Bab 16

194 14 0
                                    

Esoknya Qasrina bangun lebih awal dari sebelumnya. Dia memakai tudung sarung dan melangkah keluar ke halaman homestay. Udara pagi yang sejuk menyapa wajahnya, membuatnya tersenyum kecil.

Seketika kedengaran bunyi kenderaan masuk ke halaman rumah sebelah homestaynya. Keluar dua orang lelaki iaitu Zakwan dan Ariq dari kereta itu.

Ariq yang perasan Qasrina yang memerhati dari jauh terus melihat kearahnya dengan senyuman cerianya. Ariq terus berlari anak-anak menuju ke Qasrina.

"Assalamulaikum dan selamat pagi cinta hati saya"

"Waalaikumussalam" Jawab Qasrina bersahaja.

"Tunggu saya datang ke?"

Qasrina melihat Ariq dengan kerutan dahinya. 

"Eeuw, tak ingin aku tunggu kau and lagi satu, kau ni kejap guna aku kau, kejap saya awak" 

"Disebabkan dari dulu saya selalu guna aku kau, saya nak ubah jadi saya awak la alang-alang dah bertunang. Cuma kadang-kadang terlepas panggil aku kau hehe" balas Ariq.

Manakala di hadapan rumah Zakwan, sejak tadi lagi Zakwan memerhati pasangan itu sambil membuat muka jengkelnya. Perasaan singlenya meronta-ronta.

'kau tunggu Ariq. Aku kahwin nanti depan-depan kau aku bersweet dengan isteri aku.' gumamnya.

"Ibuuuu tolong carikan Zakwan calon isteri" Jerit Zakwan dengan kakinya melangkah masuk ke dalam rumahnya.

"Jom kita keluar sarapan nak?" ajak Ariq dengan lembut.

"Tak apalah, aku tak lapar" jawab Qasrina dingin.

Ariq masih lagi tersenyum kerana dia sudah terbiasa pernolakkan Qasrina itu tapi dia tidak mahu menyerah begitu sahaja. 

"Saya dengar ada kedai roti canai baru buka dekat sini. Orang kata roti canai dia sedap gila, rugi kalau tak cuba."

Qasrina terdiam, hatinya sedikit tergores dengan usaha Ariq yang kelihatan bersungguh-sungguh. Dia tahu lelaki itu tidak pernah putus asa untuk mendekatinya, walaupun lelaki itu sendiri tahu yang dia masih tetap  dengan pendirian tentang perasaannya.

"Ya la.. tapi tak lama okay?" 

Ariq tersenyum lebar, lega dengan jawapan Qasrina.

"Saya janji, kita tak lama."

"Kejap saya bersiap dulu" 

Terus Qasrina melangkah masuk ke dalam homestay untuk menukar pakaiannya. 

******

Pintu markas  terbuka dengan perlahan, Sofea melangkah masuk dengan penuh keyakinan, tumit kasutnya memukul lantai marmar, menghasilkan bunyi yang tegas dan berirama. Pandangannya tajam, memerhatikan setiap sudut bilik yang dihiasi dengan peralatan canggih dan peta strategi yang tergantung di dinding.

Wajahnya yang cantik namun dingin tidak menunjukkan sebarang emosi ketika dia berjalan ke arah meja besar di tengah bilik itu. Dengan gerakan yang anggun, Sofea menarik kerusi kulit hitam yang mewah, dan tanpa tergesa-gesa, dia duduk.

"So Ezio, any information pasal tunang Ariq tu?" 

"Menurut apa yang aku dapat, Macam yang kau tahu nama dia Qasrina Mikayla, Librarian Perpustakaan Negara Malaysia. Dia dengan Ariq ni dah berkawan sejak sekolah rendah lagi tapi bukan mereka berdua ja, ada lagi sorang"

Sofea memandang tajam anak mata hitam Ezio menunggu Ezio menjelaskan semua kepadanya.

"Sorang lagi Fayyad Khaliq anak Dato' Azman Khalid"

"Wait, anak Dato' Azman Khalid?" Sofea menghentikan percakapan Ezio seketika lalu tergelak.

"Kau kenal ke?" soal Ezio dengan kekeliruannya. Tadi muka serius sekarang tetiba gelak, tak ke peliknya tu.

"Tak, aku tak kenal tapi someone I know kenal dia. Nevermind. Abaikan yang tu. Lagi information?" 

