27

7 1 2
                                    

Sedar tak sedar sudah seminggu dia menjadi Isteri yang sah kepada Hariz.Mereka menjadi seperti kawan biasa.Itu pun atas permintaan dia.Tak selesa lagi untuk menjadi suami Isteri yang normal.

Semuanya seperti biasa.Hariz pergi kerja dia pun pergi kerja.Di mana lagi jika bukan di Hana's Florist kan?

Rindu yang menggunung gunung dia pada Ilya.Lama tak lihat wajah comel itu.

"Akak ni,orang suruh jaga keselamatan,kesihatan taknak dengar.Nasib baiklah Ilya ni ada boleh tengok tengokkan kedai ni.Kalau nak diharapkan pekerja akak yang lain tu memang ke laut lah business akak ni."Tak sudah sudah mulut kecil itu membebel.Tangan tetap bergerak mengelap meja kaunter.

Menggeleng kepala Adreanna.Lama dah dia tak dengar Ilya membebel.Macam pelik tapi ya!

Lincah tangan Adreanna membuat jambakan bunga ros.Asal restock je jambakan jambakan bunga ros ni,memang laku keras.Sekelip mata aje habis dijual.

Tu pun kebanyakan daripada pelanggannya minta bunga ros.Masuk masuk cari bunga ros.Tak bagi kat awek,dekat emak.

Ada yang tiga kuntum,ada yang 50 kuntum.Banyaklah yang dia buat.

Ting!

Adreanna panjangkan leher untuk melihat customer yang baru masuk.

Liur di telan terasa berpasir.Apa pula yang suaminya buat dekat sini?

Nasiblah dia berada sedikit tersembunyi di sudut kedai ini.Hariz tak perasan lagi.Aci tak kalau dia lari?

"I want to meet your boss,Adreanna Areesa"Pinta Hariz pada Ilya yang sudah tergamam melihat jejaka kacak di hadapannya.

Lama Hariz menunggu di kaunter.Dia melingas ke segenap ruang.Dia kembali berpaling pada Ilya.

Kenapa minah ni pandang aku tak berkelip ni?

Hariz cabut Ray-Ban yang dipakainya lalu disangkut di tengah baju kemeja yang tidak berbutang dua  di atas.

Dia memetik jari.Mahu menyedarkan perempuan ini.

"Ermm...hello miss? I'm talking to you right now...Did you hearing?"Geram pula dengan perempuan dihadapannya.

Lantas Ilya tersedar.Dia menampar pipinya sekali sebelum memandang wajah kacak jejaka di hadapannya.

"Ohh boss....dia ada dekat penjuru sana,"Kata Ilya sambil ibu jari tepat menunjuk ke arah satu sudut yang agak tersembunyi dek bunga bungaan yang terlampau banyak menghiasi.

Laju Hariz menjatuhkan kepalanya.

Adreanna yang lihat Hariz mendekati, cepat cepat menyambung kerjanya.Dia perhati sahaja Hariz Dan Ilya tadi dengan menahan gelak.Sikit lagi nak terkeluar gelakkannya.

"Hyee pretty....."meleret Hariz memanggil.Dia menarik kerusi yang berhadapan Adreanna lalu duduk.

Adreanna tidak mengendahkan salaam Hariz.Kerjanya tetap berjalan.Sesekali ambil salotep  untuk melekatkan plastik yang menjadi perumah buat bunga.

Hariz tingkat dagu menatap wajah isterinya yang biasa tidak beriak.Haihh...makin cantik Isteri dia ni.Isteri siapa la ni?

Lama Hariz merenung.Akhirnya dia terpaksa mengalah.Nak tunggu Adreanna bukan mulut...hmph tahun depan pun belum tentu.

"Jom lunch...."Hariz mengerdipkan matanya berkali Kali.Cuba  meraih simpati Adreanna dengan kecomelannya.

Adreanna pandang muka Hariz dengan pelik?Kenapa pula mamat ni lain macam sangat harini?Selalunya kalau waktu lunch pun memang Hariz ajak,tapi takdelah gaya macam ni.

Adreanna menghela nafas berat lalu bangun.Biar lah kerjanya tergendala sebentar.Suami lagi penting daripada kerja!Dia taknak jadi Isteri yang derhaka walaupun sebelum ini dia benci lelaki di hadapannya ini.

Hariz turut bangun dengan senyum lebar.Yess menjadi.Nampak sangat dia comel tadi.









"Hei hei awak nak bawak saya pergi mana ni?Kata nak pergi lunch?"Adreanna mula gelabah apabila Hariz memandu ingin menuju ke rumah mereka.Selalunya makan kat luar.Memang lain suaminya harini!

"Nak pergi lunch lah sayang...tapi harini lain sikit Sebab kita lunch dekat rumah je.Saya dah suruh pekerja saya beli makanan.Jangan risau"Dia tahu mesti Adreanna fikir tentang hal itu.

"Harini saya nak terus terang semua rahsia yang belum terungkai.Awak boleh tanya apa sahaja soalan yang mungkin dah lama awk pendam"Hariz memandang Adreanna sekilas sebelum stereng dipusing lalu masuk ke perkarangan rumah mereka.

Ya rumah mereka.Hariz telah meminta izin ibu bapa Adreanna supaya mereka tinggal di rumah lain.Buka apa,dia kurang selesa sikit bila duduk sebumbung  dengan mertua serta ibu dan ayahnya sendiri.

Banyak kali mereka semua memberi cadangan untuk tinggal bersama mereka tetapi ditolak mentah mentah oleh Hariz.

Bukan apa,rasa gugup dan janggal.

Dah lama dia beli rumah ini.Tidaklah terlalu besar,cukup cukup untuk keluarga kecil mereka.Mana tahu tertambah lagi seoarang ahli?Kalau seorang tak meriah,tambah lagi.Kan?

"Yang awak sengih macam orang gila ni kenapa?Dah sewel otak tu?"Pelik sungguh dia dengan tingkah suaminya harini.Ni senyum sorang sorang ni mesti fikir benda pelik.Takpun pasal perempuan.

Adreanna menanggalkan tali keledar.Hariz disebelahnya bersuara.

"Tak baik tau cakap suami awak sewel.Tapi kalau saya sewel,awak ni gila lah kan?"Saja Hariz mengusik.

"Ikut awaklah....janji awak bahagia"Ujar Adreanna dalam nada dijengkelkan.Mata digulingkkan ke atas.Huh penat jugak sebenarnya nak layan sikap betul si Hariz ni.

Serentak mereka keluar dari perut kereta.Serentak juga lah bunyi pintu kereta berdentum.Mereka saling berpandangan sebentar sebelum kedua duanya berdesup lari ke dalam rumah.

Mereka tersekat di pintu.Dua dua nak masuk manalah muat!Time ni jugaklah dia rasa pintu ni sempit.

"Tepilah Hariz saya nak masuk dulu.."

"Awak sebagai Isteri kena lah bagi dan hormat suami awak terlebih dahulu"

"Saya sampai dulu kan?"

Mereka saling berungut.Akhirnya Hariz mengalah dan memberi ruang terlebih dahulu untuk Adreanna masuk.

Adreanna senyum kemanangan .

Woman is always win!

______________

Author: Idk scene apa yg sy buat kat atas ni🌚saja nak panjangkan chap je.Rasa tak logik buat buat tak nampak je eh

Protect Our Love Where stories live. Discover now