15

8 2 1
                                    

Terteleng ke kiri wajah itu.Dia memalingkan semula kepalanya memandang Qaira yang terlihat jelas api yang membara di anak matanya.

Adreanna terkelu dan melihatnya sahaja.Tidak mahu menghalang perbuatan Qaira .

"Kau memang tak guna kan zulkiflee?Kau tuduh Sara yang bukan bukan,kau tuduh dia curi  fail saham syarikat  kau..what the hell is it?KAU ADA BUKTI?!"Kuat Qaira menengking.Tidak. Dia tidak  sanggup melihat kawan karibnya diperlakukan begitu.

Zulkiflee menolak dinding pipinya menggunakan lidah .Dia tersenyum sinis.

"Well...kemalangan yang berlaku tu bukan sebab aku.Dia yang lari lepastu tak tengok jalan,then kau nak tuduh aku?Kau ada bukti?Hanya aku dan Sara je tahu apa yang jadi pada masa tu."Tenang Zulkiflee berkata .Dia menyandarkan belakang tubuh ke pintu wad yang terkuak lebar.

Adreanna mengerutkan dahinya.Apa yang jadi sebenarnya?Saham?Apa semua tu?Kenapa dia tak tahu menahu ni?

"Pre-

Terhenti langkah Hariz yang baru tiba di muka pintu wad apabila melihat wajah bengis Qaira.Dia datang ke sini sebab Zulkiflee  yang beritahunya bahawa Sara kemalangan dan dimasukkan ke hospital yang pernah menempatkannya.

Baru  dia tahu mengapa Adreanna terlalu kalut semalam.

"Apa yang dah jadi ni?"Dia memandang ke arah Adreanna yang turut memandangnya dengan pandangan kosong.Oh dia lupa Begitulah tatapan Adreanna kepadanya selalu.Tetapi kenapa kali ini tatapannya kelihatan lain?

Qaira tersenyum sinis.Dia menyilangkan tangannya ke dada.lawak sangat dengan soalan Hariz itu.

"Kau tanya apa yang dah jadi?Seriously Hariz  Ereman?Aku tahu yang kau tahu tentang masalah Zul dengan Sara..aku tahu tu sebab korang rapat.And then what do you do?Tengok je sinetron,macam tu?Kau tak bagi nasihat ke dekat orang macam Zul ni?Korang dah besar.Boleh fikir guna akal sendiri.Aku kecewa  gila dengan korang ni"Suara Qaira mula mengendur.Perhatiannya dikalih pula pada Zulkiflee yang diam tidak terkutik.Hariz  pula hanya menunduk memandang lantai.

Dia..

"Aku harap kau zul..dapat balasan yang setimpal atas perbuatan kau  yang menunduh orang tanpa bukti"Ujar Qaira keras.

"Huh?takde bukti kau kata?"Zulkiflee  kembali menyinis.

Zulkiflee menapak ke arah Qaira.Setapak demi setapak.

"Aku saksinya.Kau ingat tu."Ujar Zulkiflee perlahan di tepi telinga Qaira.

Qaira menjeling Zulkflee geram.Ingat dia akan takut?

Qaira menolak Zulkiflee menjauh.Zulkiflee mengangkat  kedua belah tangannya tanda mengalah bersama riak wajah tak bersalah.Hati Qaira semakin membara melihat reaksi lelaki itu.

Jari telunjuk Qaira tepat menunjuk ke arah Zuliflee.

"Kau ingat  eh Zul.Kalau perkara  ni dibawa ke mahkamah,aku akan lawan sekeras keras nya untuk  lawan kau.Kau jangan cabar aku."

Zulkiflee tetap tenang.

"Aku harap kau takkan dapat kemaafan daripada Sara."Beg tangannya di ambil sebelum melangakah  pergi dari wad Sara.Dia menjeling Hariz sekilas di muka pintu wad itu sebelum meneruskan perjalanannaya.

Adreanna pantas mengambil beg tangannya  dan membuntuti langkah besar Qaira dari arah belakang.

Hariz  raup mukannya. Dugaan apa lagi ni?

Protect Our Love Where stories live. Discover now