Bab 26

153 8 2
                                    

Ariq melangkah masuk ke rumah dengan rasa penat yang masih melekat. Namun, sebaik saja dia melangkah ke ruang tamu, bau masakan menyerbu deria hidunya.

Bau Maggi kari! 

Dia berjalan perlahan ke arah dapur, dan di situ, dia nampak Qasrina tengah memasak, apron terikat kemas di pinggangnya. Dia kelihatan tenang, tetapi Ariq tahu betapa dia tak selesa berada di rumah itu bersamanya. Walaupun begitu, senyuman kecil terbit di wajah Ariq.

Ariq melangkah mendekati Qasrina dengan hati-hati dan terus memeluk pinggang Qasrina dari belakang, menarik tubuhnya rapat. Qasrina tersentak, hampir menjatuhkan sudip yang dipegangnya.

"Ariq..." suaranya bergetar sedikit, namun dia tidak bergerak.

"Bagi saya hilang kan rasa penat jap..." Ariq menyandarkan kepalanya di bahu Qasrina, memejamkan mata seketika.

Qasrina menolak tubuh Ariq ke belakang.

"Saya nak angkat periuk ni" katanya tanpa memandang Ariq. 

Dia mengambil periuk di atas dapur, mengangkatnya dengan cermat, dan meletakkannya di atas meja. Tanpa sepatah kata lagi, Qasrina duduk di kerusi, membuka penutup periuk, dan mengambil pinggan untuk makan Maggi yang baru dimasaknya.

Ariq memerhati Qasrina yang sibuk menyenduk Maggi ke dalam pinggan.

"Awak sarapan apa pagi tadi?" tanya Ariq untuk cuba mencari ruang untuk berbual.

"Tak sarapan. Ni baru nak sarapan." jawabnya selamba sambil mula menyuap Maggi.

Ariq mengerutkan dahi, memandang jam di dinding yang menunjukkan pukul 3 petang.

"Dah petang baru nak sarapan?" dia menyoal, nada suaranya separuh terkejut, separuh bergurau.

Qasrina hanya mengangkat kening, tidak terganggu, dan meneruskan makannya tanpa menjawab.

Ariq bangun dan berjalan untuk mengambil pinggan. Namun, sebelum sempat dia capai pinggan itu, Qasrina cepat-cepat menghalang dengan pandangan tajam.

"Awak nak buat apa?" tanya Qasrina, menghentikan langkahnya.

"Nak makan sekali la. Maggi tu nampak sedap." jawab Ariq dengan tersenyum nipis.

Qasrina terdiam seketika, seolah-olah memikirkan sesuatu. Akhirnya, dia mengeluh perlahan.

"Tak payah. Kita share ja sekali." 

Ariq terkejut sekejap, tak sangka dengan respon Qasrina, tapi senyumannya melebar, dan dia duduk di sebelahnya, bersedia untuk makan bersama.

Qasrina menghulur pinggannya dekat Ariq supaya Ariq dapat makan sekali. Setelah beberapa saat sunyi, Qasrina tiba-tiba bersuara lagi.

"Ariq..." dia memulakan dengan nada yang lebih perlahan.

"Macam mana kalau saya berhenti kerja?"

"Baguslah berhenti kerja. Lepas ni awak boleh fokus dekat saya... lepas tu anak-anak kita nanti." Ariq tersenyum kecil sebaik mendengar soalan Qasrina.

"Kalau saya berhenti kerja lepas tu kerja sebagai PA Fayyad?"

Senyuman Ariq terus pudar. Jantungnya berdegup kencang, seakan-akan darah dalam badannya membeku seketika. Kalau Qasrina berhenti kerja dan mahu kerja dengan orang lain tak mengapa tapi ini Fayyad...

Dia tahu, sejak dulu lagi, Qasrina suka Fayyad, itu bukan lah rahsia. Tapi mendengar Qasrina menyebut nama Fayyad dalam konteks ini, lebih-lebih lagi tentang bekerja rapat dengannya, benar-benar menyentak Ariq.

Istana Pemberian Tuhan  [OG]Where stories live. Discover now