"Eh kau ni kalau nak gi Lumut tu boleh tak bagitahu aku dulu"
"Eh aku dah besar la. Umur 26 dah kot."
"Eh atleast bagitahu la. Kalau kau hilang, apa aku nak jawab kat family kau ha?"
Qasrina mengurut kepalanya. Pagi pagi lagi dia sudah dengar bebelan dari sahabatnya itu melalui telefon.
"Ya la, saya Qasrina Mikayla mohon maaf kepada Aisyah Humairah dan berjanji tidak akan melakukan kesilapan yang sama lagi."
"Aku tak tahu la Qasrina Mikayla oiiii... Aku bersyukur sangat kau dapat Ariq yang sabar melayan kerenah kau ni tau! Kalau orang lain-"
"Oh kiranya kau tak sabar melayan kerenah aku la? Kau baran la dengan aku?" Qasrina memuncungkan mulutnya walaupun sahabatnya itu bukannya boleh melihat pun.
"Ya allah mula dah perangai perempuan dia ni"
"Oh kiranya kau anggap aku lelaki la sebelum ni?"
"haah"
"Kau suka aku ke Aisyah?"
"Eh hotak kau! Dah la malas aku layan! Makin lama layan makin naik gila aku! Jangan duduk lumut lama sangat walaupun aku tahu kat sana ada tunang kau tapi ingat korang bukan suami isteri lagi key? Bye assalamualaikum" Aisyah terus meletakkan telefonnya.
Sejurusnya saja Aisyah meletakkan telefon terus kedengan bunyi kereta memasuki perkarangan homestaynya itu.
Qasrina tersenyum. Ariq menghantar keretanya kembali. Dia terus pergi ke pintu dan membuka pintunya.
Buka sahaja pintu terus badan Qasrina dipeluk erat. Qasrina tergamam. Dia mendongak ke atas.
Ariq.
Ariq yang memeluknya dengan erat. Tapi kenapa?
Selepas mempunyai kesedaran, Qasrina menolak badan Ariq.
"Ariq! Kau sedar tak apa yang kau buat?"
ppuk-
Sekujur tubuh Ariq terus rebah dihadapan Qasrina dan tidak sedarkan diri. Mata Qasrina terbeliak, hatinya tersentak melihat Ariq rebah di hadapannya.
******
Qasrina menghela nafas panjang, meletakkan kain basah di atas meja, dan memandang wajah Ariq yang pucat.
"Aku buat ini sebab aku tak boleh biarkan kau terbiar macam ni. Bukan sebab aku suka kau," Qasrina berbisik, seakan-akan untuk meyakinkan dirinya sendiri.
Sekarang mereka berdua di dalam bilik kedua yang ada di dalam omestay tersebut. Bukan berduaan tapi ditemani oleh ibu Zakwan sekali. Selepas sahaja Ariq pengsan di hadapannya, terus dia berlari pergi ke rumah Zakwan dan meminta bantuan dengan Zakwan.
Untuk pertama kalinya Qasrina melihat Ariq sebegini rupa. Demam itu perkara biasa tetapi cara Ariq memeluknya itu, Qasrina dapat merasakan tangan Ariq menggeletar dan makin erat pelukannya.
Qasrina mengelap muka Ariq dengan kain basah tersebut bagi mengurangkan suhu panasnya itu. Sambil dia mengelap secara tidak sedar Ariq sudah membuka matanya.
Terus Ariq menahan tangan Qasrina yang lap mukanya.
"Rina.."
Qasrina mendiamkan diri. Dia tak mahu melawan, dengan keadaan lelaki tersebut, mana mungkin dia nak berperang mulut dengan lelaki tersebut.
"Kahwin dengan aku secepatnya boleh?" pandangan Ariq kepada Qasrina sangatlah lemah. Dia tidak berdaya.
"Ariq, kau baru sedar dari pengsan..Sekarang bukan waktu yang sesuai untuk cakap pasal ni."
Walaupun suara Ariq kedengaran sayup sayup tapi dia masih dengar jelas apa yang Ariq katakan.
"Tapi perasaan aku ni terlalu kuat untuk aku abaikan. Aku faham yang kau tak ada perasaan yang sama macam aku tapi tolong lah bagi aku kesempatan untuk bahagiakan kau. Aku yakin kita berdua boleh hidup bahagia bersama."
Ariq tersenyum nipis sambil mengenggam tangan Qasrina dan kembali menutup matanya. Qasrina pula kembali merenung muka Ariq yang kembali tido lena.
"Ariq dah sedar ke?"
Qasrina terus bangun dari tempatnya dan melihat ke arah gerangan tersebut.
"Eh Makcik, sorry Rina tak perasan makcik masuk"
"Alahh tak apa maaf lah ganggu moment korang" balas ibu Zakwan atau lebih dikenali sebagai Makcik Jannah.
"Makcik dah siapkan bubur, nanti kalau Ariq dah sedar boleh ambik kat bawah. Makcik nak kemas kemas dekat halaman depan tu kejap"
Qasrina tersenyum mengangguk.
"Baik makcik. Terima kasih"
Makcik Jannah terus beredar dari bilik tersebut. Qasrina kembali duduk di sebelah Ariq. Dia masih lagi memikirkan kejadian tadi dan ajakan Ariq untuk menikah dengan dirinya dengan segera. Boleh kah dia terima Ariq? Macam mana dengan Fayyad?
"Tak pa Rina.. Orang selalu cakap cinta lepas kahwin lebih indah.." Qasrina menghela nafas yang berat. Dia tidak lah membenci Ariq, cumanya hatinya masih inginkan Fayyad berbanding Ariq.
Lagi pula, dia ada sebab tersendiri. Yang hanya dirinya sahaja mengetahuinya. Qasrina mengeluh perlahan, menutup matanya seketika untuk menenangkan hati yang bergetar. Di sebalik senyumannya yang manis dan wajahnya yang tenang, ada sesuatu yang dia simpan rapat-rapat di dalam hatinya, sesuatu yang tiada siapa pun tahu.
******
"Ibuuuu Qasrina mana?" Zakwan mendekati ibunya yang menyapu daun daun kering di halaman rumah homestaynya itu.
"Tu ha dekat dalam bilik tengah jaga Ariq." Jawab Makcik Jannah.
"Aihh tak boleh berdua-duaan ibu. Tak pa biar Zakwan cegahkan dengan segera."
Zakwan terus masuk ke dalam rumah menuju ke bilik. Langkahnya berhenti sejurus dia sampai di hadapn pintu bilik yang terbuka. Dia melihat Qasrina yang merenung terus ke Ariq. Zakwan mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum melangkah masuk ke bilik dan berdehem sedikit agar gadis itu sedar kehadirannya di dalam bilik itu.
"Oh Zakwan"
Zakwan melihat gadis itu menoleh ke arahnya. Dia tersenyum dan perasan yang mata gadis itu sedikit merah. Menangis? Gadis yang tak sukakan Ariq ini menangis?
"Kau rehat la dulu Rina. Biar aku jaga Ariq pulak"
Gadis itu hanya mengangguk dan berlalu pergi.
___________
Jangan lupa vote and comment ya^^ Thanks!
Tbc
YOU ARE READING
Istana Pemberian Tuhan [OG]
General FictionQasrina Mikayla, seorang gadis biasa yang menyukai seseorang bertahun lamanya. Berapa lama? rasanya sudah 20 tahun lebih gadis itu menyukainya. Move on? Tak pernah terdetik langsung di hati gadis tersebut untuk move on. Dia amat menyukainya tapi Tuh...