Hyee guyss....so bab ni akan jadi bab terakhir pada bulan ini.Saya akan kembali update seperti biasa bermula 23 Oktober.Sebab apa?Sebab boleh dik...Hehe urusan saya siap awal .So awal jugakla kita update ye?Saya memang nak habiskan tahun ni kalau boleh.Doakan supaya urusan saya dipermudah semua!Enjoy reading❤️
________________________Hariz memandang tasik yang terbentang indah di hadapannya dengan pandangan kosong.Sekosong hatinya sekarang.
Apa yang boleh dibuat olehnya sekarang?Hanya serahkan pada polis?
Tiba tiba Hariz tergelak sendiri.
Agaknya tunggu Adreanna tu matilah baru dijumpai lokasi kan?Polis bukannya boleh diharap.
Macam mana keadaan Adreanna sekarang..?Siapa aje yang tahu kecuali pelaku dan konco konconya .
Firasatnya kuat mengatakan bahawa Adreanna diculik.Habistu apa lagi kan jika bukan diculik?
Persoalannya... siapa dia?Dan kenapa dia menculik Adreanna?Apa Salah Adreanna sampaikan dia diculik?
Persoalan demi persoalan yang berlegar di fikirannya tadi serta merta hilang apabila ada satu notifikasi yang masuk.
Lantas dia membuka Telefon bimbit miliknya.
Sms dari satu nombor tidak dikenali ditekan.Satu lokasi.
Kejap ..
Lokasi?
Hariz mendekatkan wajah pada skrin telefon.Apabila dia melihat kawasan sedikit terpencil dan ada satu rumah usang lama, dia terfikir sesuatu.
Jangan jangan..?
Hariz menurunkan handbrake keretanya.Dia mengerling sekilas Qayra yang berada disebelahnya.
Lena.
Kesian pula jika nak kejutkan.Perjalanan mereka dari kawasan rumah Qayra,sehingga di sini mengambil masa kira kira 2 jam.Itu pun dengan kelajuan yang maksimum!Kalau dia bawa slow tadi,mahunya 4 5 jam baru sampai.
Akhirnya Hariz membuat keputusan untuk keluar sahaja.Dah macam rumah granny gayanya.
Enjin kereta tetap dihidupkan.Untuk memasang pendingin hawa buat Qayra.
Dengan berhati hati Hariz melangkah ke arah pintu utama buruk rumah usang ini.Lalu dikuak.
Kreekk
Dan terbentang luaslah ruang tamu rumah ini.Hariz melilaukan pandangan ke segenap penjuru rumah.Penuh dengan habuk dan sarang labah labah.
Perhatian Hariz tertumpu pula pada tangga di depannya.Menuju ke tingkat atas.
Langkah dilajukan ke arah itu.Pemegangnya sangat berhabuk.Hariz menepuk nepuk tangannya untuk menghilangakn habuk yang melekat di tapak tangan.
Semakin lama semakin dekat.Hariz melilau lilaukan matanya apabila sampai di aras atas.
Mempunyai 5 bilik dan ruang tamu kecil di tengahnya.
Hariz menapak ke arah bilik yang pertama.Betul betul di tepi tangga seusai sampai di tingkat ini.
Lalu dikuak.
Kosong.
Dia beralih pula pada bilik yang kedua disebelahnya.Dikuak lagi.
Bilik tiduk yang berhabuk.
Belum sempat Hariz ingin menguak pintu bilik yang ketiga,jeritan seseorang lebih menarik perhatiannya.
Dia mencari arah jeritan lantang itu.Di bilik yang ke lima iaitu berhadapan bilik pertama.
Tanpa berlengah Hariz terus menerpa masuk.
Hariz terkelu.Pemandangan apa yang dia sedang lihat ni?
Hariz terus melayangkan penumbuk padunya ke pipi cengkung orang yang bertubuh Sasa yang telah menampar Adreanna dengan kuat.
Menggeletar hebat bibir Adreanna menyaksikan Hariz yang bertukar agresif.Kerasukan.
Hariz menendang abdomen lelaki itu.Lantas lelaki itu terbongkok sambil memegang abdomennya.
Belum sempat Hariz ingin menumbuk lelaki itu lagi,dia ditendang dengan kuat dari arah belakang.
Hariz jatuh terjolopok.Saat dia ingin kembali bangun,kedua Dua lelaki yang telah memukulnya tadi menumbuk perut dan menyepaknya tanpa henti .
Hariz mengerang kuat.Dia Cuba untuk kembali melawan.Dia menendang dengan sangat kuat bahagian sensitif salah seorang lelaki yang telah menyepaknya.
Lelaki itu tersungkur dengan tempikan kejantanan.
Lelaki yang menumbuknya tadi menarik kolar bajunya untuk berdiri sebelum menumbuknya dengan begitu padu.Berkali Kali tanpa henti hingga menyebabkan bibir Hariz sudah pecah.
Hariz mengambil peluang ini untuk menyepak bahagian sensitif lelaki itu seperti tadi.Tidak terlalu kuat seperti tadi kerana dia sudah tiada tenaga.
Hariz berlari ke arah sudut yang mempunyai beberapa batang kayu saat dia sudah terlepas daripada cengkaman lelaki tadi.
Dengan segera dia memukul kuat kepala kedua dua lelaki itu. Lantas,mereka pengsan.Hariz terus mengikat mereka berdua dengan menggunakan tali yang ada bersama dengan kayu yang digunakan untuk memukul lelaki lelaki itu tadi.
Perhatian dikalih seratus peratus kepada Adreanna.
Terkelu ke tu?
Hariz menyebak rambut pendeknya kebelakang untuk menampakkan maconya.
"Macam mana pretty?Am I great at protecting you?"Dengan Riak wajah yang perasan Hariz berkata.
Adreanna munggulingkan anak matanya.Great lah sangat tak sedar yang dia tu hampir tewas bergelut dengan dua orang lelaki tadi.Ikatan dia ni bila nak dibukanya?
Mereka terdiam apabila satu tepukan gemuruh bergema.Mereka saling memandang wanita yang memakai hoodie hitam,bertopi hitam dan memakai penutup separuh muka berwarna hitam.Segalanya hitam.
Hariz memicingkan mata saat melihat tubuh langsing itu semakin mendekat ke arah mereka.Kenapa susuknya begitu familiar?
Bukan ke arah mereka malah ke arah Hariz berdiri.
Adreanna hanya diam.Tenaganya sudah hilang dibantai dua lelaki tadi.Kenapa muka Hariz ni terkelu sangat?
Anggun menyentuh pipi Hariz yang lebam dengan kuku palsu cantiknya.
"Still remember me my hubby?"Saat itu Anggun membuka topi dan masknya.
Terserlah wajah jelita Anggun dengan rambut keperangan yang beralun ralun.
Hariz terkesima.
"Anggun?"Tanpa sedar nama itu meluncur keluar dari celah bibirnya.
Anggun tersenyum sinis.
YOU ARE READING
Protect Our Love
RomansADREANNA AREESA.Sebaris nama yang cantik dan sesuai dengan tuan empunya badan. Tetapi tidak pada jalan cerita hidupnya.Dia dicurangi dan ditinggalkan tanpa sebab.Bertambah sakit apabila lelaki pujaanya berkahwin dengan perempuan lain. "Why Hariz...