36

9 1 3
                                    

Alhamdulillah,setelah lima hari Hana demam, akhirnya sakit itu sembuh juga.Malah,Hana menjadi lebih aktif selepas demam ni.

Pelik dia!

"Hana,dah la tu minum air ribena.Nanti sakit perut pagi pagi minum air macam tu,"Larang Adreanna kepada anaknya yang tidak sudah lagi meneguk air manis itu.

Menyesal pula dia tawarkan air itu suatu ketika dahulu.

Anaknya ni terlalu licik!Sikit sikit guna air mata palsu dia tu.Kalau boleh,semua benda yang dia nak tak dapat air mata dia lah yang penuh satu baldi.

Perkara itu normal buat Kanak Kanak yang lain,tetapi tidak pada anaknya!

Dia tahu yang anaknya ni jarang sangat menangis.Kadang,terhantuk bucu meja pun dia boleh suka lagi.

Nak kata tak normal,anaknya normal aje.Ada juga dia bertanya pada doktor tentang hal itu,kot kot lah anaknya ni terputus wayar ke apa waktu lahir dulu,tetapi doktor itu cakap perkara itu biasa je.

Tak semua budak seperti itu.Tetapi ada juga sesetengah budak yang seperti itu.

Rumit kan?

"Sabarlah mommy,bagi Hana habiskan dulu air ni.Mommy ni dahlah tak suka kongsi dengan Hana,"Hana jeling Adreanna tajam.

Eh eh budak ni.Ada juga yang nak kena sekeh !

"Yelah yelah.Habiskan makanan tu cepat,lepastu mommy bawa awak pergi ke playground"Kata Adreanna.Saja je petik nama playground tu.Nak umpan Hana ni makan.Anaknya ni boleh tahan susah juga nak makan.Memilih pula tu.

Membulat besar mata Hana apabila mendengar perkataan playground disebut.Lamanya  tak main playground!

"Betul ke ni mommy?Okey Hana makan sekarang"Laju sahaja Hana menyuap makanan ke dalam mulut.

Adreanna menggeleng kecil sambil tersenyum.Trick ni memang menjadi!














"Hana pergi main dekat situ.Nanti mommy tengok awak daripada jauh."Pesan Adreanna.Dia melabuhkan duduk di bangku yang telah disediakan di sini.

Hana mengangguk seraya berlalu pergi.

Sedang ralit Adreanna melihat Hana bermain bersama beberapa Kanak Kanak yang lain lagi,telefonnya berdering.

Laju sahaja di angkat.

"Ya,Sara.Ada apa call aku?"Soal Adreanna berbasa basi.

"Ni,aku nak tanya.Ubat Ameera semalam kau letak dekat mana eh?"

"Ubat Meera?Oh....baru aku ingat.Aku letak dalam laci meja bilik kau."Beritahu Adreanna.

"Ohhh okayy.Aku pergi kafe dengan Meera harini.Saja saja  nak breakfast dengan dia.Tiba tiba je nafas Meera ni dengar macam lain.Tu yang aku gelabah balik ni.Kaylah aku tak boleh lama ni,aku tengah drive,bye"Sejurus itu talian ditamatkan.

Adreanna menyimpang kembali Telefon bimbitnya ke dalam tas tangan.

Perhatian muka dikalihkan pada Hana.

Adreanna tercari cari susuk itu.Di mana Hana?

Adreanna mula cuak.Lantas dia bangun dari duduk.Seluruh kawasan taman permainan itu Adreanna lewati.

"Hana?Hana dekat mana?"

Adreanna sudah mahu menangis.Dia hanya berbual sekejap dengan Sara tadi.Selalunya Hana tidak akan bermain jauh.Sudah berkali kali dia pesan.

"Mommy!"

Terus Adreanna berpaling ke belakang apabila mendengar suara itu.

Alangkah terkejutnya dia apabila melihat seoarang lelaki yang sedang menggendong Hana.

"H-hariz,is it you?"Dia kelu.

"Yes I am.And this is,of course my daughter,Nur Hana Alisya binti  Hariz Ereman"Yakin Hariz bersuara.

Sekali lagi Adreanna kelu.Mulutnya seperti digam.Tidak mampu untuk mengungkapkan walau satu pun perkataan .

Tapi,m-macam mana?

Protect Our Love Where stories live. Discover now