"Welcome to my apartment my lady~"
"Thanks, Ezio." Qasrina melangkah masuk ke apartment Ezio tersebut.
"I wasn't expecting you to be the one to call me first. It's surprising that you asked me to pick you up from your home while your husband is there too." Ezio turut melangkah masuk ke apartmentnya dan merebahkan dirinya di sofa.
Ezio melebarkan tangannya di atas bahu sofa, mata tajamnya memandang ke arah sebelah dengan isyarat halus, seolah-olah mengajak Qasrina duduk di sebelahnya. Senyum tipis terukir di wajahnya, penuh keyakinan, seakan-akan dia tahu Qasrina tidak akan menolak pelawaan itu.
Qasrina hanya menurut, duduk di sebelah Ezio tanpa berkata apa-apa. Ezio tersenyum lebar, tangannya perlahan-lahan menyentuh bahu Qasrina, menariknya lebih dekat. Dia memandang Qasrina dengan tatapan yang sukar dibaca.
"So, apa yang kau nak buat sekarang... hm?" kata Ezio sambil memandang Qasrina dengan senyuman penuh muslihat, sementara Qasrina menghela nafas panjang, merasakan tekanan yang semakin menghimpit dirinya.
"Aku tak tahu." Qasrina mengeluh.
"Apa kata hari ni kau stay dekat sini ja? Jangan balik." cadang Ezio.
"Tak boleh." Qasrina menggeleng.
"Why?"
"Nanti Ariq mesti pelik kenapa aku tak balik, lepas tu kalau dia rasa curiga macam mana?" jawab Qasrina.
"Okay if you say so..."
"By the way you look so beautiful... I wonder how you look like without.."Ezio menghentikan kata-katanya sejenak, tangannya bermain dengan tudung shawl yang dipakai Qasrina.
"Without what?" Qasrina bertanya dengan tegas, memandangnya dengan mata tajam. Dia segera menarik shawlnya, menjauh dari tangan Ezio.
"Tak ada apa-apa..." Kata Ezio, matanya masih tidak lepas dari wajah Qasrina.
"Better kau tolong aku fikir lagi bagus.. Otak aku dah start serabut." Qasrina merengus. Masih memikirkan macam mana dia nak dapatkan kebenaran Ariq? Kalau Ariq tak bagi sudah semestinya Fayyad turut tak benarkan dia bekerja disitu juga.
"Serabut? Why not kita tenangkan fikiran dengan sedikit have 'fun'?" senyuman sinis Ezio kian melebar.
Qasrina memandang tajam ke arah Ezio, cuba membaca niat di sebalik senyumannya.
"Wanna have some drinks?" Ezio menambah, seolah-olah ajakan itu perkara paling biasa di dunia.
******
Jam dinding berdetik, menunjukkan sudah pukul 11 malam. Ariq duduk di sofa sambil menonton TV, tetapi tumpuannya sering terganggu. Matanya berulang kali melirik ke arah pintu rumah, hatinya terasa resah. Qasrina masih belum pulang.
Dia sudah bertanya kepada Fayyad dan Aisyah, namun kedua-duanya juga tidak tahu di mana Qasrina berada. Semakin lama, perasaan gelisah dalam diri Ariq makin memuncak. Dia mencapai telefon, melihat deretan mesej yang telah dihantarnya, tiada satu pun yang dibalas. Panggilannya juga langsung tidak diangkat.
Setelah lama menunggu akhirnya kedengaran bunyi enjin kereta yang berhenti di luar pagar rumah membuatkan Ariq tersentak. Dia segera melangkah ke tingkap, menarik tirai sedikit dan mengintai keluar. Dari celah tirai itu, dia melihat sebuah kereta yang dikenali, kereta yang sama yang mengambil Qasrina petang tadi. Pintu sebelah penumpang terbuka.
Kelibat Qasrina keluar dari kereta, wajahnya tenang seperti tiada apa-apa. Dia menyandang beg tangan di bahu dan melangkah perlahan menuju ke pintu pagar. Ariq memperhatikan setiap gerak-gerinya, tetapi pandangannya beralih ke arah pemandu yang masih berada di dalam kereta. Siapa dia? Hatinya berdebar-debar, namun dia cuba menahan diri daripada terburu-buru membuat kesimpulan.
Qasrina menutup pintu pagar dengan perlahan, tanpa sedar bahawa Ariq sedang memerhatikannya dari tingkap.
Setelah Qasrina masuk, baru kereta itu perlahan-lahan berlalu pergi.
Qasrina menarik nafas panjang, melangkah masuk ke dalam rumah. Dia masih tidak menyedari kehadiran Ariq yang sedang berdiri di tepi tingkap berdekatan pintu.
Baru sahaja Qasrina ingin melangkah tiba-tiba suara Ariq memeranjatkannya.
