11

5 1 0
                                    

Adreanna terus berlari menuju ke belakang kedai yang mengandungj pelbagai stok  bunga.Tandas dicari.

"Ilya..tolong layan customer kat depan.. akak nak kena check stok  bunga...kalau dia cari akak juga,cakap dekat dia yang akak duduk dalam jamban"Pinta Adreanna sebaik sahaja dia melihat susuk Ilya yang baru keluar  dari tandas.

"Ha Okay okay"Laju sahaja Ilya mengangguk.

Adreanna terus sahaja berlari ke dalam bilik ofisnya.Pintu dikunci sebelum perlahan lahan dia menghampiri kerusi  kerja.Tercungap cungap dia dibuatnya.

Adreanna menarik  dan menghembus nafas.Perkara itu dibuat sebanyak beberapa kali untuk menghentikan debaran jantung yang masih terkejut dengan kemunculan si dia.

"Macam mana Hariz  boleh tahu aku kerja kat sini eh?Ishh.. memanglahh dia tahu sebab aku dengan dia bina florist ni" Adreanna bermonolog sendiri.

"Ahhh kenapa  dia perlu cari  aku lagi?"Adreanna memegang kepalanya.Serabutnya.

>>>>>>>♡♡♡<<<<<<

Adreanna menatap lokasi di skrin telefon bimbitnya.Betul dah syarikat ini.Malang apa lagi lah nasibnya.

Syarikat Rasyidi Enterprise telah membuat tempahan beratus jambak  pink tulips sempena majlis ulang tahun ke 11 syarikat ini dibina.Ianya sebagai cenderamata bagi hadirin yang datang.Kenapa pink tulips?sebab pink tulips ialah bunga kegemaran mak Hariz.So sebagai anak yang baik,Hariz pun menempah pink tulips kegemaran emak tercinta.

Hariz  merupakan CEO terbaru.Dato'Rasyidi pula sudah bersara dalam dunia business,jadi Hariz  lah yang  perlu mengambil alih syarikat ini walaupun dia mempunyai seorang abang yang bernama Fahmi.Fahmi dengan terlebih dahulunya undur diri dalam dunia business ini kerana dia tidak berminat dengan semua ini.Maka secara tidak langsungnya Hariz  merupakan CEO  di syarikat ini.

"Dah dah lah tenung skrin phone  tu kak...tak lari kemana pun location tu..ada aje dekat situ"Ujaran Ilya menyentakkan Adreanna.Haih..mengelamun pulak.

"Kay  jom lah masuk..lagi  cepat kita buat kerja..lagi cepat kita boleh balik."Bukannya dia dan Ilya sahaja yang berada di sini,tetapi ramai lagi pekerjanya yang turut  berada di sini bagi menolong urusan mengangkat bunga bunga.

"Okay semua boleh angkut  bunga bunga tu sekarang!"Laung Adreanna lantang sebelum dia dan pekerjanya mula mengikut  langkah  seorang pekerja  lelaki di hadapannya.

>>>>>>>♡♡♡<<<<<<<

Adreanna kagum melihat hiasan gah di dewan yang besar di tingkat 9 ini.Dengan tema warna pinknya sangat  masuk dengan pink tulips yang di pesan.Ala barbie gitu.Tapi bukanlah barbie.Dia dan Ilya hanya berada to muka pintu utama dewan ini

"Akak..Kita di jemput juga untuk hadir dalam majlis ni..Kita berdua je la actually..pekerja yang lain dah balik ke kedai.Baik kan abang Hariz?Haih..Kalau tidak,bila lagi lah saya dapat merasa duduk dalam majlis orang orang kaya macam ni.Sebab tu kita kena ada dalam majlis ni..betul tak akak?"Ujar Ilya  sambil tersenyum lebar.Dia pandang Adreanna disebelahnya.

Ilya menyiku lengan Adreanna melihatkan dia yang sedang termenung jauh dengan riak wajah yang kosong.

Terus Adreanna tersedar dari lamunan.Ilya memandang Adreanna pelik.Dia menyilangkan tangan ke dada sambil menunjukkan muka yang tidak berpuas hati.

"Akak ni kenapa murung lately ni?Teringat dekat crush tiga hari dua malam tu lagi ke?"

"Ilya memang taknak move on lagi erk pasal tu?ke Ilya yang nak dekat abang Is yang handsome tu?hmm?"Adreanna pandang muka Ilya yang berubah dengan sebelah keningnya terangkat.Budak ni tak habis habis duk crush tiga hari dua  malam crush tiga hari dua malam.Menyesal pula dia cerita dekat Ilya pengalaman dia semasa  sekolah rendah  dahulu.Kem kepimpinan lah katakan.

"Ishh akak ni..mana ada..saya dah ade boyfriend tau..."Ilya menyiku lagi lengan Adreanna.Berkerut muka Adreanna menerima sikuan itu.Sakit lah.

"Boleh tak stop siku siku orang ni?sakitlah"Adreanna menggosok gosok bahagian sikunya.Mau lebam ni.

Ilya hanya tersengih seperti kerang busuk.

Belum sempat Ilya ingin membalas,ada satu suara yang menghentikan perbualan mereka di muka pintu utama majlis ini.

"Adreanna kan? "Sapa satu suara.

Adreanna kelu melihat wajah di hadapannya.Sudah lama dia tidak tatap wajah ini.Dia....

Rindu?





Protect Our Love Where stories live. Discover now