Bab 5

210 15 2
                                    

Fayyad memandang angin malam. Sunyi. Dia tidak tahu jika apa yang dia buat ini betul atau tak.

"Tak penat ke berdiri tegak macam tiang bendera dekat situ?" Fayyad memusingkan tubuhnya ke arah gerangan suara tersebut. Terlihat Ariq meletakkan dulang air di atas meja dan duduk. Fayyad menuruti langkah Ariq dengan duduk di kerusi sebelahnya.

"Ni kenapa kau datang rumah aku lewat-lewat macam ni?" Ariq menaikkan kening sebelahnya.

Fayyad hanya menghembus nafasnya dengan berat. Dia tidak tahu macam mana mahu beritahu dekat rakannya yang sudah dianggap seperti keluarganya tentang kisahnya dengan mamanya ptg tadi.

"Macam berat sangat je tu" Ariq melihat Fayyad. Dia ketawa kecil. Dah kenapa mamat ni?

"Petang tadi, mama aku datang office aku.." Fayyad menghentikan kata-katanya.

"Mama aku berkenan sangat dengan Qasrina, dia minta aku kahwin ngan dia.." Dia mendongak ke atas dan memejam matanya, terasa nafasnya tersekat untuk meneruskan ayatnya itu.

Ariq pula mukanya kelihatan gelisah tapi ditutupi dengan senyuman. Dia yakin dengan Fayyad jadi dia hanya menunggu Fayyad menghabiskan ayatnya.

"and..aku setuju" Fayyad membuka matanya dan memandang Ariq.

Terkedu. Itulah yang Ariq rasakan sekarang. Tangannya mengigil. Dia mengepal tangganya itu. Senyumannya tadi terus mati. Ariq memandang Fayyad dengan muka yang tidak percaya. Tidak percaya yang Fayyad memungkiri janjinya.

"mana pergi janji kau?" suara Ariq menggeletar. Perasaannya bercampur aduk antara marah dengan sedih tapi dia masih dapat mengawalnya.

"Janji kau tu aku still pegang-"

"Pegang? heh Pegang kau cakap? kau janji kau takkan terima cinta Qasrina, tapi kau setuju kahwin dengan dia? Aku tahu tak sama sebab kau tak terima cinta dia, tapi cinta boleh berputik lepas kahwin Yad! itu kau cakap kau still pegang janji kau?!" Mata Ariq mula memerah. Dia hendak menangis tapi masih bertahan. Dia juga masih mengawal amarahnya, kalau ikutkan dirinya itu, memang muka rakannya sudah lebam oleh dek penumbuknya.

"Tapi riqqq aku memang tak bermaksud pun nak setuju kahwin ngan Rina! Sumpah"

"daripada kau main sumpah dengan aku, ada bagusnya kau berambus dari rumah aku sekarang atau aku sendiri yang akan heret kau keluar dari sini"

"tapi-"

bbuk!

***

Qasrina melihat telefonnya. Sudah hampir seminggu telefonnya tidak menerima pesanan message daripada crushnya. Bukan setakat crushnya tapi Ariq juga. Melawatnya pun tidak, sekurangnya, Ariq akan melawat dia juga walaupun sekali tapi ini tak. Sudah lah lelaki itu akan balik ke pangkalan lusa lepas tu tak tahu boleh balik ke sini bila lagi.

Tetiba telefonnya berdering menandakan ada mesej masuk. Dia membuka mesej tersebut, baru saja dia mention crushnya itu terus dapat mesej dari crushnya. Matanya terbuka luas, dia menutup mulutnya menandakan dia tidak percaya. Mahu saja dia jerit apa yang dia baca ini.

'esok balik rumah ayah kau, ada rombongan meminang' -Fayyad

Sungguh dia gembira sekarang. Tak da angin tak da ribut tetiba crushnya masuk minang dirinya? Siapa ja yang tak teruja? Akhirnya tak sia-sia dia menunggu dari dulu sehingga sekarang. Ingin saja dia melakukan sujud syukur sekarang tapi dia teringat yang esok dia perlu pergi ke Pahang untuk menyiapkan reportnya. Dia terus mendailkan telefon seseorang.

"Assalamualaikum papa.." terus dia menyapa selepas panggilannya itu diangkat.

"waalaikumussalam, ha kenapa?" kedengaran suara garau dihujung telefon.

"err..esok ada orang nak masuk minang Rina.." Qasrina mengetap bibirnya. Sejujurnya dia sangat takut akan ayahnya itu.

"Siapa?"

"Alahh papa tengok sendiri je la esok.."

