"Dan awak..antara kita berdua, tak ada lagi istilah kawan. Awak dan saya adalah tunang dan bakal sah menjadi suami isteri tak lama lagi, faham?"
Qasrina memandang ke arah luar tingkap. Ayat yang Ariq katakan tadi masih bermain di dalam fikirannya. Jatuh hati? Tidak. Dia hanya memikirkan bagaimana mahu melepaskan diri daripada Ariq.
Ariq memang seorang yang baik. Tapi bukan untuk dirinya. Ariq memerlukan seseorang yang tulus mencintai dirinya seperti mana dia tulus mencintai orang itu.
"Jauh termenung" suara Ariq disebelahnya mematikan lamunan Qasrina. Dia kembali menghadap depan.
"Aku dah cakap aku boleh ja balik sendiri. Yang kau sibuk nak hantar aku balik kenapa? Kesian kereta aku kena sidai dekat situ" Qasrina menjeling. Selepas saja kejadian tadi, Ariq terus menarik tangan Qasrina dan menuju ke keretanya membawa dia pulang ke rumah penginapannya.
"Alahh kereta awak tu nanti saya suruh kawan saya bawak ke rumah awak lah. Cuma awak jangan lupa kasi kunci kereta la nanti." kata Ariq sambil mencuri lihat Qasrina yang berada di sebelahnya.
"And pasal Sofea tadi tu-"
"Aku tak kisah, kau nak ada scandal ke nak ada orang lain ke, nak pasang berapa banyak belakang aku pun, aku tak kisah. Yang pasti aku masih dengan pendirian aku. Aku tak nak teruskan pertunangan kita." Qasrina melihat Ariq.
"Aku merayu." sambungnya lagi.
Ariq terdiam. Untuk pertama kalinya Qasrina merayu kepadanya.
"Awak penat ni, awak tido dulu eh nanti sampai saya kejutkan awak." Ariq masih memaparkan senyuman manisnya. Mana tahu Qasrina berubah fikiran bila melihat senyuman manisnya.
"Saya masih cintakan Fayyad."
Serta merta senyuman Ariq tadi mati. Dia mengenggam stereng kereta tu kuat sehingga boleh menimbulkan urat-urat tangannya. Fayyad Fayyad Fayyad! Kenapa mesti Fayyad? Apa yang Fayyad buat sampai gadis ini tak nampak dirinya? Patut dia letak minyak pengasih kah baru si gadis ini memandang dirinya?
"Ariq.." Qasrina cuba memanggilnya tapi tiada sahutan dari Ariq.
Ariq masih mendiamkan dirinya.
"Ariq..."
"You better shut up, or I'll handle it myself." Ariq melihat Qasrina dan tersenyum lalu kembali fokus ke arah pemanduannya.
******
Qasrina dan Ariq keluar dari kereta. Sekarang mereka sudah sampai homestay Qasrina menetapi buat sementara waktu.
"Awak duduk kat sini berapa hari?" soal Ariq.
"Mungkin 5 hari? Alang alang dah sampai sini, aku nak jugak jalan jalan pergi healing" jawab Qasrina.
"Sebenarnya awak nak dating dengan saya kan sepanjang 5 hari tu?" Ariq tersengih sambil menggesel tanah menggunakan kakinya.
Qasrina membuat muka loya. Mamat perasan!
"Tapi kan..bos awak tak marah ke cuti lama-lama? Alasan apa awak kasi?" Kalau ikutkan 5 hari tu dikira lama jugak.
"Aku berhenti" kat Qasrina dengan bersahaja.
"Ohh okay. Tak pa, nanti lagi ringan la tugas awak lepas kahwin, cuma jaga saya dan bagi zuriat dekat saya." Ariq tersenyum. Dia tak sabar untuk menanti saat itu.
"Tak, aku gurau ja. Aku santau bos bagi aku cuti 5 hari sebab habis ja 5 hari tu, aku kena pergi Kedah pulak untuk siapkan Conferences Pustakawan." Kata Qasrina. Ariq hanya mengangguk angguk sahaja kepalanya sambil memandang Qasrina.
"Tapi kan banyak-banyak tempat, kenapa homestay ni? Kenapa bukan hotel ke apa ke?" Ariq menyandarkan badannya ke kereta dan menyeluk tangannya ke dalam poket seluarnya.
