Dua minggu sudah berlalu sejak kejadian itu berlaku.Dan apa kerja gila yang dia sedang buat sekarang ni?
"Hariz Ereman bin Rasyidi"sebut tok kadi itu serius.Suasana mula menjadi sepi bila tok kadi itu mulakan akad nikah.
"Ya,saya"suara Hariz juga tak kurang seriusnya.
Raut wajah Adreanna tidak menunjukkan sebarang ekspresi.Kosong sekosong hatinya sekarang.
"Aku nikahkan dikau dengan Nur Adreanna Areesa binti Norman dengan mas kahwinnya 10,000 ringgit tunai,"
"Aku terima nikahnya Nur Adreanna Areesa binti Norman dengan mas kahwinnya 10,000 ringgit tunai"
"Sah?"
"Sah!"
Adreanna pegun.Silanya dibetulkan.Majlis ini Hanya dijemput keluarga ,sahabat Hariz serta keluarganya sahaja.Sangat simple memandangkan Hariz meminta untuk percepatkan tarikh mereka disatukan.
Kenapa dan mengapa?
"Saya takut ada apa apa lagi jadi dekat awak..."
Adakah itu hanya sekadar alasan atau kenyataan yang harus dia terima?
"Adreanna...Salam dengan suami kami tu"ujaran ibunya menyentakkan Adreanna.
Bila pula mamat ni ada dekat sebelah aku ni?
Nak taknak dia salam juga.Walaupun jelas raut wajahnya mengatakan begitu.
Hariz menekan sedikit kepala Adreanna.Tunduklah lagi!Tahulah terpaksa,tapi janganlah tunjuk sangat.
"Hah Hariz,cium pula dahi Isteri kamu tu"Kalini ibu Hariz pula yang menyuruhnya.
Adreanna panggung wajah melihat muka kacak suaminya harini.Kacak ke?
Terbit senyuman nakal Hariz.Dah lama dia nantikan saat ini.Saja mahu melihat reaksi apakah yang bakal Adreanna tunjukkan.
Tapi sangkaannya meleset apabila Adreanna hanya akur tanpa banyak soal.Dia ingatkan Adreanna akan malu malu dan pipinya akan memerah.Ishh!
Lama mereka berkeadaan begitu.Memberi peluang pada jurugambar untuk mengambil gambar.
Dalam hati Adreanna sudah menyumpah seranah si jurugambar.Apasal ambil gambar sampai seminit.Lenguh kepala dia nak dongak dekat Hariz.Saje je kan?Ada yang makan penampar dia lepasni.
Setelah itu,bermacam gaya lagi yang disuruh oleh jurugambar.
"Smile pretty smile"gumam Hariz perlahan.Dia tahu wajah Adreanna cemberut saat ini.
Adreanna menjeling Hariz sekilas sebelum senyuman dilebarkan.Rangkulan Hariz pada pinggangnya semakin ketat.
Macam ambil kesempatan aje ni?
Tak terungkap penatnya harini.Baru Adreanna tahu macam mana perasan bila jadi raja sehari.
Dia meramas ramas jarinya sesama sendiri.Adreanna menyelesakan duduknya di birai katil biliknya dan Hariz .
Awak dia naik ke bilik kerana terlalu penat.Hariz masih lagi melayan tetamu di bawah.Selain keluarganya,adakah juga lelaki itu menjemput sahabat handai yang terdekat.
Air matanya jatuh setitis mengenangkan sahabatnya,Qayra dan Sara yang tidak dapat menghadiri majlisnya.
Keadaan Sara begitu,dan Qayra pula..
Ada juga dia beritahu Qayra tentang majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung tak lama lagi.
Memandangkan Qayra masih lagi berada di London,dia malas nak suruh kawannya itu balik semata mata ingin melihat dia berkahwin.
Menyusahkan aje.
Nanti dia akan hantar gambar perkahwinannya dengan Hariz.Adalah juga daripada tiada.
Lama Adreanna mengelamun membuatkan perbualannya dengan Hariz seminggu yang lepas menjengah fikiran.
"Kita akan kahwin dalam masa dua minggu lagi"Ujar Hariz mendatar.
Adreanna terkesima sejenak.Apa?
"Kau ulang balik apa yang kau cakap?"
Hariz mengeluh.
"Kita akan kahwin dalam masa dua minggu lagi."Ujar Hariz sekali lagi .Dengan suara yang lebih kuat dan jelas.Harap wanita di hadapannya ini mengerti.
"Taknak.Sampai bila bila pun aku taknak."Tenang Adreanna berkata.Kaki disilangkan.Suasana kafe ini sunyi memandangkan belum masuk waktu lunch.
Alhamdulillah dia dah sembuh.Kesan lebam itu masih tersisa walaupun sedikit.
"Macam mana kalau Anggun cederakan awak?Terutamanya family awak?Benda ni bukan boleh dibawa main.Anggun tu psycho!saya kenal perwatakan dia macam mana.Kalau dia dibebaskan,dan mula cari awak balik macam mana?At least saya ada juga untuk protect awak..saya boleh upahkan bodyguard untuk jaga keselamatan awak dan family awak... please..kalini dengar cakap saya.Tolonh ketepikan benci awak.Don't be selfish."Panjang lebar Hariz berkata.Separuh memujuk,separuh merayu.
Ayat terakhir Hariz menyentakkan Adreanna.Dia selfish ke?
Ada betul juga apa yang Hariz katakan.Setelah dua hari menjadi tahanan Anggun,dia sudah tahu bagaimana perwatakan dan sikap Anggun.Sama seperti apa yang Hariz katakan.
"Fine!Kalini aku akan dengar cakap kau!Tapi ingat.Aku buat semua ni demi keselamatan family aku."
Walaupun Adreanna rasa sebab dia menerima Hariz macam sedikit tidak logik,entah mengapa jawapan itu yang keluar.
Boleh je kalau dia sendiri yang upah bodyguard, tapi nak cekau kat mana?Dia mana reti bab bab begini.
Hariz menghembus nafas lega.Akhirnya,Adreanna terima juga.
"This is for you safety..."
YOU ARE READING
Protect Our Love
RomanceADREANNA AREESA.Sebaris nama yang cantik dan sesuai dengan tuan empunya badan. Tetapi tidak pada jalan cerita hidupnya.Dia dicurangi dan ditinggalkan tanpa sebab.Bertambah sakit apabila lelaki pujaanya berkahwin dengan perempuan lain. "Why Hariz...