30

18 0 16
                                    

Qayra melemparkan pandangannya ke luar tingkap bas.Tak tahulah kenapa hari ni dia rasa nak naik bas awam pula.

Tiba tiba pula dia terkenangkan Sara.Alhamdulillah keadaan Sara semakin hari semakin baik,cuma mata dia je yang tidak mahu buka.

Seketika, Qayra mengeluh.

"Bila kau nak sedar Sara?Aku rindu kau sangat....Aku rindu nak bergaduh dengan kau"Qayra menggumam perlahan.Mata dipejam erat.

"I miss her..."

Mata Qayra terus dicelik apabila mendengar ayat itu.Dia paling ke tepi.Tempat duduk disebelahnya kosong.Laluan yang memisahkan mereka.

Melihat seoarang jejaka  yang sedang melayan perasaan ......Mungkin?Tetapi,kenapa dia seakan pernah dengar suara itu.

Tapi....

Di mana?







Lincah tangan Adreanna bergerak mengacau sudip di tangan.Setelah masakannya telah siap,api ditutup.

"Morning pretty...awal bangun?"Sapa Hariz ceria.Sejak dia menceritakan segalanya,hatinya terasa lapang.Seperti batu yang dipukul selama ini hilang.

"Nah.... special untuk awak"sepinggan nasi goreng di letak tepat di hadapan Hariz.

Melopong mulut Hariz.Adreanna...masak?

"Yang terkejut sangat ni kenapa?Hello,saya ni ratu masak tau.Kalah Sara"Ujar Adreanna penuh keangkuhan.Itu fakta,mana boleh ubah.

Memang dia pandai masak,tetapi tak adalah sampai boleh lawan Qayra.Qayra lebih handal lagi memasak berbanding dia.

Sara?

Of course pandai masak.Kalau tak macam mana boleh buka kafe kan?

Tuntasnya semua pandai masak dikalangan mereka.

"Ermm pasal Anggun semalam.Saya ada terlintas satu perkara lagi yang saya tak beritahu awak"Ujar Hariz serius.Makan tu belakang cerita.Yang penting dia nak habiskan cerita yang masih belum tamat ni.Dan tak tahulah bila akan habis.

Adreanna jongket kening seperti berkata  'apa?'

"Mungkin dia berdendam dengan saya sekarang ,ada dua sebab.Satu mungkin dia tak boleh terima kenyataan yang dia telah diceraikan.Kedua,sebab saya tinggalkan dia masa dia tengah pregnant..."Takut takut dia sebut ayat yang terakhir tu.

Adreanna kelu.Apa?Anggun mengandung?

"Ye betul saya tak pernah bersama dengan dia.Kadang saya rasa yang dia nak kahwin dengan saya cepat sebab dia dah mengandung masa tu.Rupa rupanya dia dah ehem dengan seoarang lelaki.Lepastu dia cakap dekat parents dia yang tu sebenarnya anak saya.Perempuan tu memang minta dimaki"Hariz tersenyum nipis.

Betapa geramnya dia waktu tu.Dia pun tak tahu menahj yang dia dijadikan kambinh hitam untuk menutup segala dosa yang dilakukan Anggun.

"Fun fact yang parents dia 'terpaling' percaya dekat anak tunggal diorang.Dekat sini sy boleh simpulkan yang mungkin dia marah pasal Dua benda tu.Tapi alasannya macam tak logik.Tapi kalau bukan Sebab tu,sebab apa lagi kan dia nak tengok kita merana?"Sambung Hariz lagi.

"Dah lah...geli saya nak sebut pasal betina tu lagi."

Adreanna angguk.

"Hmm makanlah.Dah sejuk tu,"

Lantas Hariz mula menjamah nasi goreng itu.Sudah separuh dimakan,baru dia ingat sesuatu.

Hariz panggung wajah.

"Awak tak makan ke?"Tanya Hariz kehairanan.Takkan dia seoarang aje yang makan?

'bertuah punya suami.Dah nak habis baru tanya aku?'desis Adreanna di dalam hati.Senyuman dilebarkan.

Kedua belah tangannya diletakkan di bawah dagu sambil menongkat tangan ke atas meja.

"Tak...saya dah makan tadi"Jawab Adreanna ringkas dengan senyum lebar.

Entahlah.Perasaan benci tu seakan hilang jauh dari sudut hatinya.Seakan akan perasaan itu tidak pernah muncul.

Yang dia tahu sekarang ni mungkin...

Bahagia?

"Awak ada nak pergi mana mana ke harini?"Soal Hariz.Pingan yang sudah kosong dibawa ke sinki untuk dibasuh.

Malas mahu menyusahkan Adreanna yang sudah penat lelah  masakkan untuk dia.

"Tak ada kot...malas keluar harini.Nak duduk rumah main dengan Congek je"Maklumlah harini hari minggu.Biasanya memang dia duduk di rumah saja.

Malas mahu bersesak  di tengah tengah  jalan raya.Hari minggu macam ni lah ramai manusia keluar meluangkan masa dengan keluarga.

Baginya,luangkan masa dengan keluarga di rumah adalah yang paling terbaik.

Goyang kaki tengok tv ke buat apa.Tak payah nak buat exercise dalam kereta duduk lama lama dekat seat hadap jammed .

Kan?

"Huh...mentang mentang lah dah ada Congek,kita dilupakan di sini,"Sayu suaranya.

Adreanna guling mata.Huh!Mengada


_______________________

Hai!

Agak mencabar ye saya nak buat bab 28-30 ni😌

Dekat sini saya nak cakap hint bagi plot twist POL ni.POL ada plot twist ke?

Ye,POL ada plot twist.Bosanlah kan kalau takde apa apa plot twist kan?

Saya akan bagi beberapa hint.

Mungkin tiga atau dua.Tak adalah banyak sangat sebab saya malas nak fikir banyak banyak ni.

PLOT dia sangat mengejutkan.Jangan korang terkena heart attack sudah❤️

Risau saya dihempuk nanti😔

HINT 1:

Plot twist nya ada berkaitan dengan bab 5 ke bawah.

Apa benda tu?

Entahlah.Macam bukan hint.Saya saja je bagi.Korang tak payah nak semakkan otak korang tu pikir.Just ignore this hint.Tunggu aje masanya tiba.

HA HA HA



Protect Our Love Where stories live. Discover now