Bab 3

287 20 7
                                    

Qasrina memandang langit. Sungguh indah ciptaan tuhan. Melihat burung berkicauan angin pula sempoi-sempoi. Dia memejam matanya, kejadian semalam dirumah Ariq terkenang..

flashback

"Aku ingat kau tak datang"

"Aku datang sebab tomyam tau, tak tahu pulak kau ada sekali Yad. Nampak sangat kan kita berjodoh" Qasrina mengenyitkan matanya.

"tapi awal jugak kau datang"

"Oh aku ingat dia dah siap masak, rupanya time aku sampai dengan pakai apronnya lagi cakap makanan belum siap, so disini la saya duduk di sofa ruang tamu bersama cinta hati saya" sekali lagi Qasrina mengenyit matanya kepada Fayyad. Ini kalau Fayyad tak dapat tangkap lagi dia pun tidak tahu la.

"Aku nak cakap something serius boleh tak?" tetiba sahaja Fayyad memandangnya dengan serius. Jarang melihat dia begini. Meremang bulu romanya.

"Aku..."

"Yuhuuu sekaliann marilah makan, Chef kegemaran anda sudah siap memasak dan makanan sudah pun terhidang" Ariq terus menyampuk sebelum Fayyad menghabiskan ayatnya. Terus riak wajah serious Fayyad tadi bertukar menjadi gembira.

"Woahhh jom jom" terus dia pergi ke dapur meninggalkan Qasrina yang terpinga-pinga. Apa yang dia nak cakap sangat tadi sehingga mukanya kelihatan serious?

"Qasrina Mikayla cinta hatiku~ ye pun suka si dia, jangan lah pandang dia sampai macam tu sekali. Macam nak terkam dah tu" Ariq terkekeh gelak melihat Qasrina yang melihat Fayyad pergi tanpa berkelip. Sejujurnya dari jauh sudut hatinya, dia cemburu. Cemburu dengan cara layanan dan pandangan Qasrina terhadap Fayyad. Tapi apa dia boleh buat, dia tak boleh memaksa perasaan sesorang. Dia sudah cukup bersyukur rakannya itu tidak membalas cintanya.

"Dah sayang, jom makan"

"Aku bukan sayang kau" Qasrina bangkit dari dudukannya dan membuka langkah ke dapur.

"Panggilan sayang kan sunnah.." Ariq mengjongget bahunya dan mengikuti Qasrina dari belakang.

Qasrina membuka matanya. Bayangan semalam mula menghilang. Sungguh angin ni membuatkan dia rasa mengantuk. Apatah lagi sekarang masih pagi. Dia juga masih tertanya apa yang Fayyad ingin katakan padanya semalam. Dia melihat tasik dihadapannya. Tenang. Disini lah dia datang jikalau fikirannya kusut.

Qasrina memandang sebuah keluarga yang sedang bermain bersama. Dia tersenyum. Dia ingin membina keluarga sebegitu. Itu adalah salah satu impiannya sejak ibu bapanya bercerai sejak dia berumur 6 tahun. Sejak itu hidupnya mulai perit mujurlah masalah keluarganya makin pulih sejak dia bekerja. Hampir saja dia mahu berputus asa tapi disebabkan adanya rakan baiknya Aisyah, Fayyad dan Ariq yang sentiasa bersama ngan dia. Dia teruskan hidup. Keluarga mereka juga sudah menganggapnya seperti anak sendiri. Sudah terasa seperti anak pungut.

"Jauh termenung nampak" sapa sesorang belakang.

"nah roti kau. Sorry lambat tetiba ada ramai pulak dekat motor pakcik jual roti tu." dia menghulurkan roti tersebut. Qasrina mengambilnya.

"Thanks cah" ucap Qasrina. Dia membuka bungkusan roti tersebut dan makannya. Aisyah melabuhkan punggungnya di sebelah Qasrina.

"Termenung apa tadi?"

"hmm..tak de apa"

"kau jangan menipu aku lah Rina. Kita ni dah kenal lama tau" Aisyah melihatnya. Bukan dia tidak tahu perangai rakannya sorang ini. Suka sangat berahsia. Sudah la tidak tahu bagi ekspresi. Jadi dia pun tidak boleh agak rakannya sedang marah,sedih, atau gembira. Semuanya nampak sama sahaja.

