Fayyad duduk di meja kerjanya, dikelilingi oleh timbunan fail dan dokumen yang berselerak. Matanya tertumpu pada skrin komputer, jari-jarinya pantas menaip e-mel sambil sesekali memeriksa jadual mesyuaratnya di telefon. Suasana pejabatnya sunyi, hanya terdengar bunyi klik papan kekunci dan detik jarum jam di dinding.
Sesekali, Fayyad menghela nafas panjang, cuba meredakan tekanan yang semakin menghimpitnya. Tugas demi tugas terus datang tanpa henti terutama sekali apabila dia tiada assistannya yang selalu menolongnya dalam urusan kerja.
Di mejanya, beberapa kertas draf projek penting berselerak, Fayyad mencapai salah satu fail, membukanya dengan cepat dan mula menyemak butiran, matanya fokus pada setiap angka dan laporan.
Ketukan perlahan di pintu pejabat memecah kesunyian. Fayyad, tanpa mengalihkan pandangannya dari skrin komputer, menjawab dengan tenang.
"Masuk."
Pintu dibuka, dan seorang pekerja wanita melangkah masuk perlahan. Ezlin, yang sudah biasa dengan suasana sibuk di pejabat Fayyad, berdiri di depan meja dengan sikap profesional.
"Encik Fayyad." katanya, suaranya lembut tetapi jelas.
"Ada orang telefon tadi, bertanya tentang jawatan Personal Assistant Encik Fayyad yang kosong."
Fayyad menghentikan tangannya daripada menaip dan memandang Ezlin dengan rasa hairan. Keningnya berkerut sedikit.
"Eh? Cepatnya... Ayah saya dah keluarkan notis jawatan kosong dah ke?" tanyanya, nada suaranya sedikit terkejut kerana dia tidak diberitahu tentang perkembangan itu.
"Saya tak pasti, Encik Fayyad. Rasanya macam tak lagi... Tapi orang tu kata yang dia dah dengar tentang kekosongan tu dan berminat nak tahu lebih lanjut."
Fayyad mengangguk sambil melepaskan keluhan kecil.
"Okay, takpe. Suruh dia datang esok pagi pukul 9. Datang terus interview. Saya pun dah stress buat kerja sorang-sorang." katanya sambil menyandarkan badan ke kerusi.
"Lepas tu, minta dia hantar resume dan saya nak minta awak tolong semak dulu boleh?"
"Boleh, Encik Fayyad. Saya akan uruskan." jawab Ezlin dengan yakin.
"Bagus."
"Ada apa-apa lagi ke perlu buat?" tanya Ezlin, memastikan tiada perkara lain yang terlepas.
"Tak ada, itu saja. Terima kasih, Ezlin." Fayyad menggeleng sambil tersenyum tipis.
Ezlin mengangguk sekali lagi, sebelum beredar dari bilik pejabat Fayyad dengan langkah yang tenang, menutup pintu di belakangnya. Fayyad kembali memandang komputernya dan menyambung kerjanya.
Tidak lama kemudian telefon Fayyad berdering menandakan ada panggilan masuk. Ianya dari Ariq. Fayyad terus mengangkat panggilan tersebut.
"Hello, bro." sapa Fayyad, suaranya tenang.
"Awal pagi kau call aku ni. Biasanya kau terus serbu je office aku, kan?" perli Fayyad.
"Awal ke? Pukul 10 oi bukannya kul 8." kedengaran tawa Ariq di hujung talian tersebut.
Fayyad hanya turut ketawa. Sudah lama dia tak berbual, bergurau senda macam ni. Kali terakhir mereka berbual pun hanya semalam, tapi itu tak dikira. Semalam, Ariq cuma bertanya di mana Qasrina berada, lepas tu panggilan terus dimatikan. Tidak ada ruang untuk gurauan atau sembang kosong seperti selalu.
"Hahaha... Kalau ikutkan aku, nak ja terjah kau sekarang tapi tu lah... Tengah bersweet dengan isteri tercinta di awal pagi hehe." gurau Ariq dengan nada ceria.
YOU ARE READING
Istana Pemberian Tuhan [OG]
General FictionQasrina Mikayla, seorang gadis biasa yang menyukai seseorang bertahun lamanya. Berapa lama? rasanya sudah 20 tahun lebih gadis itu menyukainya. Move on? Tak pernah terdetik langsung di hati gadis tersebut untuk move on. Dia amat menyukainya tapi Tuh...