Supershine~supershine~
Hariz terus menyeluk poket seluarnya apabila deringan telefonnya berbunyi.Nama si pemanggil ditatap sekilas sebelum ikon hijau diseret laju.
"Ada apa kau call aku ni?"Laju Hariz bertanya tanpa memberi salam.Jarang pembantu peribadi lelakinya telefon selain ada perkara yang mustahak."Tuan..sebenarnya Saya dapat ada kecurian maklumlah tentang client kita,Dato Kharizam yang baru sahaja membuat kontrak dengan kita tiga minggu yang lepas."Ujar Nash tanpa bersimpang-siur.Dia perlu memberitahu bosnya tentang hal ini .Walaupun dia sudah tahu Hariz akan terbang ke Malaysia pada hari ini dan tiba esoknya,dia tidak betah lagi menyimpan perkara ini lama lama.
"What?!" Terbaik satu oktaf suara Hariz mendengarkan penjelasan anak buahnya.Semerta orang awam berdekatan dengannya di lapangan terbang Heathrow itu memandang ke arahnya.
Hariz cuba mencari ketenangan dan kesabaran.Nasib aku balik harini!
"Macam mana boleh dicuri?"
"Daripada maklumat yang saya cari sebelum ni,ada staff kita yang telah mencuri segala maklumat Dato'Kharizam."Terang Nash sebelum menyambungnya.
Hariz semakin tidak betah duduknya.Bila nak berlepas ni?
"Rayden Azriel.Itu nama dia.Dia dirasuah oleh syarikat The Zarim's Enterprise untuk mencuri maklumat tentang client kita itu.Zarim tu ingat,kita yang curi client dia..sebab itulah dia balas dengan dengan curi maklumat tentang Dato Kharizam. Padahal Dato'Kharizam tu sendiri batalkan perjanjian dengan The Zarim's Enterprise dan bekerjasama dengan syarikat kita.Zarim ni memang tak puas hati dengan syarikat kita dari dulu lagi.."Terang Nash lagi sambil melepaskan keluhan berat.Apalah salah syarikat yang dia kerja ni?lepas satu satu musuh cuba untuk menunjukkan diri.
Hariz mengetap rahangnya.Penumbuk dikepal erat.Tak guna punya Zarim .Kalau kau ada depan mata aku sekarang,dah lama aku tumbuk.
"Kau kawal dan cari dulu maklumat pasal diorang semua. Dan pastikan maklumat client kita tidak dicuri lagi"Pesan Hariz sejurus itu panggilan ditamatkan.Hariz hanya menunggu masa untuk penerbangannya yang akan berlepas sebentar sahaja lagi
<<<<♡♡♡>>>>>
Adreanna mengeluh panjang. Tiba tiba aje dia mendapat berita bahawa ibu tercintanya sedang demam teruk sekarang.Dengan tergopoh gapah dia membeli tiket untuk pulang ke Malaysia.Adiknya ni pun satu.Masa ibunya tengah demam teruk baru nak djberitahunya.Anak mana yang tak risau?
Suara seorang perempuan mula bergema berulang ulang kali di lapangan terbang yang besar ini.
Pantas Adreanna bangkit untuk memasuki perut kapal terbang.Sambil itu,tempat duduknya dilihat sekilas.
5E
Adreanna terus mencari barisan yang menempatkan dia.Terus Adreanna duduk di seatnya.
Dia dihimpit dua orang lelaki.Terpaksalah naik kapal terbang ekonomi sebab tiada kapal terbang first class memandangkan dia tidak menempahnya dengan awal.
Suasana di dalam kapal terbang itu jeda.Adreanna mnegerling sekilas lelaki di kananya.Mukanya dilitupi hoodie membuatkan Adreanna tidak mampu untuk melihat wajah itu.Dia juga sedang tidur.
Lelaki di kirinya juga sedang tidur dengan nyenyak.Adeanna mengecilkan pandangan melihat lelaki itu.
Kenapa macam familiar?Dekat mana eh ?
Adreanna cuba menggali kotak memorinya.Jika tidak,dia takkan hidup tenang memikirkan siapa lelaki ini .
Seketika matanya membulat.Lelaki di sebelah kiranya dilihat lagi untuk mengesahkan si dia.
Nadzreen Aqid!
'Ni bukan ke ex Qaira?Uishh aku kena ambil gambar nih!'monolog Adreanna sendirian.
Adreanna menyelongkar beg tangannya untuk mencari telefon bimbit.Belum sempat Adreanna mengambil gambar,dia diseru oleh satu suara yang tidak asing baginya.
"What are you doing my pretty?"serak basah Hariz bertanya dalam accent britishnya.
Terhenti pergerakan Adreanna.
Tapi....macam mana Hariz boleh ada dekat sini?
YOU ARE READING
Protect Our Love
RomanceADREANNA AREESA.Sebaris nama yang cantik dan sesuai dengan tuan empunya badan. Tetapi tidak pada jalan cerita hidupnya.Dia dicurangi dan ditinggalkan tanpa sebab.Bertambah sakit apabila lelaki pujaanya berkahwin dengan perempuan lain. "Why Hariz...