Hampa.
Itu lah orang cakap, jangan terlalu berharap nanti akan di kecewakan.
"Haih muram ja dari tadi. Kecewa ke sebab aku yang muncul dan bukan Fayyad" Ariq merenung wajah si gadis kecil ini yang dari tadi muram dan tidak bersuara langsung sejak dia menjemputnya dari rumah.
"Tak da lah. Dah jom pergi kedai popular. Aku nak beli novel" Qasrina terus mencepatkan langkahnya terus ke kedai tersebut.
Melangkah masuk saja ke kedai Popular tersebut, terus riak muka Qasrina berubah menjadi ceria. Dia sukakan tempat ini. Tempat ini bagaikan syurga baginya setelah perpustakaan. Dia terus pergi memilih novel yang hendak dibeli. Ariq yang dibelakangnga hanya mampu tersenyum. Sekurangnya mood gadis itu sudah berubah. Dia mengeluarkan telefonnya dan mengambil gambar gadis itu secara senyap tanpa pengetahuannya. Dia mengambil gambar dengan banyak.
Qasrina yang memegang dua buah novel buntu mahu beli yang mana. Bukan apa, duit dia perlu berjimat tidak boleh boros, dia bukannya kaya sangat. Kalau dia kaya memang satu rak novel ini dia borong semua.
"Kenapa ni?" suara menyapa dirinya dari belakang. Dia pun sudah lupa kewujudan tentang lelaki ini. Itu lah, bila sudah banyak novel di hadapannya, memang menjadi rambang mata dan lupa semua perkara.
"Ni ha aku tak tahu nak pilih mana satu" Qasrina menunjukkan kedua buah novel tersebut.
"Sini aku check" Ariq mengambil kedua novel dan membelek novel tersebut.
"Kau beli la dua-dua ni terus. Senang."
"Aku nak berjimat"
"Ni je kan?" Ariq melihatnya. Qasrina hanya mengangguk
"Aku bayarkan" terus saja Ariq membawa novel itu ke kaunter bayaran dan membayar.
"oi oi aku ada duit lah. Aku boleh bayar sendiri" Qasrina memengang lengan baju lelaki itu, menghalang dari membayarnya. Tapi lelaki itu sudah habis membayarnya.
"Bukan selalu aku bayarkan" Ariq memegang plastik novel tersebut dihadapan Qasrina. Qasrina terus mengambilnya.
"terima kasih"
Ariq tersenyum. Sekurangnya dia dapat memberikan apa yang gadis itu suka.
"Mekdi?"
"Kepci"
"okey jom"
Mereka berdua pun mula beredar.
***
Fayyad melihat dokumen-dokumen yang berselerak di atas mejanya. Dia memicit kepalanya. Pening.
Tiba-tiba seseorang mengetuk pintunya.
"Masuk"
Pintu office dibuka dan terlihat seorang wanita dalam usia 50-an memasuki ruangan tersebut.
"Oh mama, tak pernah-pernah mama datang office yad, duduk la dulu" Fayyad melihat mamanya.Datin Ummi Safiah. Pelik. Walaupun ada hal penting, selalunya mamanya akan tunggu sahaja dirumah.
"Saja.. Nak melawat anak bongsu mama ni...Kenapa? tak boleh ke?"
Muka Fayyad bertambah lagi kerutan. Bukan dia tak nak percaya tapi melihat gaya mamanya yang tersenyum itu buat dia rasa pelik. Senyuman itu seperti senyuman yang mempunyai maksud yang tersirat.
"Yad tahu mama menipu..Ha apa mama nak cakapkan?"
Senyuman wajah mamanya makin kian melebar.
"Tadi mama pergi shopping, terserempak pulak dengan Qasrina, kitorang ada la sembang sikit"
YOU ARE READING
Istana Pemberian Tuhan [OG]
General FictionQasrina Mikayla, seorang gadis biasa yang menyukai seseorang bertahun lamanya. Berapa lama? rasanya sudah 20 tahun lebih gadis itu menyukainya. Move on? Tak pernah terdetik langsung di hati gadis tersebut untuk move on. Dia amat menyukainya tapi Tuh...