"Pergi mana?"
"Eh, Ariq. Awak belum tidur lagi?" Qasrina menoleh untuk memandang Ariq.
"Pergi mana? Siapa yang hantar tadi?" soal Ariq dengan nadanya yang lebih tegas.
Qasrina merengus, hatinya berasa panas. Dia hanya menjeling Ariq, tidak berminat untuk melayan soalannya. Tanpa sepatah kata, dia terus melangkah menuju ke bilik, membiarkan Ariq berdiri dengan tanda soal di wajahnya.
Ariq garu kepalanya yang tak gatal dengan kasar, perasaan gelisah mula menjalar. Dia mengeluh kuat, seolah-olah cuba melepaskan beban di dadanya, sebelum mengikut Qasrina ke dalam bilik. Setibanya di pintu bilik, dia melihat Qasrina sedang membuka tudungnya dengan santai dan baring di atas katil tanpa sedikit pun memandang ke arah Ariq.
Ariq menarik nafas dalam-dalam, cuba untuk mengawal nada suaranya agar tidak terdengar terlalu mendesak. Dia tahu, jika dia terlalu menekan, Qasrina mungkin akan semakin menjauh. Dengan langkah perlahan, dia mendekati katil di mana Qasrina berbaring, namun dia tetap menjaga jarak.
"Sayang... Saya tanya ni... Awak pergi mana tadi? Dan dengan siapa?" Ariq menyoalnya lagi sekali.
Qasrina hanya diam. Matanya fokus menatap skrin telefonnya itu, seolah-olah tidak mendengar soalan Ariq. Tiada riak wajah yang menunjukkan dia akan memberi jawapan, dan suasana semakin tegang.
Ariq menghela nafas panjang, menahan rasa frustrasinya.
"Saya bukan nak cari gaduh... Saya cuma risau. Tolonglah..." nada suara Ariq hampir merayu, berharap Qasrina akan membuka mulut. Tapi Qasrina masih tidak memberi sebarang reaksi, malah hanya mengalihkan badannya, membelakangi Ariq.
Akhirnya Ariq mengambil langkah drastik. Dia berjalan menuju ke Qasrina yang masih diam membisu. Dengan pantas, dia mengambil telefon Qasrina membuatkan Qasrina bangun dari baringannya.
"Ariq, apa yang kau buat ni?!" suara Qasrina meninggi, jelas sekali tidak menyangka Ariq akan bertindak begitu.
"Awak masih marah sebab hal Fayyad tu ke?" soal Ariq cuba memahami perasaan Qasrina.
"Kalau dah tahu tanya lagi." jawab Qasrina sambil menjeling, wajahnya jelas menunjukkan rasa tidak puas hati. Dia memalingkan wajah, enggan memandang Ariq.
Ariq mengeluh perlahan dan duduk di sebelah Qasrina. Dia memegang tangan Qasrina dengan lembut, mengusapnya, cuba menenangkan perasaan yang kian tegang.
"Kalau macam tu...Baiklah.. Awak boleh kerja sebagai PA fayyad.. Saya benarkan.." kata Ariq dengan suara yang tenang, walaupun di dalam hatinya dia ingin mengatakan sebaliknya. Namun, dia tidak mahu hubungan mereka semakin keruh hanya kerana hal kecil ini.
Qasrina tiba-tiba berubah riak wajah. Dia menoleh memandang Ariq dengan rasa terkejut, seolah-olah tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya.
"Betul ni?"
Ariq mengangguk perlahan, cuba tersenyum walaupun hatinya terasa pedih. Pedih apabila hanya nama lelaki lain yang dapat mengembirakan isterinya itu.
Melihat anggukan itu, senyuman lebar terukir di wajah Qasrina. Dia langsung memeluk Ariq dengan penuh kegembiraan, secara drastik dan tanpa berfikir panjang.
"Terima kasih Ariq!" suaranya ceria, penuh dengan kegembiraan yang tulus.
Ariq hanya tersenyum, walaupun di dalam, hatinya berasa pedih. Dia membalas pelukan dan mengusap lembut kepala Qasrina, cuba menenangkan perasaannya sendiri.
"Sama-sama sayang... Nanti saya cakap dengan Fayyad ya?"
Qasrina mengangguk dengan penuh semangat, masih memeluk Ariq dengan erat.
___________
Cukup 10 vote saya update next chapter hehe👀
Tbc
YOU ARE READING
Istana Pemberian Tuhan [OG]
General FictionQasrina Mikayla, seorang gadis biasa yang menyukai seseorang bertahun lamanya. Berapa lama? rasanya sudah 20 tahun lebih gadis itu menyukainya. Move on? Tak pernah terdetik langsung di hati gadis tersebut untuk move on. Dia amat menyukainya tapi Tuh...