Bab 21

157 9 0
                                    

Qasrina melangkah masuk ke dalam bilik dan melihat Ariq sedang sibuk mengemas barang-barangnya ke dalam kotak. Mereka perlu bersiap untuk berpindah ke rumah baru esok selepas majlis bersanding. Tanpa berkata apa-apa, Qasrina duduk di sebelah Ariq di atas katil, mengambil alih tugas mengemas dengan gerakan yang tenang dan teratur.

Ariq terkejut sejenak dengan tindakan Qasrina yang tiba-tiba, tetapi dia membiarkan sahaja tanpa membantah.

"Tak apa, biar aku tolong, kau dah tolong angkat barang aku kan tadi" Qasrina berkata dengan lembut sambil mengemas barang-barang Ariq, menyusunnya dengan teliti ke dalam kotak.

Ariq hanya mengangguk perlahan, membiarkan Qasrina mengambil alih. Namun, jauh di dalam hati, Ariq tidak dapat menahan perasaan bahagia kecil yang timbul melihat Qasrina turut serta dalam menguruskan barang-barang mereka.

Qasrina sedang sibuk menyusun barang-barang ke dalam kotak apabila dia tiba-tiba merasakan pelukan hangat di pinggangnya. Ariq memeluknya dari belakang, meletakkan kepalanya di bahu Qasrina dengan lembut. Sentuhan itu membuatkan Qasrina terdiam seketika, jantungnya berdegup sedikit lebih laju. Dalam seumur hidupnya tiada siapa yang memeluk dirinya seperti itu.

"Terima kasih." bisik Ariq, suaranya lembut dan penuh rasa syukur. Qasrina dapat merasakan keikhlasan dalam setiap kata-kata Ariq, tetapi dia hanya membisu, tidak tahu bagaimana hendak membalasnya.

"Barang awak, saya bawak keluar sama untuk simpan kat sini supaya nanti kita balik tak ada la kena angkut banyak sangat, ataupun tak yah bawak barang langsung." kata Ariq lagi.

Qasrina hanya mendiamkan diri, membiarkan Ariq terus memeluknya.

Ariq mengeratkan sedikit pelukannya, membiarkan kehangatan antara mereka mengisi ruang yang sepi.

"Sayang," dia memanggil dengan suara lembut, kepala masih terletak di bahu Qasrina. Qasrina hanya meneruskan kerjanya, menghiraukan Ariq.

Ariq kemudian memberikan ciuman lembut di belakang kepala Qasrina yang masih bertudung. Ciuman itu terasa lembut, penuh kasih sayang, membuatkan Qasrina semakin tersentuh.

"Sayang... Boleh tak nanti jangan panggil kau aku dah? Atleast saya awak pun dah okey. Nanti tak sedap lah kalau ibu abah dengar awak panggil kau aku ja.." tegur Ariq dengan lembut.

Tangan Qasrina berhenti bekerja, dan dia menoleh perlahan ke arah kepala Ariq yang masih bersandar di bahunya. Wajah mereka hanya beberapa inci sahaja dari satu sama lain, menyebabkan debaran di dada Qasrina semakin kuat. Apabila matanya bertemu dengan pandangan Ariq, Qasrina cepat-cepat mengalih pandangannya ke arah lain, cuba menahan perasaan yang berkecamuk dalam dirinya.

"Ehemm... Ibu suruh kau- maksud aku..." Qasrina menetap bibirnya sebelum meneruskan kata-katanya.

"Ibu suruh awak turun minum air teh, saya lupa nak bagitahu tadi."

Ariq tersenyum bahagia. Dia masih memeluk Qasrina dengan lembut, merasakan kehangatan yang tercipta antara mereka. Setelah beberapa saat, dia perlahan-lahan melonggarkan pelukannya dan berkata dengan suara lembut,

"Jom, kita minum teh sama-sama."

Tanpa melepaskan pegangannya, Ariq perlahan-lahan membantu Qasrina bangun dari katil dan memimpinnya keluar dari bilik.

******

Di bilik hotel, Amir, Thaqif, dan Zakwan duduk santai sambil menikmati minuman panas setelah menghadiri majlis akad nikah Ariq dan Qasrina. Mereka baru sahaja mula bercakap tentang apa yang mereka lihat.

"Tak sangka, Ariq akhirnya jadi suami orang," kata Amir sambil tersenyum.

"Tapi aku perasan, Qasrina nampak macam... tak berapa ceria, kan? Macam ada yang tak kena." sambungnya lagi.

"Betul. Senyum dia tu macam senyuman yang terpaksa. Mungkin dia risau tentang apa yang akan datang lepas ni," kata Thaqif sambil mengangguk kepala menandakan dia setuju apa yang dicakapkan oleh Amir itu.

 "Mungkin dia baru sedar yang Ariq ni jenis tak suka lipat baju. Nampak macam dia dah bersedia nak jadi suami, tapi baju selalu bersepah." kata Amir sambil tersengih nakal.

"Ha, betul tu! Ingat tak masa kat kem dulu, Ariq lipat baju macam buat sandwich? Semua baju ada dalam satu timbunan, tak kisah seluar dengan baju sekali." Zakwan tergelak, menepuk bahu Thaqif.

"Bayangkan Qasrina masuk bilik lepas ni, tengok almari baju Ariq. Habis, semua baju campur macam bubur. Mungkin dia fikir, 'Aku nak kahwin dengan orang ni ke?' ahahahaha" sambung Amir sambil ketawa terbahak-bahak.

"Kita kena buat video tutorial cara simpan baju yang dah lipat untuk Ariq. Kalau tak, alamatnya Qasrina tiap hari lah bebel dekat Ariq nanti." cadang Thaqif.

Zakwan tersenyum, "Atau mungkin, dia patut terus serah tugas lipat baju tu pada Qasrina. Bagitahu je, 'Sayang, lipat baju ni adalah seni, dan awaklah artisnya.'"

Mereka bertiga ketawa terbahak-bahak, membayangkan situasi yang lucu itu.

"Ataupun mungkin Qasrina baru tahu yang Ariq ni ada satu tabiat yang dia suka bercerita sebelum tidur." Thaqif menambah idea lucunya.

"Bayangkan malam pertama mereka, Ariq mula bercerita tentang hari dia ke kedai, lalu cerita dengan penuh detail setiap barang yang dia beli. Dan lepas tu, dia tanya Qasrina, 'Apa pendapat awak tentang jenis beras ni?'" sambung Thaqif lagi sambil ketawa tak henti-henti.

 "Hahaha, pasti Qasrina terkejut bila malam pertama bukan tentang bulan madu, tapi tentang 'harga beras'." Amir ketawa besar.

"Dan Qasrina mungkin terpaksa tunjukkan minat dengan jadi penilai makanan atau barang runcit, 'Hmm, beras ni memang berkualiti, sayang.'" tambah Zakwan dengan tawanya.

"Dan bila pagi esok, Qasrina dah bersedia dengan 'penilaian' untuk barang runcit, takut malam nanti Ariq bercerita tentang beli barang baru lagi!" sambung Thaqif.

Mereka bertiga ketawa terbahak-bahak, membayangkan betapa kelakarnya situasi itu. Walaupun penuh dengan gurauan, mereka tetap berharap Ariq dan Qasrina akan dapat menikmati perkahwinan mereka dengan bahagia, walaupun mungkin ada cerita-cerita yang tak dijangka!

___________

Terima Kasih yang sudi baca dan komen^^

Tbc


Istana Pemberian Tuhan  [OG]Where stories live. Discover now