Bab 24

134 7 0
                                    

Sofea hanya senyum sinis selepas dia melihat balasan ringkas dari Qasrina tersebut. Dia duduk sambil menyilangkan kaki, jarinya mengetuk perlahan meja. Matanya melirik ke arah kaunter, memerhatikan seseorang. Fikirannya penuh dengan pelbagai rancangan, namun dia tetap tenang dan diam. 

Akhirnya, selepas beberapa saat memerhati, Sofea tersenyum sinis. Senyuman itu penuh dengan niat tersembunyi, seolah-olah dia sudah puas dengan apa yang dilihatnya. Tanpa berkata apa-apa, dia bangun perlahan, membetulkan beg tangannya, dan melangkah keluar dari kafe dengan langkah yakin, meninggalkan bayangan rancangannya di belakang.

'Aku serahkan kepada kau Ezio.' gumamnya dalam hati.

******

Fayyad melangkah masuk ke pejabat dengan mood biasa, tangan kirinya memegang fail, sambil dia mengimbas sekitar bilik seperti biasa. Namun, sebaik tiba di mejanya, dia perasan ada satu surat yang diletakkan di atas permukaan meja. Berhenti sejenak, Fayyad memandang surat itu dengan rasa ingin tahu, lalu mengambilnya dan memeriksa sampulnya.

Fayyad membuka surat itu dengan tenang, tetapi wajahnya berubah sebaik membaca isinya. Rupanya, itu adalah surat resign dari PA-nya. Dia terdiam seketika, matanya tertancap pada tulisan yang menjelaskan alasan pengunduran diri tersebut. Fayyad menghela nafas perlahan, tidak menyangka perkara ini akan berlaku.

Fayyad membaca surat itu sekali lagi, rasa was-was mula menyelinap ke dalam fikirannya. Sebelum ini, PA-nya sentiasa bekerja dengan baik dan tiada masalah yang ketara. Keputusan ini terasa mendadak. Dengan perasaan tak sedap hati, dia segera cuba menghubungi PA-nya, namun panggilannya tidak berjawab. Hatinya semakin gelisah, ada sesuatu yang tidak kena, tetapi dia tidak pasti apa.

'Aii takkan nak berhenti sebab aku tak ajak dia sekali gi makan nasi minyak Ariq semalam kot?' bisiknya dalam hati.

Fayyad cuba menelefonnya berkali-kali tapi masih tidak dapat diangkat. Rasa curiga mula menyelubungi dirinya tapi dia hanya membiarkan sahaja.

******

Qasrina duduk di sudut Serene Café, di meja yang menghadap ke tingkap, sambil merenung ke luar. Pemandangan jalan raya yang sibuk kontras dengan ketenangan di dalam kafe. Dia menarik nafas panjang, cuba menenangkan diri, namun debaran hatinya masih terasa.

Dia memandang sekeliling, memeriksa jam tangannya buat kali yang entah ke berapa. Sepatutnya, orang yang patut dia jumpai sudah tiba, tapi masih belum kelihatan lagi. Sudah lebih 10 minit dia menunggu.

Tiba-tiba, suara garau menegur dari belakang, mengejutkan Qasrina dari lamunan.

"Awak, Qasrina kan?"

Qasrina berpaling, dan di hadapannya berdiri seorang lelaki tinggi dengan senyuman yang sukar dibaca.

"Ezio, Sofea yang suruh saya jumpa awak." dia memperkenalkan dirinya.

Ezio memakai jaket kulit hitam dan tubuhnya yang tinggi lampai persis model.  Rambutnya hitam pekat dan sedikit berombak, tersisir kemas ke belakang, memberikan aura maskulin yang menawan.

Wajahnya memiliki ciri-ciri tegas, rahang yang tajam, hidung mancung, dan sepasang mata coklat gelap yang tampak tajam serta penuh keyakinan. Senyumannya seolah-olah selalu berada di hujung bibir, namun ia sukar dibaca, seakan ada rahsia tersembunyi di sebalik ketenangan itu.

"Oh, ya saya, silakan duduk." Qasrina menjemput Ezio duduk di hadapannya. 

Ezio duduk dengan santai di hadapan Qasrina, seolah-olah tiada apa yang pelik tentang pertemuan mereka. Dia melirik ke arah pelayan, lalu mengangkat tangannya dengan isyarat halus namun tegas. Pelayan tersebut segera menghampiri.

"Saya nak espresso, no sugar," katanya dengan nada suara rendah tapi penuh keyakinan, sebelum mengalihkan pandangannya semula ke arah Qasrina. Dia tersenyum tipis, namun senyuman itu tidak sampai ke matanya.

Selepas pelayan berlalu pergi, Ezio bersandar ke kerusi dengan relaks, seolah-olah dia tiada desakan masa.

"Im sorry for being late, ada kerja nak kena buat tadi." kata Ezio.

Qasrina hanya mengangguk faham. 

