Selepas puas bermain di arked, mereka melangkah keluar dengan senyuman lebar, ditemani cahaya matahari yang terik di tengah hari. Jam menunjukkan pukul 2 petang, namun keletihan tidak sedikit pun mengurangkan keceriaan mereka.
"Dah pukul 2 lebih, jom balik," kata Qasrina.
"Tak nak makan dulu ke aku belanja"
Qasrina menggeleng kepalanya.
"Aku nak packing barang lepas tu nak siapkan kerja jap untuk conference nanti" jelasnya Qasrina lalu terus melangkah menuju ke kereta.
Ariq hanya mengangguk tanda memahami. Walaupun hatinya meronta-ronta ingin memujuk gadis itu untuk makan bersamanya, dia menahan diri. Waktu yang telah mereka habiskan bersama tadi sudah cukup untuk membuatnya tersenyum puas. Dia tidak mahu menekan atau memaksa lebih daripada itu. Kakinya melangkah laju mengekori Qasrina yang berjalan menuju ke kereta, dengan senyuman manis yang mempamerkan barisan giginya yang rapi dan indah.
******
"Eh, katanya nak keluar sarapan, tapi sekarang dah nak dekat pukul 3 petang baru balik ya, Tuan Ariq." Zakwan menyindir pasangan kekasih yang baru tiba di perkarangan homestay tersebut.
"Atleast aku ingat jalan balik" balas Ariq.
"Betul juga, kalau ikutkan hati mesti kau nak check in hmphh!!" Ariq segera menutup mulut Zakwan dengan tangannya, menghalang dia daripada meneruskan kata-katanya.
"Rasanya elok kita balik ke markas sekarang kan?" kata Ariq sambil tersengih lalu mengheret Zakwan menuju ke keretanya.
"Saya pergi dulu sayang!!" jerit Ariq sebelum dirinya melangkah masuk ke dalam kereta dan memandu pergi.
Qasrina hanya memerhati kereta itu semakin menjauh dari perkarangan homestaynya. Ketika dia baru sahaja hendak melangkah masuk ke dalam homestay, tiba-tiba sebuah kereta lain pula memasuki perkarangan homestaynya.
Seorang wanita keluar dari kereta itu. Dia berjalan menuju ke arah Qasrina, memancarkan aura anggunnya.
"Hi Qasrina, I hope you still remember me, right?" ujar wanita itu sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Qasrina.
"Of course, I still remember you—the one and only, Sofea Fei, Ariq's beloved, am I right?" Qasrina tersenyum sambil menyambut salamnya.
Sofea hanya tergelak sinis, sedar yang gadis dihadapannya itu menyindir dirinya.
"Actually aku datang sini bersebab"
"Sorry saya tengah busy sekarang, maybe next time?" balas Qasrina sambil tersenyum dan bersedia untuk melangkah pergi.
"Fayyad Khaliq, anak Dato' Azman Khalid."
Langkah Qasrina terhenti sebaik sahaja dia mendengar nama Fayyad disebut oleh wanita itu, lalu dia berpaling dan memandang ke arahnya.
"So, I'm hoping you're free right now." soal Sofea sambil tersenyum sinis.
Qasrina tergamam tetapi menyembunyikannya dengan senyumannya.
"Come in" balas Qasrina sambil melangkah masuk ke dalam rumah homestaynya itu.
******
Qasrina menghidangkan air teh kepada 'tetamu' specialnya itu.
"Sorry ni ja aku boleh hidang"
"Its okay, lagi pun aku tak nak lama-lama pun dekat sini." balas Sofea.
Qasrina menarik nafas dalam-dalam sebelum membuka mulut, walaupun hatinya masih berdebar.
"Tadi, kau cakap nak bercakap tentang Fayyad, kan?" suaranya lembut, tetapi matanya tetap tajam memerhatikan Sofea. Walaupun mereka berdua duduk di bahagian ruang tamu bersama, kehadiran Sofea terasa seperti bayang-bayang gelap yang menyelubungi setiap ruang.
YOU ARE READING
Istana Pemberian Tuhan [OG]
General FictionQasrina Mikayla, seorang gadis biasa yang menyukai seseorang bertahun lamanya. Berapa lama? rasanya sudah 20 tahun lebih gadis itu menyukainya. Move on? Tak pernah terdetik langsung di hati gadis tersebut untuk move on. Dia amat menyukainya tapi Tuh...