Bab 8

202 11 0
                                    

Fayyad membuka pintu rumah. Apa yang di dalam kepala dia sekarang adalah katil empuknya. Tapi jalannya ke bilik terbantut apabila melihat mamanya duduk di sofa ruang tamu dengan tvnya masih terbuka. Fayyad melihat jam tangannya.

12 tengah malam. Mengapa mamanya masih tak tido lagi? atau dia tertidur di sofa?

"Fayyad Khaliq bin Dato' Azman khalid"

Fayyad melihat ke arah mamanya. Dia mengeluh. Dia sudah tahu kalau mamanya sudah panggil nama penuhnya, mesti ada perkara yang ingin dia bincangkan.

"Mama dengar yang kamu tak sukakan perempuan yang tak pandai masak?"

Fayyad hanya mampu menunduk kepalanya. Dia malas mahu berbalah mulut dengan mamanya, jadi dia hanya mampu berdiam diri dan menadah telinganya.

"dannn yang paling penting, mama dengar kamu yang tolong Ariq untuk masuk meminang Qasrina?"

Sekali lagi Fayyad diam sahaja.

"Mama tanya ni Fayyad Khaliq!"

Fayyad hanya mengeluh.

"Qasrina datang mengadu?"

"Kalau dia datang mengadu pun kenapa? bukannya salah dia pun, dah kamu tu sepakat dengan Ariq! Ohh mentang-mentang lah Qasrina tu sukakan kamu sangat, sanggup ya kamu perbodohkan dia??"

Fayyad hanya diamkan diri. Sudah la dirinya penat, kena pula tadah telingah tengah tengah malam macam ni. Nak melawan pun nanti berdosa. Tak gentleman la kalau macam tu.

Ini Fayyad Khaliq kena la gentleman!

"Kalau kamu nak sangat perempuan yang pandai masak, yang boleh masak kamu pagi tengah hari petang malam tu ha, Mak Som, sesuai sangat dengan ciri ciri kriteria yang kamu nak sangat tu!"

Fayyad memandang mamanya terkejut. Wahh mamanya sudah melampau sampai orang gaji mereka pun dia nak mention. Tak dapat Qasrina sebagai menantu, dia nak orang gajinya sebagai menantu pula? Sabar Fayyad, sabar, yang sedang membebel depanmu ini syurga mu, tak bau syurga nanti kalau melawan, tak gentle!

"Astaghfirullahalazim.. Apa yang bising tengah-tengah malam ni?"

Terlihat bapanya Dato' Azman pula bersuara dan turun dari tangga menghampiri mereka berdua.

"Apa yang kamu bising-bising sangat tu sayang oii, anak tu baru ja balik dari pejabat, penat nak rehat rehat dekat bilik punn tak senang"

"Ini anak awak yang buat hal dulu ha! Kalau dia tak buat hal takdenya saya nak bising-bising macam ni! Ada ka patut dia reject Qasrina macam tu ja sebabnya tak pandai masak? Logik ke?"

Datin Ummi Safiah hanya menjeling Dato' Azman. Ha sudah, tak pasal pasal ayahnya pun terlibat sekali sesi menadah telinga tengah malam ni.

"Alahh apa yang tak logiknya, dia pun ada cita rasa sendiri haa"

Fayyad tersenyum. Gembira ayahnya backup dirinya.

"Kalau dia nak yang macam tu, baik dia kahwin je ngan Mak Som tu ha.. Sesuai sangat dengan citarasa dia tu!"

Dah cakap, mamanya ni jenis tak nak mengalah.

"Aih apa kamu merepek ni sayang oii, takkanlah dengan orang gaji sendiri pun awak nak buat menantu? Agak-agak lahh"

Dato Azman hanya menggelengkan kepala. Parah sudah isterinya ini.

"Apa salahnya? Dia yang nak sangat pandai masak kan? ha Mak Som tu sesuai la tu!"

"Daripada mama ambik Mak Som sebagai menantu, apa kata mama ambik Mak Som sebagai madu je? haa boleh masak sama sama untuk Yad nanti"

Fayyad tergelak,akhirnya dia dapat bersuara. Dia sudah malas untuk menadah telinga dengar bebelan mulut mamanya, tambah pulak dengan ayahnya, jadi malas nak dengar perbalahan mulut antara suami isteri pula. Dia terus mengangkat kaki menaiki tangga untuk ke biliknya. Dia mahu tido!

"Ada bagusnya jugak idea anak kita tu awak, daripada menantu baik jadikan Mak Som tu sebagai madu awak kan? ahahahaha"

Dato Azman gelak kecil. Ha kan dah terkena setepek dengan anak sendiri. Dato' Azman pun berlalu dari situ, malas mahu melayan isterinya, sambung tido lagi bagus!

Datin Safiah hanya merengus tak berpuas hati.

"Bapa borek anak rintik!"

******

"Kau ni memang nak mampus dengan aku kan! Kau jangan ingat aku baik dengan kau.. aku tak berani buat macam ni!"

"A-Ariq..jangan macam ni..a-aku datang untuk bincang!"

Qasrina cuba mengambil nafas sambil berpegang kepada tangan Ariq cuba untuk menenangkannya.

"ahahaha kau datang nak bincang? bincang pasal pertunangan kita ke sayang?" Tangan Ariq mengelus muka Qasrina, dari pipi hingga ke leher. Kembali mencekiknya.

"kau datang sini sebab nak suruh aku putuskan pertunangan kita kan!?"

Qasrina menggeleng. Dirinya sangat takut sekarang.

"Kau ni memang bodoh Qasrina! Fayyad dah terang menerang reject kau, kau nak lagi dengan dia!?"

Ariq mula gelak. Dia melepaskan genggaman tangannya di leher Qasrina dan mengambil sesuatu.

"Qasrina..If i cant have you, no one should" Ariq mengacukan pisaunya ke leher Qasrina.

"Dont cry sayang.. It wouldnt be hurt that much.." Ariq senyum sambil menyeka air mata Qasrina.

Zzaapp!

"Ariqqq!"

Qasrina membuka matanya. Dahinya berpeluh-peluh. Dia melihat kelilingnya. Sekarang dia berada di masjid. Dia berhenti sekejap untuk rehatkan diri daripada perjalanan jauh.

Allahuakhbar allahuakhbar

Tatkala azan subuh mula berkumandang. Dia terus keluar dari keretanya untuk menunaikan perkara wajib.

******

"Ariq Aryan.. sedapnya nama hero i ni"

"Sofea Fei..Are you sure about this?"

Sofea melihat ke arah rakannya.. atau lebih dikenali sebagai rakan subahatnya.

"Ezio, you dah kenal i lama dah kan? You tak percayakan i ke?"

Ezio mengeluh.

"tapi dia dah bertunang kan?"

Sofea diam. Dia bermain-main dengan telefonnya sambil memikirkan sesuatu.

"Yang tu, kau kena tolong aku Ezio. Tolong aku cari maklumat pasal tunang dia boleh? Kalau tak boleh kau kena buat sampai boleh jugak! I dont care."

"haih.. kalau bos tahu macam mana?"

"Yang itu aku akan uruskan" Sofea tersenyum dan bangun dari tempat duduknya.

"Haaaa kalau lah aku fikirkan plan ni dari awal kan best.. Tambah pulak jumpa orang macam Ariq Aryan tu" Sofea gelak dan memusing ke arah Ezio.

"Ezio, aku akan pastikan benda ni berjalan dengan lancar macam air yang tenang"

___________

Tbc

Istana Pemberian Tuhan  [OG]Where stories live. Discover now