"Hmmm sebab aku suka suasana kampung..rasa aman and tenang ja" Qasrina tersenyum. Jujurlah suasana kampung lagi tenang daripada bandar.
"Okey lepas kita kahwin, kita duduk kampung ni." Qasrina melihat Ariq atas bawah dan menjelingnya. Sudah berapa kali dia cakap, dia tak nak kahwin dengan lelaki itu!
"Jangan nak delulu"
"Keep delulu until become trululu right?"
******
"Assalamualaikum! Ada orang ke kat rumah?"
Qasrina menyelak tirai jendela disebelah pintu untuk melihat gerangan yang memberi salam di luar homestaynya.
Setelah mengecam wajah yang sudah biasa dilihat, Qasrina menarik nafas lega. Tangannya kemudian berpindah ke tombol pintu, membukanya pintu dengan perlahan-lahan.
"Eh tunang Ariq!"
Qasrina tersenyum. Dia mengecam wajah lelaki itu tapi tidak mengingat namanya. Kali terakhir berjumpa pun ketika di pantai 2 hari lepas.
"Zakwan"
"ha?" Qasrina mengerut mukanya. Fikirannya kosong buat sementara waktu.
"Zakwan"
Setelah itu baru Qasrina mengangguk faham. Zakwan menyebut namanya kerana mungkin lelaki itu dapat tangkap yang dia lupa namanya
"Zakwan" untuk kali ketiga Zakwan menyebut namanya. Qasrina melihat Zakwan sambil matanya terkebil-kebil. Kenapa perlu menyebut namanya banyak kali?
"Saya dah sebut tiga kali nama saya kalau awak tak ingat tu haa tak tahu la.. Mungkin memori otak awak hanya ada nama Ariq ja"
"Mana ada!" Terus sahaja Qasrina menafikan.
Zakwan menilik keseluruh muka Qasrina. Dia tersengih. Dia dapat lihat pipi Qasrina sedang merona merah sekarang menahan malu.
Itu orang cakap mulut cakap lain hati cakap lain.
"Oh macam mana awak-"
"Awak booking homestay mak bapak saya dan betul betul di sebelah rumah mak bapak saya sebab tu lah"
Qasrina tergamam. Dia belum habis lagi percakapannya. Nak marah tapi dia tidak kenal sangat lelaki itu. Mana tahu kalau dia marah, lelaki tersebut terus membunuhnya. Lain lah Ariq, boleh lah dia marah setiap masa tapi lelaki tersebut masih bersabar dengannya.
"Dan ni.." Zakwan menghulurkan plastik yang didalamnya berisi beberapa tupperware.
"Mak saya ada masak lebih lepas tu dia suruh saya kasi dekat awak.. Sebab tu saya datang sini" Zakwan tersenyum.
"Terima kasih" Qasrina menerima hulurannya itu. Rezeki jangan ditolak.
"Makan kenyang kenyang tau! Kalau lapar lagi jangan segan silu, pergi ja dekat mak saya minta nasi lauk"
Qasrina hanya mengangguk. Dia tak tahu apa yang perlu dicakapkannya selain daripada mengangguk
"Okey lah, saya nak kena masuk pangkalan lagi.. Nanti apa apa, roger saya ataupun tunang awak tau! Byeee sweetie!" Zakwan melambai tangannya lalu beredar ke rumahnnya dan berlalu menaiki keretanya.
Qasrina menutup pintu, menyandarkan dirinya di pintu dan melihat tupperware yang diberi Zakwan tadi. Terus perutnya berbunyi menandakan dirinya lapar. Tanpa membuang masa terus dia ke dapur menghidangkan makanan yang diberi oleh Zakwan tadi.
'Ya allah, kau murahkan lah rezeki Zakwan sekeluarga ya allah, Amiin'
Qasrina mendoakan rezeki kepada mereka sebagai tanya berterima kasih. Dengan makanan ini dapat lah dia menjimatkan duitnya sedikit. Qasrina terus menyuapkan dirinya makan.
___________
Jangan lupa vote and comment guys! Happy reading^^
Tbc
YOU ARE READING
Istana Pemberian Tuhan [OG]
General FictionQasrina Mikayla, seorang gadis biasa yang menyukai seseorang bertahun lamanya. Berapa lama? rasanya sudah 20 tahun lebih gadis itu menyukainya. Move on? Tak pernah terdetik langsung di hati gadis tersebut untuk move on. Dia amat menyukainya tapi Tuh...