Prolog

1.2K 34 4
                                    

Dewan SMK Seri Panglima dipenuhi oleh murid-murid, ibubapa serta guru guru sekolah, demikian kerana harini adalah hari terpenting bagi mereka, hari dimana yang menentukan masa depan mereka.

Hari keputusan SPM keluar.

Ada yang gembira, sedih, menangis, bergelak ketawa bersama rakan, pelbagai epkreasi yang diberikan ketika itu.

"weyhh tahniah bro dapat straight 8A+" Fayyad menepuk bahu rakannya dengan muka bangganya.

"tak sia sia aku lahirkan kau"

pecah tawa rakan rakanya yang disitu mendengar lawak hambar darinya.

"kau pun tahniah dapat 7A"

"itu pun sebab aku datang lewat seminit dari kau, so A dah habis sebab kau dah sapu" ujarnya.

"eh jom lah bergambar dulu" Fayyad mengeluarkan phone untuk mengambil gambar dirinya dan sahabatnya Ariq.

Seketika dia melihat camera di phone Fayyad, matanya tertarik dengan seorang gadis di kerusi yang berhampiran dengan diorang.

"Qasrina ! sini la ambik gambar sekali!"

Seorang gadis yang berpakaian ayu berbaju kurung tersebut datang mendekati mereka berdua dengan senyuman manis yang diukir.

"tolong rendahkan badan sikit ya yang pegang phone tu, maklumlah saya pendek"

mereka berdua terus gelak ketawa seusai sahaja gadis itu mula membuka bicara.

Klik!

__________

Next update, coming soon !

Istana Pemberian Tuhan  [OG]Where stories live. Discover now