This love is maniac maniac maniac
But i cant killin it killin it~"hmm hello"
"Ya allah Qasrina Mikayla, punya la aku call banyak kali baru kau nak angkat? kau baru bangun ke? jangan cakap kau baru bangun, ni dah pukul 12 tahu, bawak sedar diri kau tu dah bertunang dah nak jadi bini orang ha berubah sikit perangai tu"
"kadang aku confuse kau ni mak aku atau kawan aku" Qasrina bangun dari baringnya dan menguap. Masih mengantuk.
"hah kenapa call aku? jarang sangat kau nak call aku kecuali aku yang selalu call kau" Qasrina garu kepalanya yang tidak gatal. Memang sekarang musim tak da angin tak da ribut eh.
"Aku nak ucap congrats ja sebab dah bertunang"
"hmm" Qasrina hanya mengangguk angguk sahaja tetiba matanya terbuka luas. Setahunya dia tak bagitahu lagi dekat kawannya itu.
"eh jap macam mana kau tahu? bukannya aku tak bagitau kau lagi ke?"
"ahahahaha mak aku dapat gambar pertunangan dari mak kau lahh tp tak sangka kann akhirnya kau terima cintanya setelah lama dia menunggu kau ek"
"hmm ehhhh??? bukan ke patutnya terbalik? sebab aku yang tunggu dia lama and dia finally dah terima aku??" ok. Dia dah mula confuse dan otaknnya sedang cuba mencerna kembali apa info yang kawannya cuba sampaikan ni.
" eh? kau tak cakap pun yang kau dah tunggu Ariq dah lama? bukan kau tunggu Fayyad ke and Ariq yang tunggu kau?"
"....jap mungkin aku masih mamai and otak aku tak dapat langsung pickup apa yang kau cakap sekarang ni" sungguh dia tak faham apa langsung situasi sekarang.
"ok..sekarang ni kau tahu ke siapa tunang kau?"
"Fayyad kan?"
"Teng! salah lagi kan salah! Ariq la tunang kau"
Terdiam. Terkedu. Terkejut. Terkelu. Banyak lagi lah yang dia rasakan sekarang. Ariq? kenapa bukan Fayyad? Rasanya yang chat dia haritu Fayyad bukannya Ariq. Ke Ariq hack phone Fayyad? ha sudah banyak soalan yang bermain dalam fikiran dia sekarang.
"Qasrina? kau still ada dekat situ ke?"
Qasrina tersedar dari soalan soalan yang bermain di mindanya tadi.
"hah? ye ye aku ada kat sini lagi..Jap kau tak salah orang kan? Betul ke Ariq?"
"Iyee betulll aku pun boleh cam la family Ariq tu macam la aku tak rapat sangat dengan family dia..Kalau kau tak percaya aku ha kau boleh mintak gambar kt family kau"
Qasrina mengetap bibir. Berharap la yang kawannya itu salah tengok.
"ha ya la..aku end call dulu eh..thanks assalamualaikum" Qasrina terus meletakkan telefon.
Sekarang dia mahu melihat gambar pertunangan dia. Buka saja whatsapp, banyak chat baharu yang masuk termasuk ayahnya. Dia terus membuka mesej dari ayahnya. Kebanyakkannya adalah gambar pertunangan semalam.
Tergamam.
Qasrina terus bangun dari katilnya dan bersiap-siap. Sungguh dia tak nak mempercayai kata-kata kawannya itu tapi katanya adalah benar! Sekarang dia hanya perlu dapat klafikasi dari seseorang.
Fayyad Khaliq !
****
Knock knock
"masuk"
Seorang perempuan berpakaian kemas memasuk ruangan bilik pejabat tersebut.
"Encik Fayyad, ada orang nak jumpa encik."
YOU ARE READING
Istana Pemberian Tuhan [OG]
General FictionQasrina Mikayla, seorang gadis biasa yang menyukai seseorang bertahun lamanya. Berapa lama? rasanya sudah 20 tahun lebih gadis itu menyukainya. Move on? Tak pernah terdetik langsung di hati gadis tersebut untuk move on. Dia amat menyukainya tapi Tuh...