Bab 12:Pilihan antara trauma dan emosi

8 0 0
                                    


Majesty termenung lama selepas Maiden White pulang, sehinggakan Voidknight datang menemuinya. Melihat Majesty yang termenung, Voidknight bertanya, "Adakah kau ada masalah, Majesty?"

Majesty hanya menggeleng dan berkata, "Aku cuma rasa tidak sedap badan selepas majlis keramaian ini. Mungkin aku patut pulang dan berehat."

Setibanya di rumah penginapan, Majesty langsung menuju ke bilik tidurnya. Dia mula merenung kehidupan dan masa depannya, dibelenggu oleh pelbagai persoalan yang berat. Dalam keputusasaan untuk memahami apa yang menantinya, dia memutuskan untuk menggunakan Mata Psyqualia—mampu melihat masa depan yang mungkin berlaku.

Namun, alangkah terkejutnya Majesty apabila melihat apa yang bakal terjadi. Air mata mengalir tanpa henti apabila dia menyaksikan tragedi-tragedi yang menghantuinya. Dengan hati yang remuk, dia merayu pada dirinya sendiri bahawa apa yang dilihatnya hanyalah ilusi, tetapi segala-galanya terasa terlalu nyata. Didorong oleh rasa takut, dia memutuskan untuk melupakan apa yang dilihatnya dengan memukul kepalanya menggunakan Majesty Ken, berharap pedang itu dapat menyerap memorinya. Ini menyebabkan dia jatuh pengsan, tenggelam dalam kegelapan.

Keesokan paginya, Majesty terjaga dengan sakit kepala yang amat sangat, dan mendapati dirinya terlupa banyak peristiwa yang berlaku malam sebelumnya. Dia masih ingat tentang cabaran Maiden White untuk bertarung hari ini, tetapi tubuhnya terasa lemah. Saat dia keluar dari bilik untuk bersiap, dia mendapati tubuhnya dipenuhi dengan pembalut luka.

Voidknight, yang melihat Majesty bangun, segera mendekatinya dan berkata, "Kau harus berehat, Majesty. Semalam aku jumpa kau tak sedarkan diri, berlumuran darah. Doktor kata kau mengalami demam panas dan trauma."

Majesty cuba menolak, mengatakan dia perlu menyahut cabaran Maiden, tetapi dengan hanya beberapa langkah, dia jatuh pengsan sekali lagi.

Dalam mimpi, Majesty mendapati dirinya dalam ruang yang gelap. Suasana itu terasa nyata, seolah-olah dia terperangkap dalam dimensi yang sunyi dan menakutkan. Suara-suara jahat mula berbisik dari setiap penjuru, mengingatkannya tentang kegagalan dan kesilapannya—membiarkan ibunya menjadi korban, tidak menyelamatkan para bangsawan, tidak membantu mangsa korban Projek Oligen, gagal menyelamatkan Voidknight dari pengaruh Darknest, serta membiarkan bandar Andronika hancur.

Majesty cuba menutup telinganya, cuba menghalang suara-suara itu, tetapi dia terdengar suara Maiden White, yang menuduhnya kerana gagal menyelamatkan bandar Andronika dan keluarganya.

Beberapa jam kemudian, Majesty terjaga lagi dengan kepala yang berat, dan mendapati dirinya mengalami demam panas. Voidknight yang setia menjaga memberitahu bahawa doktor percaya punca Majesty jatuh sakit adalah kerana tekanan dan trauma masa lalu—Post Traumatic Stress Disorder (PTSD). Majesty dinasihatkan untuk berehat selama beberapa hari untuk pulih sepenuhnya. Dia akhirnya bersetuju untuk berehat, tetapi dalam hatinya, dia merasa sangat bersalah kerana tidak dapat menunaikan janjinya untuk bertarung dengan Maiden White.

Pada hari berikutnya, Majesty terbangun sekali lagi, kali ini kerana terdengar suara seseorang di luar biliknya. Suara itu sangat dikenali. Pintu biliknya diketuk, dan suara seorang wanita meminta kebenaran untuk masuk.

Pintu terbuka, dan Maiden White melangkah masuk. Dengan wajah tenang, dia datang untuk melawat dan merawat Majesty. Terkejut dengan kehadiran Maiden, Majesty terlalu lemah untuk memberi reaksi, hanya mampu mengeluh pelahan. Maiden, tanpa berkata apa-apa, membantu mengganti kain basah di dahi Majesty dan menyediakan segelas air sejuk untuknya. Dia bahkan memasakkan bubur untuk Majesty.

Majesty bertanya dengan nada serak, "Maiden White, kenapa susah payah datang menjaga aku?"

Maiden membalas dengan tenang, "Sepatutnya hari ini budak-budak datang nak tengok perlawanan kita. Tapi bila Voidknight beritahu aku kau sakit, aku datang untuk pastikan kau sihat semula. Aku tak mahu mereka kecewa."

Sepanjang dua hari berikutnya, Maiden White datang melawat setiap hari, menjaga Majesty hingga petang. Dia membersihkan bilik Majesty, memastikan semuanya selesa untuknya. Akhirnya, setelah dua hari penuh, Majesty pulih sepenuhnya. Dia segera menuju tempat di mana Maiden selalu menunggu.

