Bab 15

183 14 0
                                    


"Eh lepas ni kena pergi makmal kan?" Soal Muna.

"Serious talk kerja aku tak siap lagi sebab aku nak tiru Rina kejap lagi" balas Isya.

"Sama, eh tu Rina. Panjang umur."

"AHHHHH!" 

Puk!

Muna dan Isya tergamam apabila mereka berdua melihat Qasrina ditolak jatuh dari tangga. Mereka berdua bergegas pergi ke Qasrina untuk menolongnya.

"Rina!"

Muna melihat siapa yang ditangga ketika itu, mahu lihat siapa dalangnya dan dalangnya adalah

Puteri.

Muna senyum sinis. Tidak pelik kalau Puteri yang menolaknya Qasrina jatuh dari tangga. 

"Rina?! Kau okey ke?!" Seseorang dari atas terus menurun ke bawah melihat Qasrina. "Tak apa Ariq. Aku okey. Aku jatuh tangga tak tinggi mana pun" Balas Qasrina sambil memegang pergelangan kakinya.

Muna lihat ke arah Qasrina lalu ke Puteri semula. Dengan pantas Muna menampar Puteri sekuat hati. Sungguh dia marah sekarang. Mentang-mentang kawannya itu sejenis tidak mudah melenting, boleh ambik kesempatan?

"Eh kau ni pompuan memang tak puas hati dengan Qasrina ke?! Kau jealous ngan dia sebab dia rapat dengan Fayyad ke?! Perlu ke tolak? Tak boleh berbincang dengan baik?!" Hembur Muna di hadapan Puteri.

Puteri hanya tergamam. Masih terkejut.

Ramai terpusu-pusu keluar dari kelas masing-masing, turun tangga untuk melihat kejadian termasuklah Fayyad.

"Isya, kau tolong aku bawak Qasrina ke bilik rawatan" 

Isya memegang bahu Qasrina untuk menolongnya berdiri dan ditolongi oleh Ariq juga untuk memimpin Qasrina ke Bilik Kesihatan.

"Eh ni  nasib tolak jatuh tangga! Kalau jatuh banggunan?? Kau boleh jadi pembunuh terus!" Muna terus menghembur Puteri tanpa henti.

"Kalau macam ni perangai kau, Fayyad pun tak ingin! Entah entah minta putus terus!" semburnya lagi.

Sejurus sahaja muna berkata begitu, semua orang memandang ke arah Fayyad. Fayyad hanya mengeluh dan terus beransur pergi ke bilik rawatan mengikut Ariq, Qasrina dan Isya.

"Ku tengok? Fayyad pun-"

"Apa bising-bising ni?" 

Hamunan Muna terhenti, murid-murid yang berada disitu terus berlari bertempiaran apabila melihat guru dispilin yang menegur sekaligus memberhentikan pergaduhan disitu.

"Apa jadi ni?" Soal guru disiplin.

"Puteri tolak Qasrina jatuh tangga cikgu."

Puter melihat ke arah Muna dan ke arah guru disiplin sambil menggeleng kepalanya.

"T-tak..Ni salah faham cikgu!"

"Saya saksinya cikgu!"

Guru disipilin memandang keduanya bersilih ganti.

"Puteri Muna, ikut saya ke pejabat saya"

******

"Termenung sampai mana dah tu?" 

Suara Ariq mematikan lamunan Qasrina. Terus Qasrina mengambil bubur di atas meja ingin menyuap Ariq.

"Elelelele mesti tengah termenung teringat muka aku waktu aku remaja lagi masa tu kan?"

Istana Pemberian Tuhan  [OG]Where stories live. Discover now