Fayyad memegang dahinya. Merenung nasibnya yang baru sahaja menimpa. Tahun baru, kelas baru, kawan baru. Tapi ada yang lama iaitu
Qasrina Mikayla.
Entah bagaimana dia boleh sekelas lagi dengan Qasrina. Kalau sama sekolah, dia masih boleh menerimanya tetapi ini sekelas? Sebanyak 10 kelas yang ada di sekolah ni, dia masih boleh sekelas dengan Qasrina? Baru sahaja dia berharap dia tidak akan berjumpa dengan perempuan itu lagi.
"Emm awak?"
Fayyad mengangkat mukanya, siapa pula yang menganggunya ketika fikirannya tengah kusut ni?
"Kena-" kata-kata Fayyad terhenti apabila dia melihat wajah dihadapannya itu.
'Cantik'
Itu yang berada di dalam fikirannya tatkala dia melihat wajah gadis dihadapannya itu.
"Sebenarnya pen kawan saya jatuh tergolek dekat bawah kaki awak"
Fayyad melihat ke bawah, ada sebatang pen disebelah kakinya yang dia sendiri tak perasan bila masa pen itu bergolek ke kakinya. Terus dia mengambil pen tersebut lalu diberi kepada perempuan dihadapannya tadi.
"Oh sorry saya tak perasan" Fayyad memberikan senyuman kepadanya.
"Sokay, Thanks!" Baru sahaja perempuan itu ingin melangkah pergi, suara Fayyad memberhentikannya.
"Kita sekelas ke? and nama awak?"
Perempuan tersebut terus menoleh ke arah Fayyad kembali.
"Puteri and kita tak sekelas, saya cuma singgah kelas ni sebab nak berbual dengan kawan saya ja" Perempuan yang diberi nama Puteri itu membalas senyuman Fayyad dan terus pergi ke arah meja rakannya yang hanya selang 2 meja darinya.
Fayyad hanya melihat gelagatnya dari jauh yang sedang berbual mesra dengan kawan-kawannya itu sehingga la dia keluar dari kelas untuk pergi ke kelasnya.
Dari sudut lain, ada yang memerhatikan gelagat 'mesra' diorang dari jauh. Tiada sebaris senyuman langsung ketika itu.
"Rina, jom kita pergi koperasi nak?"
Qasrina melihat rakan barunya itu dan memberikan senyuman manis kepadanya.
"Oh- Boleh juga. Munaa jom pergi sekali" Qasrina melihat rakannya Muna.
"Ya jommm"
Selepas saja Muna memberikan jawapan, Qasrina berjalan di tengah antara dua rakannya itu dan merangkul lengan mereka berdua.
******
"Nah air marigold apple" Qasrina meletakkan air kotak di atas meja Fayyad.
"Kenapa tetiba?"
"Saja, tangan aku rasa gatal nak beli untuk kau jugak" Qasrina terus menarik kerusi kosong dihadapan Fayyad dan duduk.
"Ok Thanks" Fayyad terus mengambil dan membuka plastik strawnya lalu cucuk minuman tersebut dan meminumnya.
"Ariq sekolah dekat mana" Qasrina cuba membuka topik.
"Dia dapat sekolah menengah agama"
"Fulamak agama terus" Qasrina ketawa kecil.
"Nasib kita sekolah sekali tambah pulak sekelas pulak tu walaupun kau usaha rahsiakan sekolah mana kau pergi. Kalau dah jodoh tak kemana"
Fayyad hanya ketawa, tapi jelaslah yang ketawanya itu hanya dibuat buat.
Tidak jauh dari mereka berdua ada sekumpulan kawan kecil yang berkumpul untuk bercerita hal persekitaran mereka.
YOU ARE READING
Istana Pemberian Tuhan [OG]
General FictionQasrina Mikayla, seorang gadis biasa yang menyukai seseorang bertahun lamanya. Berapa lama? rasanya sudah 20 tahun lebih gadis itu menyukainya. Move on? Tak pernah terdetik langsung di hati gadis tersebut untuk move on. Dia amat menyukainya tapi Tuh...