Sebelum itu, dia singgah di sebuah kedai bakeri, membeli beberapa biji kek cawan sebagai tanda terima kasih kepada Maiden kerana menjaganya. Setibanya di bawah pokok epal, dia melihat Maiden White sedang duduk di bangku, mencabut kelopak bunga sambil berbisik perlahan, "Adakah Majesty akan datang atau tidak..."

Majesty, tanpa sengaja, tergelak kecil melihat aksi kebudak-budakan itu. Maiden, yang menyedari dirinya diperhatikan, merasa malu dan mengangkat tangannya seolah ingin menumbuk Majesty. Namun, sebelum dia sempat melakukannya, Majesty menyerahkan sekotak kek cawan, membuat Maiden tersenyum dan mengajak Majesty makan bersama di bawah pokok epal itu.

Mereka makan bersama sambil berbual ringan. Majesty bertanya tentang kanak-kanak yang dijaga oleh Maiden, dan Maiden menjelaskan, "Mereka semua pergi ke sekolah magik yang kau tubuhkan. Mereka akan pulang petang nanti."

Majesty menukar topik perbualan, mereka berbual tentang pelbagai hal sebelum akhirnya mereka bersiap untuk bertarung sekali lagi.

Di padang terbuka, mereka bersedia untuk perlawanan. Kali ini, Maiden White meminta Majesty menggunakan kuasanya sepenuhnya. Majesty mengeluarkan Tukul Keadilan dan Pedang Dewa, bersedia untuk memberikan yang terbaik.

"Jangan cakap lagi. Mari kita lakukan ini," balas Majesty dengan yakin.

Maiden White, seperti sebelumnya, bergerak pantas untuk menyerang. Tetapi kali ini, Majesty lebih bersedia. Dia menepis serangan dengan Tukul Keadilan dan menggunakan Pedang Dewa jenis angin untuk menolak Maiden ke belakang, mengekalkan jarak yang selamat.

Namun, Maiden tidak mudah mengalah. Dia menggunakan kuasa cahayanya, menghalang penglihatan Majesty. Dalam kekeliruan, Maiden mendekati untuk menyelesaikan perlawanan, tetapi Majesty segera menghasilkan dinding api menggunakan Pedang Api, menghalang Maiden daripada mendekat.

Apabila penglihatan majesty kembali pulih dia gunakan kapak bumi dan gegarkan tanah disekitarnya untuk menghilangkan kestabilan Maiden. Kemudian, dia gunakan sky blade dan sambar petir ke arah Maiden tapi dia berjaya terlepas dari serangan Majesty dengan mencampakkan pedangnya ke udara membuatkan petir itu hanya menyambar pedangnya saja.

Melihat kepandaian Maiden dalam menangkis setiap serangannya membuatkan Majesty tersenyum dan mula menyerangnya lagi dengan keempat-empat senjata utamanya.

Pertarungan berlangsung sengit. Maiden menunjukkan kepandaian dalam menangkis setiap serangan Majesty, membuatkan Majesty tersenyum, kagum dengan kehebatannya. Setelah beberapa jam bertarung, mereka berdua mula keletihan. Maiden mengumumkan bahawa dia akan mengakhiri pertarungan dalam satu serangan terakhir. Majesty juga bersedia, menyalurkan tenaga putih ke dalam Pedang Dewanya.

Mereka berlari ke arah satu sama lain, pedang masing-masing dilibas dengan kekuatan terakhir. Namun, dalam detik-detik akhir itu, pedang Maiden berjaya menikam bahu Majesty sebelum mereka berdua jatuh ke tanah. Maiden tidak tercedera, dan kali ini, perlawanan dimenangi olehnya.

Walaupun letih, mereka berdua ketawa bersama. Hujan mulai turun, menyebarkan air ke seluruh kawasan. Majesty, yang masih tercedera, membantu Maiden bangun, dan mereka berjalan bersama menuju rumah penginapan Majesty.

Setibanya di rumah, Majesty mendapati Voidknight tiada. Dia menyediakan tuala kering, pakaian baru, dan bilik kosong untuk Maiden White menukar pakaian basahnya. Majesty meminta maaf kerana tiada pakaian yang sesuai untuk Maiden, lalu memberikan salah satu bajunya sebagai ganti.

Setelah Maiden menukar pakaian, Majesty mendapati betapa kecilnya Maiden dalam bajunya. Pakaian itu terlalu besar, lengan bajunya terlalu panjang hingga menutupi tangan Maiden, dan bahagian lehernya menutup hampir seluruh muka.

Mereka duduk di depan perapian, berbual sambil menikmati coklat panas yang disediakan oleh Majesty. Suasana nyaman menyelubungi mereka, dengan gurauan ringan dan jenaka yang membuat kedua-duanya lebih selesa.

Malam itu, setelah berbual panjang, kedua-duanya tertidur di depan perapian. Voidknight yang baru pulang dari urusan di Bandar Diraja Pasir Merah terkejut melihat Majesty dan Maiden tidur bersama. Dengan rasa bersalah, dia memutuskan untuk tidak mengganggu mereka dan menunggu sehingga pagi esok untuk melaporkan apa yang dia ketahui.

Rahsia di sebalik dunia: Majestic Dan Kisah PemulanyaWhere stories live. Discover now