Ariq dan skuadnya melangkah masuk ke dalam dorm, masing-masing kelihatan keletihan selepas misi yang panjang. Mereka menjatuhkan diri ke atas katil masing-masing dengan keluhan. Thaqif membuka bajunya dan hanya memakai singlet lalu mengusap rambut yang kusut.
"Aku rasa misi tadi macam tak cukup smooth. Ada benda yang tak kena." Thaqif bersuara perlahan tapi cukup jelas untuk didengar oleh semua.
"Aku setuju sebab waktu kita datang tu dah tak ramai orang macam komander cakapkan tu." kata Amir sambil mengangguk bersetuju dengan kata-kata Thaqif.
"Macam... diorang dah tahu kita nak datang, sebab barang rampasan pun tak banyak." kata Ariq pula.
Ariq duduk di hujung katilnya, memandang rakan-rakan skuadnya yang masih berbincang tentang misi tadi. Thaqif dan Amir jelas tidak puas hati, dan Ariq sendiri tak boleh nafikan ada sesuatu yang tak kena. Dalam fikirannya, syak wasangka semakin kuat, ada kemungkinan misi mereka bocor disebabkan oleh pengintip dalam kalangan mereka sendiri.
Ariq melirik ke arah Zakwan, yang sejak tadi tidak bersuara. Zakwan sedang berbaring di atas katilnya, tangan diletakkan di atas dahi sambil matanya tertutup, seolah-olah mahu memisahkan diri daripada perbincangan yang sedang berlangsung.
"Awal tidur Zakwan." tegur Ariq.
"Aku penat. Aku rindu ibu aku." jawab Zakwan.
"Relax lahh... Kau tengok Ariq, patutnya sekarang dia tengah sesi ber'honeymoon' tapi tahu-tahu kena panggil pergi mission... okay ja dia." Amir mencelah.
"Kannn... Kalau tak mesti sekarang Ariq tengah baring sambil minta kena tepuk." kata Thaqif pula lalu baring atas paha Amir.
"Sayang... Abang tak boleh tidur... Sayang tepuk abang boleh?" kata Thaqif lagi dengan nada manja sambil memuncungkan mulutnya, menggedik dengan Amir.
"Awww... Abang tak boleh tidur yaa? Tak pa meh sayang tepuk..." Amir pun menepuk badan Thaqif perlahan.
"Sayang ni sweet lah..."
"Abang lah asyik mengada dengan sayang ja..." Amir pun memicit manja hidung Thaqif yang sedang baring atas pahanya itu.
Ariq yang dari tadi memerhati gelagat Thaqif dan Amir, akhirnya tak tahan, dia gelak juga. Dia bangun dari katil dan mendekati mereka berdua yang masih dalam drama 'romantis' mereka.
"Okay, lovebirds... Aku bagi korang lima saat lagi sebelum aku ambil selimut tu dan balut korang macam burrito lepastu tepuk korang sampai mampus."
"Relaks lah, bro. Gurau sikit pun tak boleh." kata Thaqif lalu terus bangun dari baringan dia.
"Ya lah, Ariq. Jangan jealous, malam nanti kitorang tepuk kau ya ganti Qasrina." ujar Amir pulak.
"Daripada korang tepuk aku, apa kata tepuk mamat tu..." Ariq memuncungkan mulutnya menunjukkan ke arah Zakwan yang dari tadi berdiam diri melihat drama diorang.
"ha?" Zakwan keliru.
Thaqif dan Amir saling berpandangan, senyuman sinis terukir di wajah masing-masing. Mereka tak perlu berkata apa-apa kerana sudah tahu apa yang sedang bermain di fikiran masing-masing.
"Sayang nak kena tepuk keee?" Amir terus pergi ke arah Zakwan.
"I'm coming babyyyy" Thaqif juga turut mendekati Zakwan.
"Ahhhh apa ni?? Jangannn!! Aku masih suciiiii"
Tapi sebelum Zakwan sempat bangun, Amir dan Thaqif sudah melompat ke atas katilnya, pura-pura mahu "tepuk" dia, membuatkan suasana dalam dorm bertambah kecoh dengan gelak ketawa.
