Bab 10

212 13 11
                                    

"Saya tak sangka yang awak sanggup datang sini semata nak jumpa saya"

Ariq tersenyum manis di hadapan gadis yang dia cintai walaupun dia tahu apa niat sebenar disebalik kedatangan gadis tersebut.

"Awak? Sejak bila kau pandai berawak saya dengan aku riq?"

"Sejak kita sah bertunang dan tak lama lagi inshaallah dengan izin Allah kita akan sah menjadi suami istri" sekali lagi Ariq tersenyum lebar menampakkan giginya yang cantik tersusun rapi.

"Kenapa tak bagitahu awal-awal?" Mata Qasrina memandang tepat anak mata hitam Ariq.

"Kalau saya bagitahu awal-awal, awak nak ke terima saya? Mesti tak kan? Sebab awak cintakan Fayyad lebih dari saya"

"Pembetulan, aku tak pernah cintakan kau, jadi tak da istilah aku cintakan Fayyad lebih dari kau sebab aku memang anggap kau sebagai kawan aku sendiri dan tak lebih dari tu."

Ariq menunduk, hanya mampu paparkan senyuman pahit. Sakit tapi apa dia boleh buat? Dia hanya mampu berdiam diri dan menelan segala kepahitan tersebut.

"Putus tunang"

Senyuman Ariq tadi terus mati. Yang pahit tadi terus berasa racun. Dia memandang kembali Qasrina. Adakah gadis ini telah fikir masak-masak apa yang dia cakapkan?

"Walaupun selama ni saya selalu turut saja apa yang awak cakapkan, maaf tapi kalini saya tak boleh nak turut."

"Putus tunang atau aku akan lari waktu kita akad nikah nanti"

Ariq kembali merenung dalam ke arah mata Qasrina. Gilakah dia sampai sanggup buat begitu? Benci sangatkah gadis itu terhadapnya?

"Qasrina...Awak penat ni, awak balik rehat nak?" pujuk Ariq sambil senyuman palsu dipapar.

"No. Aku nak kita putus tunang"

Ariq mengetap bibirnya. Kenapa? Apa kurangnya dia berbanding Fayyad? Dia tak cukup layakkah untuk menjadi suami buat gadis itu?

"Eh situ ada aiskrim lah, jom pergi beli. Kau kan suka aiskrim" Ariq terus mengubah topik. Dia tak mahu topik ini berlarutan. Dia takut. Dia takut yang dia akan kehilangan Qasrina. Ugutan gadis tadi pun dia abaikan kerana dia tahu yang gadis itu takkan berani lakukan.

Kerana gadis itu takutkan ayahnya. Jadi perbuatan melarikan diri itu adalah perkara gila yang boleh menjatuhkan maruah dan menaikkan amarah ayahnya, silap hari bulan, dihalau rumah terus. Jadi tak mungkin gadis itu akan melakukannya.

"Ariq Aryan! Dengar tak apa aku cakapkan ni!" Jerit Qasrina dari jauh.

"Ha?? Kau nak aiskrim kon dua?? Okay!" Ariq terus memalaunya dan berjalan ke motor aiskrim. Mau beli aiskrim buat buah hati!

******

Ting!

Sofea membuka pesanan mesej yang baru sahaja diterimanya. Dia tersenyum. Mesej tersebut menunjukkan gambar Ariq yang sedang membeli aiskrim di tepi pantai.

'Goodjob Ezio'

Dia terus menyimpan telefonnya ke dalam beg tangannya dan segera keluar dari biliknya itu. Mahu jumpa si heronya!

******

"Aku dah cakap aku tak nak aiskrim kan!"

"Awak cakap tak nak tapi tetap pegang jugak aiskrim kat tangan awak tu!"

Qasrina menjeling. Nak buat macam mana, Ariq beli aiskrim kesukaannya. Orang cakap rezeki jangan ditolak!

"Tapi kau beli tiga dah kenapa? Aku ni datang jauh jauh untuk bincang pasal pertunangan ni tau tapi kau-"

Istana Pemberian Tuhan  [OG]Where stories live. Discover now