28

6 1 0
                                    

"So saya nak awak cerita kenapa awak tinggalkan saya dan kahwin senyap senyap tanpa pengetahuan saya secara tiba tiba,"Terjongket tinggi sebelah kening Adreanna sambil berpeluk tubuh.Hidangan speghetti agli oglio yang menggiurkan di depan mata pun dipandang sepi.

Yang dia nak tahu cuma jawapan sahaja sekarang!Dia dah penat nak berteka teki dengan diri sendiri.

Hariz mengeluh.Tak jadi dia nak suap speghetti carbonara yang dia suruh Nash beli tadi.Boleh tahan lapar juga dia sekarang.

Dia pandang Adreanna yang menunggu jawapan daripadanya.Hariz menarik nafas panjang sebelum mula bercerita.Harap Adreanna dapat menerima kenyataan ini dengan hati yang terbuka.

Risau dia kena hempuk lepas ni.Tapi tak kot kan?

"Cepat cepatlah ceritanya.Awak ingat saya ni apa?Tunggul?"Adreanna juling mata ke atas.Nak boleh mulanya tu,mau tahun depan pun tak mula mula.

"Okey okey...rilek la pretty.Kalau awak marah macam ni,awak cepat tua.Saya taknak pula orang mengata saya kahwin dengan anak dara tua.Padahal kita sebaya"Sambil berkata, Hariz menyuap speghetti ke dalam mulut.Hmmm sedap!

Adreanna menahan sabar melihat tingkah Hariz.Boleh lagi dia Tenang tenang macam tu?Risau dia tak sampai dua minggu hidup dengan Hariz,masuk wad sebab darah terlalu tinggi.

Tak perlu makan benda masin.Ini pun salah satu faktor utamanya.

"Okey okey....saya start cerita sekarang"Usai kunyahannya melepasi tekak,Hariz bersuara.Tau muka Adreanna berkerut kerut macam tu,adalah tu benda mengata kat dia.

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh saya ucapkan pada Isteri saya yang cantik jelita di depan saya ni tidak lain tidak bukan Mrs Hariz"Lebar senyuman.Dia menepuk tangannya dengan kuat sambil melilau ke segenap ruang dapur.

Adreanna mengeluh.Kenapa watak suaminya ni lain sebelum dan selepas kahwin?Macam lagi tak betul aje.Tak terkejut  dia kalau apa yang dia kata tadi betul terjadi.

"Okay...tu mukadimah je...Sebab saya nak ceriakan suasana kan.Nak tunggu awak buat lawak, sampai Sara sedar pun belum tentu lagi." Gurau Hariz.Teringat pula dia dekat kawannya itu.Nasib baik Sara dikurniakan ahli keluarga yang prihatin.

"Saya rasa kan,kita kena ceriakan rumah kita la pretty"Tiba tiba Hariz berfikir sejenak.

Adreanna hanya melayan.Memang habis waktu lunch mereka dengan mukadimah Hariz aje.

"Nak ceriakan macam mana pulak?Rumah kita ni tak cukup ceria lagi ke?Saya rasa perabot dalam rumah ni bukannya satu warna je"Dia pandang sekelilingnya.

"Saya rasa kita kena tambah masyarakat dalam rumah ni.Biar ada bising bising sikit kan?Dengar budak melalak ke apa kan?"Hariz tersenyum gedik.Comel pula bayang benda macam tu.

Adreanna menayangkan muka toyanya.Bagi hint ke ni?

"Yang tu belakang cerita.Yang saya nak tahu sekarang ni pasal kisah silam kita"Ujar Adreanna dengan serius.

"Uishh dah macam kekasih gelap pulak kan?"Hariz tak berhenti dengan usikannya.Kenapa dia bahagia lain macam hari ni?

Hariz menunjukkan kepalanya sikit apabila Adreanna seperti berura ura ingin menamparnya.Gerunnya kita.

"Cepatlah Hariz.Awak ingat saya ni boss besar macam awak ke boleh masuk keluar ofis sesuka hati?Kalau saya tak masuk,siapa nak uruskan kedai?"Kedengaran sayu Adreanna berkata.

"Ilya?"

"Okey dah cukup saya akan mulakan sekarang."Muka garang Adreanna tidak diendahkan.

"Okay...kan awak cakap tadi yang kenapa saya kahwin tiba tiba kan?"

"Sebenarnya saya telah diugut oleh Anggun untuk kahwin dengan dia"

Adreanna hanya diam.Macam yang diagaknya.Tak sangka pula tekaanya betul.Takkan lah Hariz yang separuh gila sayang dan cintakan dia tu boleh berubah hati dalam sekelip mata kan?

Tapi jika Allah meletakkan takdir begitu,kita sebagai umat yang beriman hanya perlu akur dengan ketentuan-Nya.

"Ye...saya diperaz ugut.Anggun ugut saya dengan petik nama awak"

"Kenapa pula dengan saya?"Laju Adreanna menyoal.

"Anggun tahu awak adalah cinta pertama saya dan yang terakhir.Dia juga tahu yang saya ni separuh gila cintakan awak.Jadi dia petik nama awak sebagai umpan untuk saya kahwin dengan dia..."

"Anggun cakap,"

"You have to marry me.kalau you taknak kahwin dengan I,I akan suruh orang upahan my daddy untuk cederakan or bunuh Adreanna"Hariz meniru suara Anggun.

"Saya percaya sebab dia pernah cuba untuk bunuh awak dulu kan?"

Soalan Hariz itu membuatkan otak  Adreanna kembali ke masa lalu di mana kejadian pahit yang berlaku kepadanya sebelum dia berangkat ke London suatu masa dulu.

Ya,dia pernah cuba untuk dibunuh oleh seseorang semasa dia berseorangan di kedai.Hampir saja dia ditikam tetapi Ilya telah menjadi penyelamatnya ketika itu.

Kebetulan waktu lunch,semua orang keluar makan.Dia tinggal berseorangan di kedai kerana pening kepala ketika itu.

Adreanna hanya mengirim makanan pada Ilya.Tak sangka pula perkara itu boleh terjadi.Sejak itu,dia tidak berani untuk berseorangan lagi .

Di mana mana pun.

Trauma teruk juga dia.Dalam tiga minggu dia kerap bermimpi yang dia telah dibunuh dengan kejam.

Selain daripada kes culik haritu,dia juga pernah cuba dibunuh dengan pisau.

Kedua duanya perit untuk dihadapi.Mental dan fizikal.

"Ya.Sebab tu saya tak teragak agak bila dia ugut saya macam tu.Sebab saya tahu yang dia memang maksudkannya.Anggun tu psycho"Hariz mengangguk angguk kepalanya.

"So Sebab tu lah awak kahwin dengan dia?Sebab dia ugut awak untuk apa apa kan saya?"Sekarang dia sudah jelas dengan semua itu.Otaknya sedang mencerna hakikat itu.

"Exactly pre-"

Pranggg

Mereka saling berpandangan.Bunyi apa tu?

Protect Our Love Where stories live. Discover now