Ezio bawak keluar beberapa keping dari begnya dan meletakkan di atas meja.

"Ni gambar yang aku dapat. Ada gambar yang sekelas dengan diorang bertiga sekali dan apa yang mengejutkan ni"  Ezio menunjukkan gambar kelas tersebut lalu menunjukkan seseorang dalam gambar itu.

 "Siapa ni" soal Sofea.

Ezio senyum sinis.

"Nama dia Puteri. Nama penuh Nur Puteri. Apa yang aku dapat dari kawan yang sekelas dengan diorang, Puteri ni girlfriend Fayyad."

"Jadi apa kena mengena dengan Qasrina?" soal Sofea lagi. Sungguh dia tak dapat cerna lagi apa yang Ezio cakapkan ini.

"Puteri ni sekolah sampai form 4 lepastu tiba-tiba saja dia pindah sekolah waktu akhir tahun form 4 tu. So, aku pun tengok rekod Puteri ni dari awal masuk sekolah, semuanya okay ja, tak ada masalah kecuali satu"

"Satu?"

Ezio mengeluarkan satu kertas dan menunjukkannya kepada Sofea.

"Dia tolak rakan sekelas dia jatuh tangga and orang yang dia tolak tu Qasrina Mikayla" Ezio  menunjuk gambar Qasrina ketika dia masih sekolah.

"Apa yang aku dapat tahu, Qasrina ni sukakan Fayyad dah lama jadi disebabkan rasa jeles, Puteri tolak Qasrina. Tapi lepas dari kejadian tu, ada terdapat laporan buli terhadap Puteri cuma tak valid sebab tak ada bukti kukuh."

Sofea mengangguk-angguk faham mendengar penjelasan dari Ezio. 

" Tapi ada rumor jugak yang mengatakan Qasrina yang sengaja bagi diri dia sendiri jatuh tangga untuk kenakan Puteri. Tapi rumor tu tak valid jugak sebab ramai yang percaya Qasrina lebih dari Puteri."

"Jadi kau nak kata Qasrina ni sanggup buat apa ja untuk orang dia suka?" teka Sofea selepas dia dapat tangkap apa yang Ezio cuba sampaikan sikit demi sedikit.

"Betul. Dengar kata sampai sekarang dia sukakan Fayyad"

"Tapi dia bertunang dengan Ariq?" Sofea menaikkan keningnya sebelah.

"Itu aku tak tahu la. Jadi kalau betul dia sukakan Fayyad sampai sekarang, mungkin kita boleh gunakan dia? Ya la kau kan nak dekat Ariq" cadang Ezio.

Sofea tersenyum sinis. Secara tiba-tiba dia dapat satu plan yang dia sendiri pun tak jangkakan. 

"Ezio, cari Puteri as soon as possible lepas tu terus maklum dekat aku."

"Baik" Ezio terus keluar dari bilik itu menurut arahan.

Sofea memegang gambar Qasrina dan Puteri, dia tersenyum tipis, dan dari bibirnya terbit ketawa sinis yang perlahan, hampir seperti bisikan. Ketawa itu tidak kuat, namun cukup untuk membuat sesiapa yang mendengarnya berasa tidak selesa.

"Puteri, kau orang yang tepat untuk plan aku"

******

"Sedapkan roti canai dia?" tanya Ariq sambil ketawa kecil apabila dia melihat Qasrina yang begitu selera makan walaupun dia menolaknya untuk makan sekali.

Qasrina mengangguk bersahaja walaupun ikutkan hatinya dia ingin menambah lagi roti canai.

"Pasal perkahwinan kita-"

"Hujung bulan ni" Ariq terus menyampuk sebelum Qasrina menghabiskan ayatnya.

Hampir tersedak Qasrina apabila dia mendengarkan bahawa hujung bulan ni perkahwinan mereka berdua berlangsung.

"Ada 3minggu lagi, sempat lah nak settle kan borang kahwin, beli baju, decoration eh tapi bab decoration tu jangan risau sebab tu mak saya yang uruskan." 

"Asal cepat sangat?"

Ariq memandang Qasrina sambil tersengih.

"Eh itu dah cukup lama bagi saya, kalau ikutkan hati, esok jugak saya nak kahwin dengan awak tau"

"Mengada"

"Mengada dengan awak ja"

__________

Jangan lupa vote and comment ya, thanks kepada yang sudi membaca^^

Tbc






Istana Pemberian Tuhan  [OG]Where stories live. Discover now