"Its okay. So, apa plan sofea tu?" Qasrina terus menyoal, dia tidak mahu banyak bazir masa dengan lelaki dihadapannya ini.

"Sebelum tu, aku nak tanya yang kau betul-betul nak teruskan dengan rancangan Sofea ke? Kalau jadi apa-apa, kau dah tak boleh patah balik." kata Ezio sambil memandang tepat ke dalam mata Qasrina, wajahnya serius kali ini. Suasana di antara mereka tiba-tiba terasa lebih berat.

"Kalau kau rasa tak nak teruskan, aku boleh tolong kau. Aku boleh pastikan yang kau tak terlibat dengan Sofea lagi, tapi keputusan ada pada diri kau lah."

Qasrina terdiam. Tawaran itu mengejutkan, malah dia tidak menjangkakan Ezio akan berpihak padanya. Sofea nampak terlalu licik untuk dipermainkan, dan Ezio... lelaki ini juga kelihatan penuh dengan misteri. Adakah dia benar-benar boleh dipercayai? Lagi pula, dia baru sahaja berjumpa dengan lelaki ini, macam mana mahu mempercayainya?

"Kenapa kau nak tolong aku?" Qasrina akhirnya bertanya, cuba menahan debar di dadanya.

"Anggap sahaja yang aku nak jadi baik untuk kau." jawabnya dengan bersahaja.

Qasrina menghela nafas perlahan, hatinya berbelah bahagi. Tawaran Ezio kedengaran seperti jalan keluar yang dia perlukan, tapi ada sesuatu tentang lelaki ini yang membuatkan dia ragu.

"Tak apa. Lagipun deal Sofea lagi menarik, rugi kalau aku lepaskan peluang ni."

Ezio mengangkat sebelah keningnya, bibirnya mengukir senyuman yang samar-samar selepas mendengar jawapan dari Qasrina itu.

Ezio menarik nafas perlahan sebelum bercakap, wajahnya serius. Dia bersandar sedikit ke belakang, pandangan matanya masih tak lepas dari Qasrina.

"Pergi kerja sebagai Personal Asisstant Fayyad... itu arahan Sofea," katanya, suaranya tenang tetapi penuh makna. 

"PA Fayyad? So far yang aku tahu dia dah ada PA? Macam mana aku nak jadi PA dia?" Qasrina bertanya.

Sebaik sahaja Qasrina habis bertanya, pelayan muncul dengan membawa minuman yang dipesan tadi. Dia meletakkan espresso di hadapan Ezio dengan senyuman kecil, dan tanpa banyak bicara, berlalu pergi setelah memastikan tiada permintaan pesanan lain.

"Hal tu aku dah uruskan. Tugas kau sekarang, kau minta dekat suami kau yang kau nak kerja dengan Fayyad no matter what okay?"

"Kalau Ariq tak bagi macam mana? Ada plan lain ke?" soal Qasrina lagi.

Ezio mengangkat bahu.

"Tak pasti tapi yang pasti Sofea tak akan buat sesuatu tanpa sebab. Lagipun kau nak dekat Fayyad kan? Jadi kau kena usaha lah sampai dapat." kata Ezio dengan penuh keyakinan.

Qasrina memandang Ezio yang kini memegang cawan kecil itu, menghirup espresso dengan tenang. Dia nampak terlalu santai. Suasana kembali senyap, hanya bunyi perlahan dari kafe dan hiruk-pikuk luar tingkap yang mengisi ruang di antara mereka.

"Okay, aku akan buat." kata Qasrina setelah lama mendiamkan diri.

Ezio tersenyum perlahan sambil mengeluarkan telefon pintarnya dari poketnya. Dia menghidupkan skrin. Tanpa menunggu lama, dia menghubungi seseorang.

Tiba-tiba telefon Qasrina berdering. Dia mengambil telefonnya untuk melihat siapa yang menelefonnya tapi iainya hanya nombor tak dikenali.  Apabila Qasrina menjawab panggilan, suara Ezio kedengaran melalui speaker.

"Ni nombor aku, simpan. Kalau kau perlukan bantuan atau ada apa-apa yang berlaku, jangan ragu untuk call aku." kata Ezio lalu menamatkan panggilan tersebut.

"Aku mungkin nampak seperti orang yang susah dipercayai, tapi kalau kau perlukan bantuan, aku tak teragak-agak untuk tolong kau." sambungnya lagi.

Qasrina mengangguk perlahan,

"Terima kasih, Ezio... Dan aku rasa aku perlu pergi sekarang." kata Qasrina lalu berdiri untuk meninggalkan Kafe tersebut.

"Jumpa lagi, my lady."

Ezio hanya tersenyum sinis lalu memandang Qasrina dengan tatapan yang penuh makna ketika dia meninggalkan kafe.

___________

Tbc

Istana Pemberian Tuhan  [OG]Where stories live. Discover now