Bab 17

181 12 2
                                    

"AHHH KAU TIPU KAU KATA KEJAP JA"

"Kejap bagi awak berapa lama?"

"Lepas makan terus balik"

"Bagi saya pula kejap tu bersamaan dengan 5 jam" Ariq memandang ke arah Qasrina yang duduk di sebelah seat drivernya itu. 

Mata Qasrina tajam menatap keluar tingkap, tangannya bersilang di dada, habis sahaja makan tadi Ariq bukannya bawak dirinya balik ke homestaynya, tapi ke tempat lain yang dia sendiri pun tak pasti lagi.

"Kau selalu macam ni, Ariq! Tak pernah nak ambil serius apa aku cakap," Qasrina mengeluh, masih marah.

Ariq menelan air liur, cuba mencari kata-kata yang tepat. 

"Saya ambil serius, sayang. Saya cuma nak kita luang masa sama-sama. Esok kan awak nak ke Kedah dah jadi harini ja la kita dua boleh habiskan masa bersama.  Nanti kalau kita gaduh-gaduh, aku risau kau jadi lebih cantik dari biasa. Aku tak boleh fokus."

Qasrina tersentak, tak sangka Ariq pandai mengayat dia di saat seperti ini. Dia berpaling, hampir tak percaya. 

"Apa kau cakap tadi?"

Ariq tersenyum kecil, cuba mengendurkan suasana. "Serius, awak makin cantik masa marah, nanti saya tak fokus susah nak bawa kereta sambil ada model marah kat sebelah."

Qasrina terpaksa menahan senyum, tapi dia cepat-cepat menyembunyikannya di sebalik ekspresi serius. 

"Jangan buat lawak, Ariq."

Ariq mengangkat tangan seolah-olah menyerah.

"Ariq, kau tahu tak, kau ni pelik."

Ariq tersenyum.

"Kalau dengan lawak yang boleh buat awak tersenyum, saya tak kisah jadi pelik."

******

"Dengan bismillah, aku akan membuka pintu rumah ini. Ya Allah lindungilah hambamu ni." 

Fayyad menadah tangan dan meng-amin kan doa sebelum tangannya mengapai tombol pintu rumah dan memulas untuk membuka luas.

'Okay selamat'

Fayyad menghela nafas leganya lalu melangkah masuk ke dalam rumah dengan hati yang girang.

"Fayyad Khaliq Bin Dato' Azman Khalid" Timbul suara dari seseorang yang menuruni tangga menghampiri dirinya. Fayyad menghembus nafas berat.

"Tidur kat office lagi ke?" soal Datin Ummi Safiah kepada anak lelaki bongsunya itu.

"Ya, ada banyak kerja sikit." Tipu Fayyad walhal dirinya tidur di office bukan disebabkan hal kerja padahal nak mengelak dirinya dari dibebel. Sejak dari hari pertunangan Qasrina dengan Ariq, mamanya itu kerap membebel kepadanya. 

"Dah breakfast? Kalau belum pergi breakfast dulu"

Fayyad memandang mamanya dengan hairan.

'Aik, tak bebel dah ke? Alhamdullilah' gumamnya sebelum berlalu ke dapur. 

Dari jauh sudah nampak lagi tudung saji yang menutup makanan di atas meja. Tanpa membuang masa dia membuka tudung saji tersebut.

Sejurus dia membuka tudung saji tersebut, badannya terkaku, lidah terkelu dengan otaknya yang masih proses apa yang dia lihat di hadapannya sekarangnya ini. Sesekali dia gosok matanya berharap yang itu hanya lah khayalan tapi masih lagi tidak.

Beras. Ayam mentah. Telur sebiji. Cili. Sawi.

"Kenapa? Tak makan ke?"

Suara mamanya yang muncul dari belakang membuat Fayyad menoleh.

"Kamu nak istri yang boleh masak dekat kamu pagi tengahari malam kan? Ha kamu kena pandai masak sendiri dulu lepas tu selagi kamu tak ada isteri selagi tu tak ada siapa yang akan masak untuk kamu, jangan nak harapkan Mak Som, dia tu bukan Isteri kamu." 

Datin Ummi Safiah terus berlalu pergi, meninggalkan Fayyad terdiam seketika.

"Mak Som! Jom Kahwin ngan saya! Jadi menantu kepada Datin" Jerit Fayyad.

"Fayyad Khaliq!!" kedengaran suara mamanya yang menjerit dari tingkat atas.

*******

Ariq memandang Qasrina dengan senyuman sambil membuka pintu kereta. 

"Hari ni, kita luang masa bersama ya sayangku?"

Qasrina berdiam diri tetapi tidak membantah. Mereka berjalan seiringan ke dalam mall yang dipenuhi dengan orang ramai. Tanpa berkata apa-apa, Ariq memimpin langkahnya ke arah eskalator dan terus menuju ke tingkat atas. Qasrina hanya menurut, dalam hatinya rasa ingin tahu semakin membuak. Sebaik saja mereka sampai di tingkat paling atas, Qasrina tergamam apabila melihat papan tanda besar bertuliskan 'ARKED'.

"Arked?" Qasrina lihat ke arah Ariq dengan riak mukanya yang teruja.

Ariq mengangguk sambil ketawa kecil.

 "Lagipun, saya dah lama tak main permainan macam ni. Jom, kita tengok siapa yang lebih hebat."

Qasrina tersenyum lebar, semangatnya terus melonjak. 

"Okey kalau macam tu aku akan pastikan kau akan kalah"

Mereka melangkah masuk ke dalam arked, dihiasi lampu neon berkelip-kelip dan bunyi riuh rendah dari pelbagai mesin permainan. 

Ariq membawa Qasrina ke mesin permainan menembak.

"Okay first kita tengok siapa paling pro menembak" katanya dengan senyuman mencabar.

"Okay jom!"

Mereka berdiri sebelah-menyebelah, setiap satu memegang pistol mainan. Permainan bermula, dan layar di hadapan mereka menampilkan sasaran bergerak yang perlu ditembak. Qasrina menembak dengan pantas, matanya fokus pada setiap sasaran yang muncul, tetapi Ariq kelihatan tenang, dengan tangan yang mantap, memetik picu pistol dengan tepat.

"Jangan pandang rendah pada aku Ariq!" Qasrina mengomel apabila melihat Ariq mendahuluinya dengan beberapa mata. Dia meningkatkan usahanya, namun Ariq tetap mengawal permainan dengan tenang.

Di saat-saat terakhir, Qasrina berjaya mengejar mata Ariq, dan mereka berdua menembak serentak pada sasaran akhir. Skor akhir muncul di layar, dan Qasrina terkejut melihat angka yang sama tertera di sebelah nama mereka berdua.

"Woahh boleh join tentera dah ni" Ariq ketawa.

"Tinggi tak melepasi" Qasrina turut ketawa.

Mereka terus menjelajah arked, mencuba pelbagai permainan seperti mesin cakar yang mencabar kesabaran dan juga permainan menari yang membuat mereka berdua ketawa tanpa henti. Setiap permainan membawa mereka lebih rapat, membuatkan hari itu penuh dengan kenangan dan tidak mungkin dilupakan bagi Ariq.

Tanpa mereka berdua sedari, ada sepasang mata yang diam-diam memerhati kebahagiaan yang mereka nikmati bersama.

___________

Thanks kepada yang baca and yang tolong vote^^

Tbc

Istana Pemberian Tuhan  [OG]Where stories live. Discover now