Bab 20

160 9 0
                                    

Akhirnya hari yang dinantikan tiba. Pagi yang tenang di dalam masjid yang suci, Ariq duduk di hadapan tok kadi, menghela nafas panjang sebelum lafaz akad keluar dari bibirnya.

Di belakangnya sedikit, Qasrina duduk dengan wajah yang sukar dibaca. Jari-jemarinya terasa dingin walaupun debaran di dadanya semakin kuat. Cahaya matahari yang menembusi tingkap masjid menerangi wajahnya, namun ia tidak mampu menghilangkan resah yang bermaharajalela di hatinya. Pandangannya sekali-sekala tertumpu kepada Fayyad, yang menjadi salah seorang saksi di hadapan tok kadi, berada di sisi Ariq.

"Ariq Aryan bin Mohd Fauzi, aku nikahkan dikau dengan Qasrina Mikayla binti Arman Idris dengan mas kahwinnya dua ribu lima ratus ringgit dan senaskah Al-Quran tunai." lafaz tok kadi dengan tenang, suara bergema lembut di dalam masjid.

Ariq mengangguk sedikit, memandang ke hadapan dengan penuh fokus. Dengan suara yang jelas, dia mengucapkan.

"Aku terima nikahnya Qasrina Mikayla binti Arman Idris dengan mas kahwinnya dua ribu lima ratus ringgit dan senaskah Al-Quran tunai."

Suasana dalam masjid sejenak sunyi, seolah-olah seluruh dunia terhenti menunggu pengesahan lafaz itu. Tok kadi menoleh kepada para saksi yang berada di situ dan bertanya,

"Sah?"

"Sah."

Saksi-saksi itu mengangguk, termasuk Fayyad, yang hanya mampu menundukkan wajahnya seketika sebelum menjawab. Tidak menyangka rakannya yang dia membesar bersama kini telah sah menjadi suami orang dan akan memikul tanggungjawab yang lebih besar.

Dengan itu, lafaz yang diucapkan Ariq disahkan. Qasrina menarik nafas dalam-dalam, cuba menyembunyikan perasaan sebenar yang berkecamuk di dalam hatinya. Dia perlahan-lahan mengangkat wajahnya, memberikan senyuman kepada Ariq, tetapi senyuman itu hanyalah topeng untuk menutup kekecewaannya

"Ya... kita sah," ucapnya dengan nada yang hampir tidak berperasaan.

Ariq, yang tidak menyedari apa-apa, membalas senyuman itu dengan penuh rasa syukur.

Namun, di sudut hati Qasrina, hanya mampu memikirkan Fayyad, yang menyaksikan detik yang sepatutnya menjadi antara yang paling bahagia dalam hidupnya.

Di dalam masjid yang suci itu, perasaan yang tidak terungkap terus membelenggu hati Qasrina, menjadikan hari yang penuh berkat ini juga penuh dengan kekeliruan.

Selepas akad nikah, suasana di masjid perlahan-lahan bertukar menjadi lebih santai. Semua mata kini tertumpu pada pasangan pengantin baru, Qasrina dan Ariq, yang diminta untuk mengambil gambar perkahwinan. Walaupun semua orang di sekeliling mereka tersenyum, hati Qasrina berdebar tidak menentu.

"Okey, boleh rapat sikit. Qasrina, pandang ke arah Ariq, ya?" arah jurugambar tersebut kepada mereka berdua.

Qasrina berdiri kaku seketika sebelum melangkah sedikit ke sisi Ariq. Rasa canggungnya semakin membesar. Dia cuba untuk menyembunyikan perasaannya di sebalik senyuman tipis yang dipaksakan, tetapi wajahnya jelas tidak setenang seperti yang dia harapkan.

"Pandang sini, ya! Satu... dua... senyum!" Jurugambar menekan butang pengatup, merakam gambar yang tampak indah di luar, tetapi jauh di dalam hati Qasrina, senyuman itu hanyalah topeng.

Ariq memandang Qasrina dengan penuh kasih sayang. Matanya memancarkan perasaan cinta yang mendalam, perasaan yang dia simpan sejak sekian lama. Dia berharap dapat melihat sinar bahagia di mata Qasrina, tetapi yang dia temui hanyalah kekosongan yang menyakitkan hati. Namun, dia tidak menyerah, tetap memberikan senyuman yang paling ikhlas.

"Its okay sayang, dont be nervous. Ingat, saya sentiasa ada dengan awak" bisik Ariq di telinga Qasrina.

