Bab 1

643 26 13
                                    


Seorang lelaki mengambil salah satu buku yang ada di rak tersebut. Dia membelek buku tersebut. Dia bukan lah sejenis yang membaca buku tetapi dia datang ke sini kerana perlu berjumpa dengan seseorang.

"Tak nak pinjam ke buku tu?"

seorang gadis datang mendekatinya.

"aku buku sekolah pun malas baca apatah lagi buku novel macam ni"

dia meletak balik buku tersebut di tempat asal.

"cakap je la kau datang sini sebenarnya sebab nak tengok aku ja kan? "

gadis tu tersengih sengih, biarlah dia perasan diri sendiri.

"kau sebernanya nak ajak aku date kan?"

Fayyad hanya ketawa kecil.

"Aku kalau nak ajak date, tak danya dekat sini tau, aku jemput dia dari rumah pastu bawak dia pergi shopping, arcade, tengok wayang macam tu"

Muka Qasrina hanya mengangguk berkali kali menandakan dia faham.

"okey kalau bukan sebab tu, habis-"

"Ariq balik malaysia lusa"

Fayyad terus beritahu tanpa sempat Qasrina menghabiskan percakapannya seperti dia sudah tahu apa yang Qasrina ingin tanyakan.

Fayyad menyandarkan badannya ke rak buku tersebut dengan menyilang tangannya dan memandang Qasrina.

"Aku kebetulan lalu dekat sini, jadi alang alang aku lalu tu aku singgah sini and bagitahu kau" sambungnya lagi.

"Halah cakap je la sebenarnya kau rindu dekat aku kan?"

"gi mampos"

"aku mampos aku heret kau mampos skli"

Fayyad bergeleng kepala berkali kali berketawa kecil.

"ni kau nak jemput dia kat airport ke nanti?"

Dia hanya memerlukan jawapan dari perempuan tersebut sahaja untuk diberitahu kepada rakannya ariq.

"kau ikut?"

"tak pasti"

"kalau macam tu, aku pun tak pasti lagi"

Buat apa dia mahu ikut, dia hanya akan pergi kalau crushnya pergi sahaja.

"okay, if you say so"

Qasrina hanya melihat Fayyad yang berjalan meninggalkan tempat tersebut. Dia hanya mampu mengeluh kecil. Dia menyukai lelaki tersebut,sesekali dia ada jugak bagi 'hint' tetapi entah lelaki itu peka atau pun tidak, ataupun memang hanya buat bodoh-bodoh sahaja.

Dia membuka phonenya, gambar wallpaper phonenya ditatap. Gambar seorang gadis kecil iaitu dirinya sendiri dan dua orang budak lelaki, Fayyad dan Ariq.

Dia mengingat kembali bagaimana dia berjumpa dengan Fayyad, cinta pertamanya.Walaupun masih kecil ketika itu, dia amat menyukai lelaki tersebut.

***

Matanya hanya memandang sekeliling tempat baharunya. Bising. Hari ini adalah hari pendaftarannya sebagai murid darjah 1.

Pelbagai reaksi dia nampak di dalam kelas. Ada yang menangis, gembira berjumpa kawan dan ibu bapa yang sibuk menguruskan anak mereka. Dia? Hanya berdiam tidak tak tahu perlu buat apa, bapaknya sudah lama pergi selepas sahaja pendaftarannya selesai. Bapaknya tidak mahu menemaninya dan suruh dia berdikari sendiri.

Seketika mata yang tertarik dengan seorang budak lelaki yang hanya duduk di satu tempat dan hanya mendiamkan diri sahaja. Mungkin budak itu seperti dirinya, ditinggalkan oleh ibu bapa dan disuruh berdikari, fikirnya. Tanpa segan silu, dia pergi ke budak lelaki tersebut dan menyapanya.

"Hai!"

Budak lelaki tersebut mengangkat mukanya. Matanya merah dan berair..Tahan menangiskah?

"Nama saya Qasrina Mikayla! awak?"

Budak lelaki itu hanya diam seketika sebelum menjawab pertanyaan tersebut.

"Fayyad"

Qasrina hanya mengangguk-angguk.

"Ayah awak tinggalkan awak sendiri ke?"

Fayyad hanya mengganguk sahaja

"wahh sama la kita"

Fayyad hanya mendiamkan diri, agak lama. Dia tidak tahu apa yang dia perlu lakukan.

"tak de kawan ke?"

Akhirnya dia mengeluarkan suara jugak.

"Tak da, sebab saya baru pindah sini hehe" Qasrina hanya tersengih menampakkan giginya.

"FAYYAADDD"

Fayyad memandang ke arah suara yang memanggil namanya. Nampak lah seorang budak lelaki yang berlari terkedek-kedek ke arahnya dan dia sangat mengenalinya.

"Ariqq" Fayyad menyebut namanya dan pergi ke arahnya dan memeluknya budak lelaki tersebut yang digelar Ariq.

"Kenapa lambat datang? Aku ingat kau tak masuk sekolah ni" kata Fayyad yang masih memeluk Ariq.

"Halah, Ayah aku singgah sekolah dia kejap, katanya ada kerja kejap tadi, jangan la nangis, aku kan dah janji dengan kau" jawab Ariq sambil mengusap rambut Fayyad untuk menenangkannya dari menangis.

Qasrina yang ada disitu hanya terpinga pinga melihat drama di hadapannya. Mahu menegur tetapi takut dirinya mengganggu pula drama mereka.

Ariq yang perasan kehadiran Qasrina disitu terus membisik dekat Fayyad.

"Cepat kau dapat awek"

Walaupun dia berbisik tetapi Qasrina masih boleh mendengarnya. Fayyad hanya menggeleng kepalanya menafikan apa yang dikatakan oleh Ariq tadi.

"Hai! Nama saya Ariq! Saya kawan si Fayyad dari kecikkk lagi, Yad memang macam ni selalu nangis sebab dia bongsuu. Nama awak apa?"

Qasrina hanya memandang Ariq. Banyak cakap jugak budak ni berbanding dengan Fayyad fikirnya.

"Qasrina" jawabnya sepatah.

"okayyy dapat kawan baruu" balas Ariq dengan teruja.

Qasrina hanya mengiyakan sahaja. Akhirnya sesi pendaftaran tamat, dan sesi pengenalan bermula. Ramai budak-budak yang dia baru kenal dan dia juga dapat banyak kawan baru. Tetapi dia hanya tertarik kepada Fayyad. Baginya Fayyad comel.

Dia sukakan benda yang comel.

Tapi Fayyad bukan benda.

___________

Tbc

Istana Pemberian Tuhan  [OG]Where stories live. Discover now