"kau rasa kan..hidup aku nanti akan bahagia jugak ke akhirnya?" Qasrina melihat Aisyah. Wajah Aisyah yang putih gebu, agak sedikit tembam, bulu matanya yang panjang serta lentik dan ada sedikit rupa seperti orang arab. Tudungnya juga labuh menjaga aurat. Sungguh cantik. Ramai orang meminatinya tapi standardnya hanya Pak Ustaz.

"Dengan izin Allah, kau akan bahagia. Dari kecik kau dah hadapi ujian-Nya. Bersabarlah sebab setiap ujian dari Nya pasti ada ganjaran. Kau perlu banyak berdoa dan sujud kepada-Nya. Bahagia kau pasti ada cuma lambat atau cepat saja"

Qasrina hanya mengangguk. Betul apa yang dikatakan oleh Aisyah itu.

"Ini kalau bukan bapak kau mesti mak kau"

Qasrina ketawa kecil.

"Tak da lah. Benda tu saja terlintas dalam fikiran aku. Mungkin teringat waktu dulu. Tapi tak pa. Sekarang bapak aku pun dah okey rasanya..kot. Tapi doa-doa ja lah bapak aku teruskan begitu"

"Aamiinn"

***

"Ini apa pasal kau dekat office aku?"

Fayyad melihat Ariq yang mundar mandir dalam office nya sejak dari dia datang lagi.

"Aku ni dah la susah nak cuti, cuba la kau spend time sikit dengan aku" akhirnya Ariq duduk juga di kerusi di hadapannya dengan muka cemberut.

"Kau ajak la cinta hati kau tu keluar"

"Dah tapi kena reject" cepat saja jawapan keluar dari mulutnya. Muncul la reaksi sedih yang terlihat di wajah tersebut.

"Aku tak faham, kenapa dia nak tolak aku? Aku ni dah cukup hensem tau. Hensem lagi dari kau pastu sado lagi. Bezanya lagi kau putih aku hitam " dia merengus tidak puas hati. Kenapa la si Qasrina itu tidak memandangnya walaupun sedikit pun. Kenapa? kerana dia bukan anak CEO kah?

"Itu kau kena tanya dia sendiri bro"

"Masalahnya dengan aku dia jawab sepatah je bro"

Fayyad memandang Ariq. Jujurlah dia rasa bersalah dengan rakannya itu. Rasa bersalah kerana cinta hati kawan baiknya itu menyukai dirinya dan cara layanan yang diberinya berbeza. Fayyad menggapai telefonnya yang ada di mejanya itu. Dia menaip sesuatu dan meletakkan semula.

"Aku dah ajak Qasrina keluar petang ni pergi mall. Nanti kau pergi la pastu cakap dekat dia yang aku tetiba ada meeting so aku yang suruh kau datang"

Ariq terus bangun dari tempatnya. Bibirnya mengoyakkan senyuman yang lebar.

"Bro terima kasih sebab tolong aku. Kau memang kawan yang sejati" Ariq menghulur tangan untuk menjabat tangannya. Fayyad pun menyambut tangannya itu.

"Kau ada dekat sini berapa hari?"

"Hanya mampu seminggu"

"Nanti dalam seminggu tu aku cuba tolong kau ya?" Ariq memandang Fayyad dengan tidak percaya. Dia memeluk rakannya itu.

"Terima kasih bro. Terima kasih"

***

Qasrina merenung telefonnya berkali-kali. Seakan tidak percaya. Betulka apa yang dia baca ni? Mesej dari crushnya yang ajak dirinya keluar petang ni? Fikirannya penuh syak wasangka tapi dia teruskan menaip 'okey' dan button send ditekan. Apa yang difikirkannya tadi ditolak tepi. Mujurlah harini dia tidak ada apa-apa plan di hari cuti. Selalunya dia akan keluar bersama dengan Aisyah sampai malam tapi apakan daya hari ni diorang hanya mampu meluangkan masa ketika pagi sahaja kerana Aisyah tetiba sahaja mempunyai kerja pada waktu petang.

Apapun dia terus baling telefonnya itu dan pergi buka almarinya. Dia mahu berpakaian cantik di depan crushnya. Senyumannya makin melebar.

___________________________________________________________

Saya hanya seorang author biasa dan pemula so sebarang kesalahan tatabahasa, maafkanlah saya<3

Tbc-

Istana Pemberian Tuhan  [OG]Where stories live. Discover now