dan seluruh kerajaan teruja menantikan kelahiran pewaris baru kerajaan Majesty Lord Blaster. Setiap malam, Majesty akan duduk di sebelah isterinya, berbicara lembut kepada bayi dalam kandungannya.
"Anakku, kamu akan membawa cahaya baru kepada dunia ini. Kami semua menantikan kehadiranmu dengan penuh kasih sayang," bisiknya sambil membelai perut Maiden White.
Maiden pula membelai kepala majesty dan membisikan janji-janji manis yang penuh cinta dan kasih sayang.
Beberapa bulan selepas kehamilan Maiden White, Majesty mula berasa gelisah. Dia tertanya-tanya mengapa isterinya sering melawat rumah Nadicaster baru-baru ini, tetapi dia cuba mengendahkan rasa curiganya dan memikirkan masa depan bersama anaknya yang bakal lahir. Dengan penuh semangat, Majesty mula membayangkan kehidupan mereka nanti.
Tidak sabar untuk melihat masa depan, Majesty membuat keputusan yang berisiko—mengaktifkan mata Psyqualia untuk melihat sekelumit masa depan keluarganya.
Majesty terlebih dahulu dan takut akan risikonya lagi sama seperti sebelum ini tapi tanpa teragak-agak majesty tetap gunakannya dan aktifkan mata psyqualia.
Dalam visi yang dilihatnya, dia melihat dirinya mengajar dua orang anaknya menggunakan pedang dan kuasa magik. Visi itu membuatkan hati Majesty melonjak dengan kegembiraan. Penuh semangat, dia bergegas ke rumah Nadicaster untuk berkongsi visinya dengan Maiden.
Setibanya di rumah Nadicaster, Voidknight sedang berjaga di luar pintu. Majesty menegurnya dan mereka bersembang sejenak. Voidknight melaporkan bahawa pasukannya telah berjaya mengumpulkan sisa-sisa badan makhluk mistik yang menyumpah Bandar Runes, kecuali tangan kiri yang masih belum ditemui.
Majesty berterima kasih kepada Voidknight atas kerjanya dan menyuruhnya terus menyiasat agar roh makhluk mistik itu dapat bersemadi dengan tenang.
Voidknight menyatakan dengan bantuan persatuan pahlawan mereka telah mengumpulkan kesemua sisa mahkluk tersebut yang tersebar jauh kecuali tangan kirinya yang masih belum ditemui.
Voidknight juga melafazkan pahlawan yang menjual anggota badan mahkluk tersebut telah mati akibat memakan daging mahkluk mistik itu tapi rakan sekerjanya persatuan pahlawan dapat tangkap dan dia memberi maklumat yang berharga bagi memudahkan mereka.
Semasa mereka masih bersembang, Nadicaster keluar dari rumahnya untuk menghirup udara segar dan ternampak Majesty serta Voidknight berbual bersama. Voidknight segera menjemput Majesty masuk. Di dalam, Majesty melihat Maiden White sedang membaca buku magik sambil memakan manisan.
Majesty tersenyum melihat maiden khusyuk membaca bukunya dan menegur isterinya "Hati-hati, makanlah sesuatu yang baik untuk kandungan."
Maiden terus memakan manisannya, tersenyum nakal dan membalas, "Jangan risau, saya baik-baik saja. Duduklah bersama saya dan bacalah buku ini untuk menemaniku."
Majesty mengikut permintaan isterinya dan duduk membaca buku. Apabila majesty sedang membaca buku mengenai rahsia alam silam, Majesty bertanya, "Di manakah Nadicaster? Mengapa dia tidak di Akademi Ataraxia mengajar?"
Maiden tergelak kecil dan menjawab, "Awak tak tahu? Nadicaster dipecat kerana menyebabkan insiden besar di makmal akademi. Hampir semuanya meletup kerana eksperimen yang dia jalankan atas kecuaian yang dia lakukan!"
Maiden juga mengatakan Nadicaster sekarang sibuk membuat sesuatu dalam bilik sihirnya apatah lagi dia mempunyai masalah dengan kekurangan bahan-bahan mentah dan masih dilarang untuk keluar dari rumahnya akibat perintah berkurungnya sebelum ini.
Majesty cuba menahan gelaknya, takut Nadicaster mendengar. Mereka terus berbual, sesekali berkongsi cerita lucu tentang Nadicaster dan dua pengawalnya yang telah menjadi seperti 'buruh paksa' untuk membantu ekperimen-eksperimen magiknya.
YOU ARE READING
Rahsia di sebalik dunia: Majestic Dan Kisah Pemulanya
Fantasía"Rahsia di Sebalik Dunia: Majestic dan kisah pemulanya" adalah sebuah novel fantasi epik yang mengisahkan tentang tiga adik-beradik penyihir yang membawa perubahan besar dalam dunia. Mereka mengenalkan ilmu magik, mencipta makhluk mistik, dan mengha...