"Pretty?"
Hilang segala perbualannya dengan Hariz apabila mendengarkan perkataan itu.Adreanna terus menoleh ke arah pintu.Terpampang wajah itu.
"Mengelamun ke tu?Mesti teringat kat saya kan?Ishh awak ni jangan la buat saya blushing kat sini"Hariz menekup mulutnya ala diva.
Adreanna julingkan mata.Perasan dengan Hariz berpisah tiada sangat.
Hariz melabuhkan duduk di sebelah Adreanna.Pantas Adreanna berganjak sedikit.Tidak selesa dengan keadaan begitu.
"Apa yang awak nak ni?"Soal Adreanna tidak puas hati sambil memandang tepat anak mata suaminya.
Lega Hariz apabila panggilan itu sudah bertukar.Tangannya meraih tangan Adreanna lalu digenggam erat.Seperti tidak mahu dilepas.
Berkerut dahi Adreanna melihat tingkah pelik Hariz.Ni kena sampuk ke apa main genggam genggam ni?Mesti dah lama teringin nak buat macam ni.Tahulah dah halal.
"Tak payah nak kutuk saya lah pretty.Saya tahu mesti awak rasa pelik Sebab saya genggam tangan awak."
"Disebabkan harini hari pertama kita disatukan,saya akan ceritakan segalanya harini.Semua persoalan awak saya akan jawab,"Yakin Hariz berkata.
Adreanna meleraikan genggaman.Tetapi cepat sahaja Hariz menyatukan genggaman tangan mereka kembali.
Adreanna hanya akur.Tahu yang dia takkan menang.
"I'll never let you go forever... I'll hold your hand until heaven,pretty"Perlahan Hariz berkata.Dalam dia pandang anak mata bundar Adreanna.
Adreanna menahan air matanya daripada turun.Kenapa dia rasa sebak sekarang?Kenapa kebenciannya seakan pudar saat mendengar ujaran Hariz yang kedengaran ikhlas itu di pendengarannya?
Hariz senyum tawar.Dia tahu Adreanna sebak.Melihatkan tubir mata Adreanna yang berair,dia tahu apa perasan isterinya sekarang.
Tanpa diduga,air mata Adreanna menitik.
Lantas tangan kasar itu menyeka air mata Adreanna.
"Jangan lah sedih.Harini kan hari bahagia kita?Walaupun saya tahu awak tak berapa bahagia pun,"Hariz tersenyum hambar.
"Ehh awak rehatlah dulu.Saya nak keluar turun bawah kejap.Ada urusan.Nanti saya naik.Rehatlah dulu...saya tahu awak penat mental dan fizikal"Mendalam maksud pada akhir ayatnya.
Terus Hariz bangkit dan keluar bilik.
Adreanna kelu.Apa yang akan berlaku pada depan hari nanti?Apakah nasib mereka?Apakah mereka akan bercerai dengan kerelaan masing masing setelah Anggun ditangkap?
Persoalan demi persoalan itu tidak berhenti berlegar di fikiran.Dia tahu masa hadapan adalah jawapannya.Dia perlu sabar untuk menanti waktu itu tiba untuk merungkaikan pelabagai persoalannya sekarang.
Tetapi...adakah dia akan sabar untuk menanti waktu itu?
YOU ARE READING
Protect Our Love
RomanceADREANNA AREESA.Sebaris nama yang cantik dan sesuai dengan tuan empunya badan. Tetapi tidak pada jalan cerita hidupnya.Dia dicurangi dan ditinggalkan tanpa sebab.Bertambah sakit apabila lelaki pujaanya berkahwin dengan perempuan lain. "Why Hariz...