"Haihh ye la..Ni Rina nak terima ke?"

"ya..Rina setuju.." Qasrina tersenyum. Gila tak setuju kalau crush sendiri yang masuk minang.

"Rina tak balik ke? Orang kalau meminang selalunya perempuan kena ada"

"Ikutkan hati Rina ni memang Rina nak balik tapi tu la Rina tak boleh balik lah papa..esok Rina kena pergi Pahang untuk buat report and benda ni tak boleh dibatalkan" ikutkan mahu saja dia balik terus ke rumah ayahnya tapi kerjanya tidak boleh dibatalkan begitu ja sebab ia arahan dari pihak atasan.

"okey.. kamu tu jaga diri, duduk rumah sorang-sorang kat sana. Kamu tu perempuan. Nasib ada Fayyad yang boleh tengokkan kamu. Lepastu jangan percaya dekat sapa-sapa. Rambut memang semua sama hitam tapi hati kita tak tahu" pesan ayahnya.Dahlia mengangguk faham. Walaupun sudah 3 tahun lebih dia tinggal bersendirian, ayahnya masih berpesan kepadanya.

"Baik papa.."

"okey,papa gerak dulu." terus panggilan tersebut dimatikan. Dia tersenyum. Tidak sabar menunggu hari esok, hari dimana dia menjadi gelaran tunangan orang.

***

Qasrina menghempaskan badannya ke tilam katil. Badannya penat. Penat bekerja seharian. Kini dia di hotel. Baru sahaja menyelesaikan kerjanya di University Malaysia Pahang. Dia mengambil telefonnya.Dia Ingin melihat gambar pertunangannya.

Kosong.

Screen telefonnya gelap tidak menyala.

"Ya tuhanku, habis bateri ke..rasanya tadi ada lgi.. aduhh baru nak tengok gambar" Qasrina merengus. Dia pergi ambik charger telefonnya dan cas phonenya. Dia kembali baring ke tilam katil yang empuk itu. Dia memejam matanya sambil tersenyum.

'aaaaaa akhirnya encik crush pinang jugak aku!'

***

Ariq memegang sekeping gambar. Gambar seorang gadis. Dia menyimpan kembali gambar tersebut di dalam dompetnya dan memasukkanya ke dalam pocket. Dia tidak ingin membuang masa. Lagi lambat dia bertolak lagi lambat dia sampai ke destinasi. Dia mengangkat begnya ke dalam kereta.

"nah ni bekal kalau rasa lapar dalam perjalanan nanti"

"terima kasih ibu"

Puan Hanaziah tersenyum melihat Ariq mengambil bekal yang dibuatnya. Secara tidak sengaja, matanya mula berair.

"Halah kamu ni, macam la tak biasa. Anak nak balik pangkalan je pun" Tuan Fauzi bersuara selepas melihat mata Puan hanaziah berair.

"alah ibu..Riq pergi tak lama pun.."

"Eh 2 bulan tu lama tauu" Puan Hanaziah memandang anaknya tajam.

"hehe..Alahh ibu.. pejam celik pejam celik dah cukup 2 bulan haa" Ariq memeluk ibunya. Dia cuba menenangkan ibunya.

"biarkan ja la ibu kamu ni.. Emosi ja lebihh" Tuan Fauzi kembali dengan sekotak tisu ditangannya.

"Nah tisu, lap air mata awak tu. Tak cantik la nangis nangis macam tu. Hodoh tau tak. Nanti bertambah kedut kat muka baru tahu" Tuan Fauzi menghulur sekotak tisu ke Puan hanaziah. Tanpa membantah, Puan Hanaziah hanya mengambilnya.

"ok la ibu ayah. Riq pergi dulu. Takut lewat pulak sampai. Halalkan makan minum Riq ya?" Ariq mula menyalami dan memeluk kedua ibu bapanya.

"hati-hati" pesannya ayahnya Tuan fauzi.

"Drive tu jangan laju sangat. Biar lambat asal selamat! makan jangan lupa. Solat pun jangan lupa. Kalau ada masalah boleh ja bagitahu ibu dengan ayah. Inshaallah ibu dengan ayah boleh tolong kamu" Pesan Puan hanaziah berkali kali. Ariq hanya tersenyum kecil.

"Baik ibu ayah.. okay la Riq gerak dulu. Nanti dah sampai Riq call ya" Ariq terus memasuki keretanya. Keretanya mula dipandu keluar meninggalkan perkarangan rumahnya.

___________

Inshaallah author akan cuba update secepat mungkin ya

Istana Pemberian Tuhan  [OG]Where stories live. Discover now