14

6 2 2
                                    

Adreanna membetulkan  kedudukannya supaya lebih selesa. Diapit dua orang yang gemuk ini tidak mudah sama sekali.Sesak nafasnya.Nasib perempuan.

Kenapa  dia berada di sini? Adreanna dikahbarkan dengan berita dukacita.Sahabatnya Sara,kemalangan jalan raya.Itu apa yang dimaklumkan Qaira.Tidak sempat dia ingin menanya dengan selanjutnya kerana rasa bimbangnya menguasai dirinya sekarang.

Bagaimana keadaan Sara di sana?



Hospital yang pernah menempatkan Hariz  dituju.Adreanna bertanya  nombor bilik Sara pada jururawat di kaunter  sebelum menuju ke arah wadnya.

Klak!

Qaira yang sedang lena di samping Sara ,terjaga apabila  bunyi itu terhasil .Terpisat pisat Qaira bangun.Dia menggeyeh  matanya sebelum melihat satu susuk di hadapannya.

"Adreanna?"Tanyanya serak basah.Adreanna yang pegun sejak tadi,terus masuk ke pelukan rakannya sebelum menghamburkan tangisan.

Qaira menggosok gosok belakang tubuh rakannya.Menyalurkan sedikit  kekuatan yang dia sendiri pun tidak ada.Dia tidak mahu memberitahu Adreanna sebenarnya.Tetapi kelihatan keadaan Sara yang teruk,terpaksa juga dia menelefon.Ibu dan kakak Sara juga dalam perjalanan  datang ke sini.

Mereka meleraikan pelukan sesuai tangisan Adreanna mereda.

Adreanna memandang sekujur tubuh Sara yang kaku dan pucat itu sebelum memandang wajah Qaira kembali.

"Kenapa kau tak sedih?"Entah kenapa soalan itu terkeluar.Macam tak logik je?

Qaira tergelak kecil.Penuh hambar.Mereka mengambil tempat duduk di sebuah sofa panjang  yang berdekatan katil Sara.

Qaira menggenggam  tangan Adreanna erat.Perlahan lahan air matanya mula jatuh.

"A-ak-aku dah penat menangis Adreanna..."

"Shh shhh kau jangan lah nangis pulak..kang aku nangis pulak lepasni"Adreanna menarik kepala Qaira untuk menyandar di bahunya.Mereka saling menangis dalam sendu.

"Kau dah inform  family Sara?"Ujar Adreanna.Pelukan dileraikan.

"Dah.. mereka orang pertama yang aku call"Ujar Qaira sambil  menyeka air matanya.Kenapa makin galak turun ni?

"Baguslah..tapi Kenapa aku yang sampai dulu?"Hairan Adreanna.

"Flight diorang delay..sebab tu kau sampai dulu..kebetulan kau dengan keluarga Sara naik flight yang berbeza."Terang Qaira  menerima  anggukan Adreanna.Mengerti.

Klak!

Pintu dikuak laju.Terpenpam muka seseorang itu.

Qaira dan Adreanna yang melihat wajah itu tergamam sebelum  laju Qaira menerpa ke arah itu dan,

Pang!

Protect Our Love Where stories live. Discover now