Ariq cuba untuk membuat Qasrina selesa, tetapi setiap kali matanya memandang ke wajah Qasrina, dia dapat merasakan tembok yang memisahkan mereka. Namun, cinta yang mendalam dalam dirinya tidak pernah pudar, malah semakin kuat.

"Bagus, sekarang cuba pandang ke arah satu sama lain," jurugambar memberi arahan seterusnya.

Ariq meletakkan tangannya di pinggang Qasrina dengan lembut.

Ketika jurugambar mengarahkan mereka untuk memandang ke arah satu sama lain, Qasrina tidak dapat menahan diri untuk tidak memandang ke arah Fayyad yang berdiri di suatu sudut sedang berbual dengan kawan-kawannya yang hadir.

Ariq menyedari bahawa pandangan Qasrina teralih ke arah Fayyad. Dia dapat merasakan rasa sakit di dalam hatinya semakin mendalam. Ariq tahu bahawa Qasrina masih mempunyai perasaan terhadap Fayyad, dan melihat mereka bertentangan mata seperti itu membuatkan dia merasa seperti terpinggir dalam hari bahagianya sendiri.

Jurugambar terus mengambil gambar, tetapi Ariq merasa beban yang berat di bahunya. Dia berharap Qasrina akan melihat kepadanya dengan lebih banyak kasih sayang, tetapi setiap kali pandangannya bertemu dengan mata Qasrina, dia hanya melihat kekosongan yang tidak dapat diubah.

'Tak pa Ariq, dia dah jadi isteri kau yang sah. Kau tak perlu takut lagi' gumamnya dalam hati.

Ariq berusaha sekuat hati untuk menjaga senyuman dan menunjukkan sikap positif, walaupun dia tahu bahawa hari bahagianya mungkin tidak seperti yang dia impikan.

******

Selepas majlis akad nikah, Qasrina mengikut Ariq balik ke rumah ibu bapanya iaitu Puan hanaziah dan Tuan Fauzi. Rumah ibu bapa Ariq tidaklah jauh mana dengan rumah ibu bapanya. Waktu sekolah dulu pun dia sering juga datang ke singgah ke rumah Ariq sebab berdekatan dengan rumah Fayyad juga.

"Sayang duduk la kat sofa dulu, biar saya yang angkat semua barang masuk bilik ya?" kata Ariq yang mengangkut beg dan membawa bagasi Qasrina masuk ke rumah.

Mereka berdua balik ke rumah ayah Qasrina terlebih dahulu untuk membawa barang Qasrina balik ke rumahnya. 

Qasrina hanya mengangguk perlahan, matanya menunduk, dan membiarkan Ariq berlalu pergi menuju ke tingkat atas, di mana bilik mereka berdua terletak. Dia masih berdiri di situ, tenggelam dalam perasaan yang bercampur-baur, sebelum ada suara yang menyapa dirinya dari belakang.

"Rina haus ke? Nak air teh ? Biar Ibu buat okey?" sapa Puan Hanaziah dengan begitu mesra sebelum dia  bergerak ke dapur.

"Qasrina" suara garau yang muncul dari belakang membuatkan Qasrina menoleh, iainya ayah Ariq, Tuan Fauzi.

"Abah bersyukur Rina tetap boleh terima Ariq walaupun sebenarnya-"

"Walaupun sebenarnya uncle ada buat salah?" kata-kata Tuan Fauzi dipotong oleh Qasrina.

"Abah ingat Rina terima Ariq sebab Rina dah lupakan semua tu"

"Mudah ja cakap kan? Ingat senang ke nak maafkan orang? nak lupakan semua benda tu heh?" jawab Qasrina dengan sinis.

"Tapi benda tu dah lama Rina, semua dah ada kehidupan masing-masing termasuk-"

"Rinaa! Boleh panggil Ariq turun minum sekali??" suara lantang Puan Hanaziah yang dari dapur itu memberhentikan perbualan mereka berdua. 

"Jangan kacau urusan Rina dengan Ariq kalau uncle nak kekalkan hubungan uncle dengan aunty bahagia ya, abah." kata Qasrina dengan nada tegas, menekan perkataan 'Abah' sebagai penegasan. Selepas itu, dia melangkah dengan penuh keyakinan menaiki tangga ke tingkat atas, meninggalkan Tuan Fauzi terpaku dengan kata-katanya.

___________

oppss apa hubungan Qasrina ngan ayah ariq ni?? Happy reading guys^^ Jangan lupa vote dengan comment

Tbc

Istana Pemberian Tuhan  [OG]Where stories live. Discover now