Bab 39

56 9 0
                                    

Qasrina menarik nafas dalam-dalam, merasai tekanan di dadanya semakin kuat. Dia melepaskan nafas perlahan-lahan, cuba menenangkan dirinya sebelum mengetuk pintu rumah di hadapannya.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam, ya kejapp!" jawab suara dari dalam rumah, sedikit tergesa-gesa namun mesra.

Beberapa saat kemudian, pintu terbuka dan wajah ceria Dina muncul, adik iparnya yang sentiasa menyambutnya dengan senyuman.

"Eh kaklong balikk?? Masuk lah." Dina menyalam tangan Qasrina dengan penuh hormat, senyuman masih menghiasi wajahnya.

Qasrina melangkah masuk perlahan, cuba menghilangkan rasa canggung yang mula menyelinap.

"Kaklong balik kejap, nak ambik barang yang lebih-lebih dekat sini." katanya dengan nada tenang, walaupun hatinya sebenarnya jauh dari itu.

"Oh ye ke? Mana Abanglong? Bukan dia pergi dekat kaklong ke?" Dina bertanya dengan hairan, melihat tiada kelibat abangnya, Ariq.

"Ha? Kaklong datang sorang ja, Ariq tak da pun dia datang singgah?" jawab Qasrina sambil menggeleng perlahan.

"Suami tu dah tawar hati la tu, itu yang dia tak datang singgah melawat bini dia..." suara tajam Puan Hanaziah menyampuk, tangannya bersilang, matanya penuh sindiran.

"Eh ibu niii, memandai je. Tak baik tau menuduh." kata Dina, cuba meleraikan ketegangan.

Puan Hanaziah menjeling ke arah Dina sebelum menyambung.

"Kau pergi la ambik barang kau tu, kalau boleh jangan tertinggal satu barang pun kat sini. Aku tak nak anak aku meroyan tengok barang-barang kau yang ada." 

Qasrina tidak menjawab malah dia terus melangkah pergi ke bilik Ariq. Ya sudah semestinya bilik Ariq dan bukan lagi bilik mereka berdua.

"Kau tengok kak long kau tu. Perangai macam tu pun kamu masih nak backup kakak ipar kamu?" Puan Hanaziah mengomel lagi, nadanya masih tidak berubah.

"Eleh ibu pun Dina tengok sama ja perangai..." kata Dina perlahan tapi masih didengari oleh Puan Hanaziah.

"Apa kamu cakap?"

Dina hanya tersenyum tipis dan menggeleng kepala, cuba mengelak sebarang konfrontasi. Pada masa yang sama, telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk. Dina memandang skrin dan berkata.

"Ibu, Abanglong cakap dia tak balik hari ni. Dia kena balik Lumut."

"Eh kenapa tiba-tiba?" Puan Hanaziah mengerutkan dahi, memandang ke arah Dina dengan penuh hairan.

Sebelum Dina sempat menjawab, Qasrina sudah turun dari tangga dengan sebuah beg di tangannya, bersedia untuk pergi.

"Oh kaklong! Abanglong cakap yang dia tak ada kat sini! Dia balik lumut!" Dina memberitahu dengan penuh semangat.

Qasrina mengangguk perlahan, tidak memberikan sebarang reaksi yang nyata. Hatinya terasa kosong.

"Suami tu bawa diri la tu. Mana tak sakit hati bila isteri sendiri cakap tak cintakan dia sejak berkahwin..." sindir Puan Hanaziah lagi, tidak melepaskan peluang.

"Abanglong cakap dia kirim salam dekat kaklong! Dia suruh kaklong hati-hati sepanjang dia tak ada dan dia cakap dia rinnnnduuu kaklong!" kata Dina sambil tersengih lalu memandang ibunya. 

Puan Hanaziah hanya menjeling anaknya itu lalu berlalu pergi. Dina senyum kemenangan, sebenarnya dia menipu sahaja pesanan abangnya itu supaya kaklong tidak percaya dengan kata-kata ibunya dan berharap hubungan abang dan kakak iparnya itu bertambah baik.

Istana Pemberian Tuhan  [OG]Where stories live. Discover now