******
Sofea duduk di biliknya, memegang telefon pintar dengan wajah serius. Dia menghubungi Ezio, dan suara mereka bergema di ruang sepi.
"Ezio, apa perkembangan dengan PA Fayyad?" tanya Sofea.
"Aku dah bunuh dia. Jatuhkan kereta dalam gaung lepas tu bakar." jawab Ezio dengan nada tenang.
"Bagus. Pastikan tiada sebarang jejak yang tertinggal. Jaga-jaga supaya tiada siapa yang dapat kesan apa yang berlaku. Kita tak boleh biarkan perkara ini terbongkar." kata Sofea dengan penuh tegas.
"Jangan risau... Perempuan tu dah rentung so tak ada bukti yang tinggal... Lagi pula aku dah pastikan tempat yang aku lalu semua tak ada sebarang cctv. So orang akan anggap tu sebagai kemalangan biasa."
Sofea menghela nafas lega.
"Okay good. Esok aku akan buat part aku dan aku nak kau teruskan awasi Qasrina. Kalau ada apa-apa yang berlaku, cepat-cepat maklumkan kepada aku."
"Baik, Sofea. Aku akan pastikan Qasrina berada dalam pengawasan ketat. Tiada apa yang akan terlepas pandang." Ezio menjawab dengan yakin.
"Kau... sampai bila nak duduk dekat lumut tu?" sambungnya lagi.
"Kenapa?"
"Aku rindu..."
Sofea terus memutuskan talian. Malas melayan kerenah Ezio.
******
Fayyad baru sahaja tiba di rumahnya, penat dari hari yang panjang. Ketika dia melangkah masuk, dia terdengar bunyi TV di ruang tamu. Dia menuju ke arah bunyi tersebut dan melihat ayahnya sedang duduk di hadapan televisyen, menonton berita dengan serius.
"Kemalangan kereta jatuh gaung pagi tadi yang menyebabkan satu kematian." suara pembaca berita bergema di ruang tamu.
Laporan tersebut terus menarik perhatian Fayyad.
"Polis mengesahkan bahawa mangsa adalah seorang wanita berumur 30 tahun."
Tiba-tiba ada notifikasi masuk dari telefon dia dan ayahnya serentak, setelah beberapa saat, Fayyad dan ayahnya memandang sesama sendiri serentak.
Fayyad terkejut dan berdiri kaku, hatinya berdebar-debar mendengar berita tersebut dan membaca mesej yang baru sahaja dia terima. Dia memandang ayahnya yang kelihatan terkejut dan kecewa, sementara berita itu terus disiarkan dengan gambar-gambar kemalangan yang tragis.
"Itu... PA kamu kan Yad?"
Fayyad menelan air liurnya sendiri, tekaknya terasa kering.
'Apa yang jadi?'
******
Qasrina baru sahaja bersiap untuk tidur, mematikan lampu bilik dan menarik selimut. Ketika dia berbaring di atas katil, telefon pintarnya berdering dengan notifikasi mesej. Dia mencapai telefon dan melihat mesej daripada Ariq yang baru dihantar.
ARIQ:
"Dalam gelapnya malam, saya harap awak tahu yang awak adalah bintang yang paling bersinar dalam hidup saya. Tidur yang lena, dan jika awak bermimpi, pastikan saya ada di dalamnya. Selamat malam, sayang."
Qasrina membaca mesej itu dan dia meletakkan telefon kembali di sisi katil, menarik selimut lebih rapat dan memejamkan mata, membiarkan mesej itu berlalu begitu sahaja tanpa sebarang balasan.
___________
Saya akan cuba updated 2 chapter sehari ya... Jangan lupa vote and comment^^
Tbc
YOU ARE READING
Istana Pemberian Tuhan [OG]
General FictionQasrina Mikayla, seorang gadis biasa yang menyukai seseorang bertahun lamanya. Berapa lama? rasanya sudah 20 tahun lebih gadis itu menyukainya. Move on? Tak pernah terdetik langsung di hati gadis tersebut untuk move on. Dia amat menyukainya tapi Tuh...