'Tak.. Tak mungkin....'
Ariq berjalan dengan perlahan. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang. Satu persatu dia mengangkat langkahnya yang berat sehingga lah dia berhenti dan melihatnya ke bawah. Darah yang mengalir. Dia terus mengangkat mukanya. Dihadapannya ada..
mayat.
Mata dan tangannya jelas bergetar. Dia melihat mukanya mayat itu. Dia mengenalinya.
'Tak mungkin...' Nafasnya terasa berat seperti ada duri di dalam tekaknya yang membuatkan nafasnya terasa sakit dan perit.
"Zakwan..."
Ariq melihat sekeliling sehingga lah dia melihat dua tubuh badan yang tidak jauh dari mayatnya zakwan.
"Kapten Syafiq.. Thaqif.."
Tak mungkin...
"Ariq.. "
Dengan segera Ariq mengalih ke arah suara yang memanggilnya itu. Terlihat rakannya sedang berdiri tidak jauh darinya. Ariq cuba bangun dan mengapainya sebelum terlambat.
"Amir!"
"Maafkan aku Ariq.."
BANG!
Buk!
Belum sempat menggapai, tubuh badan Amir sudah rebah.
'Tak... Tak mungkin.. Satu squadnya sudah tiada..'
Ariq melihat keliling. Tubuh mayat rakan-rakannya dipandang satu persatu. Kenapa? Kenapa hanya dia seorang yang masih hidup? Pandangannya terhenti kepada suatu tempat. Ada orang disitu.
"Fayyad... Syukurlah kau-"
Kata-katanya terhenti apabila melihat seorang wanita bergaun putih memegang sejambak bunga berjalan dan berdiri di sebelah Fayyad.
"Qasrina.."
Qasrina memandang kearah Ariq beriringan dengan Fayyad. Dia tersenyum bahagia ke arahnya.
Seketika degupan jantung Ariq terasa laju. Senyuman itu nampak indah baginya.
"Kau nampak cantik Qas.."
BANG!
Tubuh Ariq rebah ke tanah. Dia memandang ke arah Qasrina dan Fayyad yang saling tersenyum. Sekurangnya dia dapat melihat Qasrina bahagia. Lama kelamaan pandangannya makin kabur, tubuhnya terasa sejuk. Akhirnya matanya tertutup.
******
Ariq membuka matanya. Dia terasa tangannya sedang mengenggam tangan seseorang.
"Err ya sayang?"
Ariq melihat gerangan tersebut.
Pang!
"ARIQ! KITORANG DATANG NAK MELA-"
Ariq melihat ke arah pintu yang terbukak luas.
"Amir, aku dah cakap behave mir, behave" Thaqif yang ingin memasuki ke bilik tersebut pun terhenti apabila Amir berhenti di pintu yang menghalang darinya masuk.
"Maaf ganggu moment korang.."
"KEPALA HOTAK KAU!"
"Ketepi sikit Amir" Thaqif menolak Amir dari menghalangnya masuk dan langkahnya terhenti dua gerangan dihadapan saling berpegangan tangan.
"Zakwan, sejak bila kau ikut perangai gay Amir ni?" soal Thaqif.
"Betul tu!"
Amir mengangguk angguk kepalanya bersetuju sebelum dia menyedarinya yang Thaqif memaksudkan bahawa dirinya songsang.
YOU ARE READING
Istana Pemberian Tuhan [OG]
General FictionQasrina Mikayla, seorang gadis biasa yang menyukai seseorang bertahun lamanya. Berapa lama? rasanya sudah 20 tahun lebih gadis itu menyukainya. Move on? Tak pernah terdetik langsung di hati gadis tersebut untuk move on. Dia amat menyukainya tapi Tuh...